Lelaki Soleh Mencintaiku, Apa Perlu ku buat?

assalamualaikum,

saya adalah seorg remaja yg berumur 22 tahun, ada seorang rakan lelaki yang saya kenal, dia seorang yg baik dan beragama. dia cuba memikat saya, saya dapat rasakan melalui reaksi dan gayanya yag baik melayan saya.

bagaimanakah untuk saya respon hal ini?

jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

jika anda sudah bersedia untuk memasuki alam rumahtangga. suruhlah dia menyusuri tatasusila agama kita. Proses merisik, bertunang dan ijab dan qabul. itulah jalan agama kita yang sudah lama diamalkan. Yang ditegah agama ialah kita mengikuti resam Barat, boyfriend-girlfriend, berkhalwat, memadu kasih tanpa pengetahuan orang tua kita hingga terjebak dalam muqaddimah zina dan ada yang terlanjur. Langkah awal anda ialah membuka fail atau database mengenai jejaka tsb…kumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai dirinya, latarbelakang agamanya, keluarga (nasab), akhlak, pekerjaannya, hobi dsbnya. jatuh cinta sebelum berkahwin itu dibolehkan.

Dalilnya., maksud sebuah hadith HR Ibn Majah
” tidak terlihat di antara dua orang yang saling menyintai seperti perkahwinan.” disahihkan oleh alAlbani, silsilah alsahihah (624), berkata alhafidz Ibn Hajar, adanya keadaan di mana seorang jatuh cinta kepada lelaki yang miskin walhal ibubapanya menginginkan calon menantu yg kaya. Tapi wanita itu mengutamakan cinta. Maka sebab itulah Nabi saw menyebut hadith itu. (alFath, 11/122)
sekian

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s