Kepada siapakah di nasabkan anak hasil perzinaan

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

(1). Kejadian Yang Pertama : Apabila seorang perempuan (9) berzina kemudian hamil, maka anak yang dilahirkannya adalah anak zina dengan kesepakatan para ulama.

Anak tersebut dinasabkan kepada ibunya (10) dan tidak dinasabkan kepada lelaki yang menzinai ibunya (ayah zinanya), tegasnya hubungan nasab antara anak dengan ayahnya terputus. Demikian juga dengan hukum waris terputus dengan ayahnya, dia hanya mewarisi ibunya dan ibunya mewarisinya. Demikian juga hak kewalian –kalau seorang anak perempuan- terputus dengan ayahnya. Yang menjadi wali nikahnya ialah sultan (penguasa) atau wakilnya seperti qadhi (penghulu) (11). Dan tidak wajib bagi ayahnya memberi nafkah kepada anak yang lahir dari hasil zina (12). Akan tetapi hubungan sebagai mahram tetap ada tidak terputus meskipun hubungan nasab, waris, kewalian dan nafkah terputus. Ini kerana biar bagaimanapun juga anak itu adalah anaknya, yang tercipta daripada air maninya walaupun dari hasil zina. Oleh kerana itu haram baginya menikahi anak perempuannya dari hasil zina sama haramnya dengan anak perempuannya yang lahir dari pernihakah yang shahih. Lebih luasnya lagi bacalah kitab-kitab dibawah ini:

(1). Al-Mughni Ibnu Qudamah (Juz 9 hal. 529-530 tahqiq Doktor Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turkiy)
(2). Majmu Fatawa Ibnu Taimiyah (Jilid 32, hal. 134-152)
(3). Majmu Syarah Muhadzdzab (Juz 15 hal. 109-113)
(4). Al-Ankihatul Faasidah (Hal. 75-79 Abdurrahman bin Abdirrahman Sumailah Al-Ahsal).

(2). Kejadian Yang Kedua : Apabila terjadi sumpah li’aan antara suami isteri.
Sebagaimana telah saya jelaskan dengan ringkas di fasal ketiga belas, maka anak dinasabkan kepada ibunya. Demikian juga tentang hukum waris dan nafkah serta hak kewalian. (13)

(3). Kejadian Yang Ketiga : Apabila seorang isteri berzina
Apabila seorang isteri berzina –baik diketahui suaminya (14) atau tidak- kemudian dia hamil, maka anak yang dilahirkannya itu dinasabkan kepada suaminya bukan kepada lelaki yang menzinai dan menghamilinya (15) dengan kesepakatan para ulama berdasarkan sabda Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Ertinya : Anak itu haknya (lelaki) yang memiliki tempat tidur dan bagi yang berzina tidak mempunyai hak apapun (atas anak tersebut)” (Hadits shahih riwayat Bukhari no. 6749 dan Muslim no. 4/171 dari jalan Aisyah dalam hadits yang panjang. Dan Bukhari no. 6750, dan 6818 dan Muslim 4/171 juga mengeluarkan dari jalan Abu Hurairah dengan ringkas seperti lafadz di atas)

Maksud sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas ialah bahawa anak itu milik suami yang sah meskipun lahir dari hasil zina isterinya dengan orang (lelaki) lain. Tetap anak itu menjadi miliknya dan dinasabkan kepadanya. Sedangkan bagi lelaki yang menzinai isterinya tidak mempunyai hak apapun terhadap anak tersebut.

Kejadian di atas di luar hukum li’aan dan perbezaannya ialah ; Kalau hukum li’aan suami menuduh isterinya berzina atau menafikan anak yang dikandung isterinya di muka hakim sehingga dilaksanakan sumpah li’aan. Dalam keadaan li’aan ini anak dinasabkan kepada isteri baik tuduhan suami itu benar atau bohong. Sedangkan pada keadaan di atas tidak terjadi sumpah li’aan meskipun suami mengetahui bahawa isterinya telah berzina dengan lelaki lain. Ini disebabkan suami tidak melaporkan tuduhannya ke muka hakim sehingga tidak dapat dilaksanakan sumpah li’aan.(16)

Oleh kerana itu anak tetap dinasabkan kepada suami yang sah. Yang sering terjadi khususnya di negeri kita ini bahawa perzinaan isteri yang diketahui suami. Wallahu a’lam

(Disalin dari kitab Menanti Buah Hati Dan Hadiah Untuk Yang Dinanti, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam Jakarta, Cetakan I – Th 1423H/2002M)
__________
Foote Note
(9). Gadis atau janda
(10). Misalnya Fulan bin Fulanah atau Fulanah binti Fulanah
(11). Al-Muhalla Ibnu Hazm Juz 10 hal 323 masalah 2013. Al-Majmu Syarah Muhadzdzab Juz 15 hal. 112. Majmu Fatawa Ibnu Taimiyyah 34/100
(12). Tidak wajib maknanya tidak berdosa kalau dia tidak memberi nafkah, akan tetapi tidak juga terlarang baginya untuk memberi nafkah. Ini berbeza dengan anak dari pernikahan yang shahih, berdosa bagi seorang ayah kalau dia tidak memberi nafkah kepada anak-anaknya.
(13). Fathul baari (no. 5315). Nailul Authar Juz 7 hal.91 dan seterusnya.
(14). Dan suaminya tidak menuduh isterinya di muka hakim sehingga tidak terjadi hukum li’aan.
(15). Meskipun anak yang dilahirkan isterinya itu mirip dengan lelaki yang menzinainya.
(16). Apabila seorang isteri berzina atau suami berzina maka nikah keduanya tidak batal (fasakh) menurut umumnya ahli ilmu (Al-Mughni Juz 9 hal. 565)

http://www.almanhaj.or.id/content/2252/slash/0

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s