sumpah dgn al-quran

kini byk saudara saudara islam yang mengangkat sumpah dengan menjunjung al quran, jika melanggar sumpahnya bagaimanakah cara untuk bertaubat ? bagaimakah pula jika sumpahnya memudaratkan dirinya sendiri?

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bukanlah syarat bersumpah itu dengan menggunakan al-Quran. Syarat bersumpah ialah dengan menyebut nama Allah, contohnya Demi Allah, Aku akan melakukan ini….

Berikut kami petik soal-jawab yang lalu mengenai dengan sumpah menggunakan al-Quran :-

SJ-13-0019 : MENJUNJUNG AL-QURAN ?? wrote:
Seorang Islam itu hanya boleh bersumpah dengan nama Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw :

من كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت

“Barangsiapa yang bersumpah, bersumpahlah dengan nama Allah atau berdiam diri”

Memegang Mushaf (Al-Quran) semasa bersumpah bukanlah merupakan salah satu syarat sumpah. Akan tetapi tidaklah menjadi masalah jika semasa ia bersumpah, tangannya memegang al-Quran, kerana al-Quran adalah merupakan Kalam Allah dan ia merupakan salah satu dari sifat Allah. Scenario ini dapat kita lihat didalam masalah yang melibatkan mahkamah bukan Islam yang memerlukan seseorang itu bersumpah menggunakan kitab suci. Berikut adalah contoh fatwa yang dikeluarkan oleh Fataawaa al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami :-
.

إذا كان القضاء في بلد ما حكمه غير إسلامي يوجب على من توجهت عليه اليمين وضع يده على التوراة أو الإنجيل أو كليهما فعلى المسلم أن يطلب من المحكمة أن يحلف بالله ولا بأس أن يقسم بالقرآن الكريم لأنه كلام الله تعالى وهو صفة من صفاته ، فإن لم يُستجب لطلبه وأُجبر على الحلف بالتوراة أو الإنجيل فإنّه يُعتبر مكرهاً ، ولا بأس عليه أن يضع يده عليهما أو على أحدهما دون أن ينوي بذلك تعظيماً . والله أعلم

“Jika sistem didalam sebuah negara tidak memerintah menggunakan undang-undang Islam yang memerlukan seseorang itu mengangkat sumpah meletakkan tangannya diatas Kitab Taurat atau Injil, atau kedua-duanya sekali, maka seorang Islam itu hendaklah meminta mahkamah agar dia boleh bersumpah dengan Nama Allah. Dan Tidaklah menjadi masalah jika seseorang itu bersumpah dengan Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran ialah Perkataan Allah (Kalam Allah) dan ia adalah salah satu dari sifat Allah. Dan jika mahkamah tidak membenarkan permintaan tersebut, dan dia terpaksa bersumpah dengan Taurat dan Injil, maka ini dianggap s ebagai paksaan, maka tidaklah ada dosa bagi seseorang itu meletekkan tangannya keatas salah satu atau kedua-duanya sekali selama-mana dia tidak berniat memuliakan apa yang dilakukan. Wallahu’alam”

Bagi mereka yang melanggar sumpah, dia dikenakan kafarah al-yameen bagi menebus sumpahnya. Berikut adalah kafarahnya :-

a. Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau
b. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau
c. Membebaskan hamba.

Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah swt :-

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. ” [surah al-Maa’idah : 89]

Seseorang itu kena berhati-hati didalam melafazkan sumpah. Maksud memakan diri itu adalah seseorang itu akan menanggung dosa besar jika sumpah yang terbatal itu tidak ditebus dengan kafaarah al-Yameen. Menurut Fatwa aal-Lajnah al-Daaimah, seseorang itu dengan berusaha menebus seberapa banyak sumpah-sumpah lalu yang telah dia lakukan melalui kafaah al-yameen, agar dia dibebaskan dari tanggung-jawab ini [al-Lajnah al-Daaimah, 23/49]. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s