Pompuan solat di masjid

Apa hukum wanita belum berkahwin pergi solat berjemaah ke masjid dah perjalannya dilihat oleh kaum lelaki sedang dia sembunyikan perkara2 yang dilarang.

Dan bagaimana pula jika seorang sahabat menegur sahabatnya yang lain ke masjid ketika waktu subuh dan hujan kerana khuatir keselamatan sahabatnya,dia mencadangkan solat berjemaah di rumah sedangkan ke masjid lebih banyak pahala.adakah itu sudah masuk berdosa kerana melarang seseorang ke masjid???

jawapan:L

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak dapat dipertikaikan bahawa wanita lebih baik solat dirumah daripada di masjid. Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa Nabi saw bersabda :-

صلاة المرأة في بيتها أفضل من صلاتها في حجرتها وصلاتها في مخدعها أفضل من صلاتها في بيتها

“Seorang wanita bersolat didalam rumahnya lebih baik dari dia bersolat dihalamannya, dan solat didalam bilik kecil lebih baik dari bersolat dirumahnya” [Hadith Riwayat Abu Daud]

Akan tetapi, ini tidak bermakna kaum wanita tidak dibenarkan untuk solat di masjid. Didalam sebuah hadith baginda bersabda : “Jangan melarang wanita kamu dari pergi ke masjid, walaupun rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka” [Hadith Riwayat Abu Daud]. Didalam sebuah riwayat oleh Ibn Umar ra., Nabi saw telah bersabda :-

‏إذا استأذنت أحدكم امرأته إلى المسجد فلا يمنعها

“Nabi saw telah bersabda: Apabila isteri salah seorang daripada kamu meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah menegahnya ” [Hadith Riwayat Muslim].

Didalam sebuah Riwayat lain, Ibn Umar ra. berkata : Aku telah mendengar bahawa Rasulullah saw berkata : “Jangan kamu melarang wanita kamu dari pergi ke masjid jika mereka meminta izin dari kamu”. Bilaal Ibn Abdullah berkata : “Demi Allah, kita akan menghalang mereka” Ibn Umar terus berhadapan dengannya dan memberitahunya :”Aku memberitahu kamu apa yang Rasulullah saw kata, dan kamu berkata Demi Allah, kami akan menghalang mereka !!” [Hadith Riwayat Muslim #667].

Ada juga mereka yang menggunakan kenyataan A’isyah ra. bagi menghalang wanita dari pergi ke masjid. Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:

‏لو أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏رأى ما أحدث النساء لمنعهن المسجد كما منعت نساء ‏ ‏بني إسرائيل ‏ ‏قال فقلت ‏ ‏لعمرة ‏ ‏أنساء ‏ ‏بني إسرائيل ‏ ‏منعن المسجد قالت نعم

“Kalau sekiranya Rasulullah saw melihat apa yang dilakukan oleh kaum wanita sekarang, nescaya baginda melarang mereka pergi ke masjid, seperti dilarang kepada wanita Bani Israel. Yahya berkata: Aku bertanya kepada Amrah, adakah wanita Bani Israel itu dilarang pergi ke masjid? Maka beliau menjawab: Ya! ” [Riwayat Muslim].

Menurut Abdul Azim Abaadi bahawa sebab mengapa solat dirumah mereka adalah lebih baik kerana ia selamat dari fitnah dan keinginan, Ini adalah kerana selepas kewafatan Nabi saw wanita telah mula memaparkan perhiasan mereka, maka sebab itulah A’isyah berkata demikian. [‘Aun al-Ma’bood, 2/193].

Menurut Ibn Hajar pula : “Kenyataan ini tidak mengatakan dengan jelas bahawa A’isyah telah memberi fatwa bahawa wanita dilarang untuk pergi ke masjid” [Fath al-Bari, ,s 928].

Wanita dibenarkan untuk ke masjid selama-mana dia menjaga 3 syarat :-

a. Hendaklah di menutup aurat
b. Tidak memakai bau-bauan (minyak wangi).
c. Jika dia seorang isteri, hendaklah meminta izin suami

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa pada zaman Nabi saw, terdapat kaum wanita menyertai solat berjemaah di masjid. Mereka juga menyertai solat Jumaat dan juga Solat Eid. al-Qaradhawi mengatakan bahawa wanita-wanita ini menggunakan pintu yang sama dengan lelaki, sehinggalah Nabi saw memerintahkan agar pintu tersebut dikhaskan kepada wanita, dan sehingga kini wujud Pintu khas untuk Wanita tersebut.

Tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa para sahabat menghalang wanita dari menunaikan solat dimasjid. Dr Muzammil Siddiqi mengatakan bahawa adat melarang wanita pergi kemasjid telah bermula zaman baru-baru ini sahaja. Dukacita di maklumkan bahawa ia membawa kesan yang negatif kepada muslimat, dan menjauhkan mereka kebelakang.

Makah Dr Muzammil Siddiqi mengatakan bahawa, kalaulah wanita itu boleh keluar rumah untuk ke Universiti, bekerja, ke pasar, atau membeli belah dsb, mengapa pula kita hendak menghalang wanita dari pergi ke masjid??

Kesimpulannya, wanita boleh pergi ke masjid dengan emmatuhi syarat-syarat diatas dan Nabi saw melarang seseorang itu menghalang wanita-wanita dari eprgi ke masjid. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s