Pukul suami dan cerai wkt marah

Saudara, saya dan suami telah berselisihan faham dan mengakibatkan kemarahan yang amat sangat kepada suami kerana saya telah memukulnya. Dalam keadaan yang sangat marah hingga hilang pertimbangan suami telah melafazkan cerai keatas saya. Kami berbaik semula dan dia mengatakan dia melafazkan cerai tanpa niat kerana terlalu marah. Apa kah lafaz cerai suami sah?

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Ada hadis menunjukkan tidak jatuh talak dalam keadaan sangat marah, iaitu hadis:

لا طلاق ولا عتاق في إغلاق

ertinya: “Tiada talak dan tiada pembebasan (hamba) dalam keadaan tertutup”.
HR: Abu Daud (no: 2195), Ibn Majah (no: 2046). Dinilai sahih oleh Hakim (no: 2802).

Kalimah ‘tertutup’ ditafsirkan sebagai ‘marah’ oleh Masruq, Abu Daud, Syafie, Ahmad, dan lain-lain. Ertinya, jika berlaku lafaz cerai dalam keadaan marah, tidak jatuh talak itu.

Kemarahan yang dimaksudkan ialah, kemarahan yang menyebabkan si suami tidak sedar apa yang diucapkan oleh mulutnya, seolah-olah akalnya sudah tertutup ketika melafazkan cerai itu. Manakala kemarahan biasa, yang mana si suami sedar apa yang diucapkan, ia tetap menjatuhkan talaknya.

Walaubagaimanapun, permasalahan talak mestilah diminta fatwa khas daripada pihak berwajib, atau orang alim, kerana ia memerlukan tasawwur yang jelas terhadap masalah. Kaedah mengatakan: Meletakkan hukum ke atas sesuatu adalah furuk kepada tasawwur permasalahan.

rujukan:
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=95126&Option=FatwaId
http://www.islamweb.net/ver2/library/BooksCategory.php?idfrom=348&idto=348&bk_no=34&ID=311

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s