Wali ada hak 100% ke?

salam..sy ingin bertanya jika ayah kepada seorg anak perempuan ingin mengahwinkan anaknya itu pada seorg lelaki tetapi anak dia itu tidak menyukai lelaki berkenaan malah sudah mempunyai pilihan utk dirinya sendiri, adakah anak perempuan itu wajib taat pada ayahnya? atau perempuan itu boleh memilih pilihannya sendiri dan berkahwin dgn berwalikan ayahnya seperti biasa? adakah wali mempunyai hak 100% dlm menentukan perkahwinan anak nya? jika beza antara wali iaitu ayah dan abg lelaki..adakah abg lelaki mempunyai hak 100% utk mengahwinkan adik nya tanpa adik perempuannya bersetuju dgn pilihan abg nya itu? wslm

jawapan:

Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

1.Sabda Rasulullah SAW:

لَا تُنْكَحُ الْأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلَا تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ إِذْنُهَا قَالَ أَنْ تَسْكُتَ

“Seorang wanita janda tidak boleh dikahwinkan begitu saja sebelum diminta persetujuannya dan seorang gadis tidak boleh dikahwinkan sebelum diminta izinnya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! bagaimana caranya kami memperoleh izinnya?” Jawab Rasulullah, “Izinnya ialah jika ia diam.” (H.R Bukhari & Muslim)

2.Sabdanya lagi:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْأَيِّمُ أَحَقُّ بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا وَالْبِكْرُ تُسْتَأْذَنُ فِي نَفْسِهَا وَإِذْنُهَا صُمَاتُهَا

“Seorang janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya. Dan seorang gadis harus diminta persetujuan daripadanya, persetujuannya itu ialah jika ia diam.” (H.R Muslim)

3.Dalam hadith lain:

عَنْ خَنْسَاءَ بِنْتِ خِذَامٍ الْأَنْصَارِيَّةِ أَنَّ أَبَاهَا زَوَّجَهَا وَهْيَ ثَيِّبٌ فَكَرِهَتْ ذَلِكَ فَأَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَدَّ نِكَاحَهُ

“Diriwayatkan dari Khansa binti Khidzam Al-Anshariyah r.a. bahawa ayahnya menikahkannya dalam keadaan janda. Ia tidak menyukai pernikahan itu. Maka ia mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w membatalkan pernikahannya.” (H.R Bukhari & Muslim)

Difahami dari hadith-hadith ini bahawa para wali hendaklah meminta izin atau persetujuan sebelum menikahkan anak perempuan mereka. Dan anak perempuan yang janda jika dinikahkan tanpa persetujuan mereka, maka pernikahan itu terbatal.

Dengan itu, ulama telah berselisih pendapat mengenai hak perkahwinan pada wali:

1. Wali tidak mempunyai hak untuk menikahkan anak perempuannya samada gadis atau janda kecuali dengan izin atau persetujuan anak perempuannya. Ini adalah pendapat Imam Awza’ie & Imam Abu Hanifah.

2. Wali mempunyai hak untuk menikahkan anak perempuannya yang masih gadis tanpa izin anak perempuannya jika wali tersebut bapa kepada gadis itu. Ini adalah pendapat Imam Syafie & Imam Ahmad.

Dengan ini, menurut Mazhab Imam Syafie: seorang bapa boleh menikahkan anak gadisnya tanpa izin. Walaupun begitu, bagi mereka, bapa ini disunatkan meminta izin terlebih dahulu berdasarkan hadith-hadith di atas.

Tetapi, seorang datuk atau abang yang menjadi wali kepada gadis tersebut tidak berhak untuk menikahkan gadis itu. Hanya bapa sahaja yang berhak menikahkan tanpa izin. Dan wali tidak berhak menikahkan anak perempuan yang janda tanpa persetujuannya walaupun wali tersebut bapanya sendiri.

Rujukan:
– Sahih Bukhari
– Sahih Muslim
– Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi

Wallahu a3lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s