Jika Masa Haid Lebih Lama Dari Biasanya Dan Berubah Dari Awal Bulan Menjadi Akhir Bulan

Jika Masa Haid Lebih Lama Dari Biasanya Dan Berubah Dari Awal Bulan Menjadi Akhir Bulan

 

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Seorang wanita biasanya mengalami masa haidh selama enam hari, kemudian pada suatu bulan dia mengalami masa haidh melebihi masa haidh boleh selama beberapa hari ?

Jawapan.
Jika masa hadih seorang wanita biasanya selama enam hari kemudian pada bulan tertentu masa-masa haidh itu bertambah panjang hingga mencapai sembilan hari atau sepuluh hari, maka hukum haidh tetap berlaku pada dirinya, yaitu meninggalkan shalat hingga haidh itu berhenti, ketetapan ini berlaku kerana Nabi
SAW tidak membatasi masa haidh pada batasan tertentu, dan Allah berfirman.

“Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah : Haidh itu adalah suatu kotoran” (Al-Baqarah : 222)

Maka selama seorang wanita masih mengeluarkan darah haidh bererti dia tetap dikenakan hukum haidh hingga berhenti darah haidh itu lalu dia mandi, bersuci dan melaksanakan shalat, dan jika pada bulan berikutnya dia mengalami masa haidh kurang dari itu maka dia mesti segera mandi jika telah selesai haidhnya walaupun masa haidhnya itu tidak selama masa haidh sebelumnya.

Dan, yang penting bagi seorang wanita adalah jika dia mengeluarkan darah haidh maka hukum haidh berlaku baginya dengan meninggalkan shalat, walaupun masa haidhnya itu tidak sama dengan kebiasaan masa haidh yang lalu, ataupun masa haidh itu lebih cepat atau lebih lama dari masa haidh yang biasanya, kemudian jika habis masa haidhnya maka hukum haidh tidak berlaku lagi baginya, iaitu dia kembali mengerjakan shalat.

(Majmu Fatawa wa Rasa’il Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin, 4/277)

JIKA WAKTU HAIDH BERUBAH DARI AWAL BULAN MENJADI AKHIR BULAN

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Seorang wanita biasa mengalami masa haidh di awal bulan, kemudian tiba-tiba dia mengalami haidh di akhir bulan, bagaimanakah pendapat Anda tentang hal ini ?

Jawapan.
Jika seorang wanita mengalami kelewatan masa haidhnya, misalnya : jika biasanya dia mengalami haidh pada awal bulan lalu pada suatu bulan haidhnya itu datang pada akhir bulan, maka pendapat yang benar adalah, jika dia melihat darah bererti dia sedang haidh, dan bila dia tidak lagi melihat darah keluar bererti dia telah suci, demikian sebagaimana keterangan di atas.

(Majmu Fatawa wa Rasa’il Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin, 4/278)

(Disalin dari Kitab Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita, Penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, Penerjemah Amir Hamzah Fakhruddin, Terbitan Darul Haq)

Kategori: Wanita – Thaharah
Sumber: http://
www.almanhaj.or.id
Tanggal: Sabtu,
10 September 2005 15:13:22 WIB

Produced by SalafiDB 3.0 (freeware)
http://salafidb.googlepages.com

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s