wanita bersalin, nifas dan sholat?

Bolehkah Wanita Nifas Melaksanakan Shalat, Puasa, Haji Sebelum Genap Empat Puluh Hari Masa Nifasnya

Syaikh Abdurrahman As-Sa’di

Pertanyaan
Syaikh Abdurrahman As-Sa’di ditanya : Jika seorang wanita mengalami sakit kerana hendak melahirkan hingga tidak sedar selama dua hari namun dia belum mengeluarkan darah, apakah dimestikan baginya untuk mengqadha shalat atau tidak ?

Jawapan
Ya, dimestikan baginya untuk mengqadha shalat yang dia tinggalkan selama dua hari itu, kerana ketidaksedaran yang disebabkan penyakit atau rasa sakit dll tidak menggugurkan kewajipan shalat seseorang, juga wanita itu belum mengeluarkan darah sehingga dia belum dikenakan hukum nifas.

(Al-Majmu’ah Al-Kamilah Lifatawa Asy-Syaikh As-Sa’di, halaman 99)

BOLEHKAH WANITA NIFAS MELAKSANAKAN SHALAT, PUASA DAN HAJI SEBELUM GENAP EMPAT PULUH HARI MASA NIFASNYA

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Baaz

Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Baaz ditanya : Apakah wanita nifas boleh melakukan puasa, shalat dan haji jika dia sudah suci sebelum sampai hari keempat puluh dari sejak dia melahirkan ?

Jawapan
Ya, boleh baginya untuk melaksanakan shalat, puasa, haji dan umrah, serta boleh bagi suaminya untuk mencampurinya walaupun belum genap empat puluh hari masa nifasnya, umpamanya dia telah suci pada hari kedua puluh maka dia mesti mandi, melaksanakan shalat, puasa dan dia halal untuk digauli oleh suaminya. Adapun hadits yang diriwayatkan dari Utsman bin Abu Al-‘Ash bahawa ia memakruhkan hal itu, maka makruh disini diertikan sebagai suatu hal yang sebaiknya dijauhi sebab tidak ada dalil yang menyebutkan tentang hal ini, pernyataan makruh yang disebutkan tentang hal ini adalah hasil ijtihadnya. Pendapat yang benar adalah dibolehkan bagi wanita itu untuk melakukan hal-hal tersebut jika dia telah suci sebelum genap empat puluh hari dari sejak dia melahirkan, dan jika darah itu kembali lagi sebelum hari keempat puluh maka darah yang keluar itu dianggap sebagai darah nifas, akan tetapi puasanya, shalatnya dan hajinya yang dia lakukan di masa suci itu adalah sah dan tidak perlu diulang.

(Kitab Ad-Da’wah, Syaikh Ibnu Baaz, 1/43)

BOLEHKAH SAYA SHALAT KETIKA SAYA MERASAKAN SAKIT KERANA MELAHIRKAN

Oleh
Syaikh Abdullah bin Al-Jibrin

Pertanyaan
Syaikh Abdullah bin Al-Jibrin ditanya : Bolehkah saya melaksanakan shalat ketika saya merasakan sakit kerana melahirkan .”

Jawapan
Seorang wanita melakukan shalat mesti dalam keadaan suci dari haidh atau nifas, akan tetapi jika dia mengeluarkan darah sehari sebelum dia melahirkan maka darah itu dianggap darah haidh, jika demikian maka tidak boleh melakukan shalat pada hari itu. Adapun jika dia tidak mengeluarkan darah, maka dia tetap diwajibkan melaksanakan shalat walaupun dia sedang merasa sakit kerana proses kelahiran, sebagaimana orang sakit yang tetap diwajibkan shalat walaupun dia sedang sakit, kerana adanya penyakit itu tidak menggugurkan kewajipan shalat pada seseorang.

(Fatawa Al-Mar’ah, Syaikh Al-Jibrin, halaman 35)

HUKUM PUASA DAN SHALAT BAGI WANITA NIFAS

Oleh Syaikh Shalih Al-Fauzan

Pertanyaan
Syaikh Shalih Al-Fauzan ditanya : Apa hukum shalat dan puasa bagi wanita nifas ?

Jawapan
Diharamkan bagi wanita nifas untuk melaksanakan puasa, shalat atau thawaf di Ka’bah, sebagaimana diharamkan bagi wanita haidh, akan tetapi wajib baginya untuk mengqadha puasa fardhu yang dia tinggalkan selama masa nifas sebagaimana wanita haidh.

(At-Tanbihat, Syaikh Al-Fauzan, halaman 19)

(Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan terbitan Darul Haq hal 162-164 penerjemah Amir Hamzah Fakhruddin)

Kategori: Wanita – Fiqih Shalat
Sumber: http://
www.almanhaj.or.id
Tanggal: Senin, 16 Februari 2004
12:35:21 WIB

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s