Mahar Perkahwinan?

salam..

nak tanya..boleh ke kalau perempuan yang tetapkan kadar mahar yang dia nak?ke mmg kena ikut pemerintah dalam soal ini?

ada ke hadith yang state cakap kadar minimum mahar brp

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Pada asasnya, mahar adalah hak pengantin wanita dan wali berhak menetapkan kadarnya ketika sebutan akad nikah. Tiada had maksima dan had minima bagi kadar mahar.

Tetapi, sesetengah negeri menyelaraskan sebutan mahar dengan kadar tertentu, contohnya: Johor dan Pahang sebanyak RM22.50, KL sebanyak RM80.00 untuk dara dan RM40.00 untuk janda, Walaubagaimanapun, kadar yang ditetapkan itu bukanlah satu peraturan yang wajib diikuti. Boleh diletakkan lebih tinggi dari kadar itu.

Manakala, negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis memang tidak meletakkan had sebutan mahar.

Lihat: http://www.islam.gov.my/informasi/nilaimaskahwinnegeri.html

Quote:
ada ke hadith yang state cakap kadar minimum mahar brp?

Tiada hadis menghadkan kadar minima mahar. Malahan, dalam kisah al-Wahibah (wanita yang mahu memberikan dirinya kepada Nabi), Nabi mengahwinkannya dgn seorang lelaki dengan maharnya ialah mengajar wanita itu al-Quran.
(Sahih bukhari no: 2186, dan Sahih Muslim no: 5533).

Ini menunjukkan tiada had minima bagi mahar, asalkan ia berbentuk wang, atau sama nilainya dengan wang.

rujukan:
– Bidayatul Mujtahid 2/14

wa’alaikumussalam

Sedikit tambahan kepada jawapan Ustaz Abu_Umair, Insya-Allah.

Mahar hendaklah berpatutan. Sabda Nabi saw :-

خير النكاح أيسره

“Sebaik-baik nikah adalah yang paling mudah” [Hadith Riwayat Ibn Hibban]

Sabda Nabi saw didalam hadith yang lain :-

خير الصداق أيسره

“Sebaik-baik Mahar adalah yang paling mudah (mengikut kemampuan)” [Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi].

Nabi saw bersabda kepada seseorang yang ingin berkahwin, katanya :-

التمس ولو خاتماً من حديد

“Carilah sesuatu walaupun jika sebentuk cincin besi” [Hadith Muttafaq ‘Alaih]

Dari hadith diatas, kemuliaan seseorang wanita bukanlah terletak kepada mahar yang mahal dan yang membebankan, seolah-olah disana mereka berbangga dengannya (seperti menjual anak perempuan mereka). [al-Fiqh al-Manhaji, 2/82].

Syariah TIDAK MENETAPKAN kadar sesuatu mahar. Berkata Umar ibn Khataab ra. :-

“Janganlah berlebihan didalam mahar kepada perempuan, kerana ia merupakan tanpa penghormatan dan kemuliaan wanita didalam dunia atau tanda TAQWA disisi Allah, jika tidak Muhamamd saw telah melakukan sebelum kamu. Akan tetapi dia tidak memberi apa-apa kepada isteri-isterinya, dan juga anak perempuannya, tidak lebih dari 12 uqiyah. Seseorang lelaki boleh menaikkan mahar sehingga ia merasakan sesuatu kepadanya (wanita tersebut) dan berkata : Anda telah menyebabkan aku habis semua yang aku miliki, dan menyebabkan bebanan yang tinggi” [Sahih Ibn Majah].

12 uqiyah bersamaan 480 dirham. Begitulah maxima mahar yang Nabi berikan kepada isteri dan juga anak perempuannya. Didalam Zaad al-Ma’ad (5/178) Ibn Qayyim memetik bebraoa hadith yang menunjukkan bahawa mahar hendaklah dikurangkan dan tidak ada jumlah minima kepada mahar. Bagi beliau, mahar yang berlebihan menyalahi jalan syara’. WA.

Sekian, wassalam

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&p=96482#96482

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s