soalan faraid

Salam,

Bagaimana fixed asset seperti, rumah, tanah dikira di dalam pembahagian harta pusaka kepada pewaris yg terdiri dari beberapa org.
Syukran

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Harta pusaka yang berbentuk aset yang tidak boleh dibahagi antara waris-waris, cara pembahagiannya: menisbahkan bahagian setiap waris kepada harta itu. Kemudian, mereka dianggap memiliki aset tersebut secara isytirak (bersekutu).

Contoh: Seorang lelaki mati meninggalkan seorang isteri dan seorang seorang anak lelaki. Harta yang ditinggalkan ialah: sebuah banglo dan sebuah kereta.

Penyelesaian: isteri mendapat 1/8, dan anak lelaki mendapat lebihan harta iaitu 7/8. Maka, pemilikan isteri terhadap banglo ialah 1/8, dan pemilikannya terhadap kereta ialah 1/8. Manakala anak lelaki mendapat pemilikan 7/8 daripada banglo, dan 7/8 daripada kereta.

Ertinya, apabila mereka (isteri dan anak lelaki simati) menyewakan rumah banglo dan kereta itu, keuntungannya hendaklah dibahagi berdasarkan nisbah 1:7. Begitu juga jika mereka menjual aset-aset itu, harganya dibahagi antara mereka berdua dengan nisbah 1:7 (isteri: 1. anak lelaki: 7).

Tetapi selama harta2 itu tidak dijual, maka selagi itulah pemilikan mereka adalah secara isytirak.

Cara ini dinamakan dalam ilmu faraidh sebagai cara nisbah. Ada satu lagi cara iaitu cara Qirath. Tapi cara ini agak rumit dan dianggap oleh sesetengah ulama moden sebagai tidak praktikal.

rujukan:
– atTahqiqaat al-Mardhiyyah m/s 200

Wallahu A’lam.

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34299

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s