WAKTU PENYEMBELIHAN KORBAN

 

WAKTU PENYEMBELIHAN KORBAN

Oleh
Dr Abdullah bin Muhammad Ath-Thayyar

Waktu penyembelihan korban mulai dari setelah ‘Id di hari raya korban sampai terbenam matahari pada hari terakhir Tasyriq yaitu tanggal 13 Dzulhijjah. Sehingga hari penyembelihan adalah empat hari : satu hari di hari raya korban setelah shalat ‘Id dan tiga hari setelahnya. Barangsiapa menyembelih korbannya sebelum selesai shalat ‘Id atau setelah terbenamnya matahari tanggal 13 Dzulhijjah, maka korbannya tidak sah. Ada yang mengatakan bahawa waktu penyembelihan hanya dua hari setelah ‘Id saja, dan menurut pendapat ini hari penyembelihan hanya tiga hari saja. Tetapi yang rajih adalah pendapat yang pertama.

Dibolehkan menyembelih korban di waktu siang atau malam, namum penyembelihan di siang hari lebih utama. Setiap hari dari hari-hari penyembelihan lebih utama dari hari setelahnya, kerana mendahulukan sembelihan termasuk sikap bersegera melaksanakan ketaatan.

Imam An-Nawawi Rahimahullah berkata : Adapun waktu berkorban, maka sepatutnya menyembelihnya setelah shalat bersama imam dan ketika itu sah secara ijma’. Ibnul Munzdiri Rahimahullah berkata, “Mereka telah berijma’ bahawa penyembelihan korban tidak boleh dilakukan sebelum terbitnya matahari pagi hari raya korban. ‘Dan mereka berbeda pendapat pada penyembelihan setelahnya’ (1).

al-Hafidz Ibnu Hajar Rahimahullah berkata, “Mereka sepakat bahawa korban disyariatkan juga di malam hari sebagaimana disyariatkan di siang hari, kecuali satu riwayat dari Imam Malik dan juga Imam Ahmad (2).

KORBAN SAH UNTUK BERAPA ORANG ?

Satu korban berupa kambing cukup untuk seorang daripada ahli keluarganya dan kaum muslimin yang dia kehendaki, baik masih hidup ataupun sudah wafat. Telah diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih korbannya, beliau berkata :

“Ertinya : Ya Allah, terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan umat Muhammad”

Sepertujuh untuk unta atau sapi mencukupi dari orang yang cukup untuk satu kambing. Seandainya seorang muslim menyembelih sepertujuh unta atau sapi untuknya dan keluarganya, maka itu adalah sah, dan seandainya untuk tujuh orang brserikat menyembelih korban, satu unta atau satu sapi, maka itupun sah.

ORANG YANG DISYARIATKAN BERKORBAN

Pada asalnya korban itu disyariatkan untuk oang yang masih hidup, berdasarkan riwayat yang mengatakan bahawa beliau telah menyembelih haiwan korban untuk diri dan keluarganya.

Adapun perbuatan sebahagian orang yang mendahulukan korban untuk mayat atas diri dan keluarganya sebagai shadaqah dari mereka, maka amalan ini tidak mempunyai dasar menurut apa yang kami ketahui. Namun, seandainya dia berkorban untuk diri dan keluarganya lalu memasukkan orang-orang yang telah meninggal dunia bersama mereka atau menyembelih korban untuk mayat secara sendirian sebagai shadaqah darinya, maka hal itu tidak mengapa dan dia mendapat pahala, insya Allah

Adapun korban untuk orang yang telah meninggal dunia yang merupakan wasiat (orang yang mati) kepadanya, maka ini wajib dilaksanakan, walaupun dia belum berkorban untuk dirinya sendiri, kerana ia diperintahkan untuk melaksanakan wasiat tersebut.

(Disalin dari kitab Ahkaamul Iidain wa Asyri Dzil Hijjah, Edisi Indonesia Lebaran Menurut Sunnah Yang Shahih, Penulis Dr Abdullah bin Muhammad bin Ahmad Ath-Thayyar, Penerjemah Kholid Syamhudi Lc, Penerbit Pustaka Ibnu Katsir)
__________
Foote Note
(1). Shahiih Muslim bi Syarh An-Nawawi (XIII/110)
(2). Fathul Baari (X/8)

http://www.almanhaj.or.id/content/1699/slash/0

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s