Jama; sblm masuk wkt zohor

Salam

Minggu depan sy akan gerak dari kulim ke shah alam dgn menaiki bas. Bas akan bertolak dari stesyen butterwoth jam 11:30pg dan dianggarkan akan smpi di pudu dlm jam 4ptg dan meneruskan perjalanan hingga ke shah alam.
Dalam anggaran sy, akan tiba di shah alam pd jam 6ptg.

Jadi, adakah syara’ mengizinkan sy jika sy lakukan jama’ dari asar ke zohor di rumah sy?

Pohon penjelasan pari pihak panel AAN sebelum ari khamis minggu depan (8-11-07)

Wassalam

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
Jadi, adakah syara’ mengizinkan sy jika sy lakukan jama’ dari asar ke zohor di rumah sy?

Kami andaikan rumah anda berada di Kulim, dan anda ingin melakukan jama’ zohor dan asar sebelum masuk waktu zohor. Jawapannya : tidak boleh melakukan solat fardu sebelum masuk waktunya. Firman Allah swt :-

إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً

“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. ” [Surah al-Nisaa’ : 103]

Alternatif yang anda boleh lakukan adalah seperti berikut :-

a. Anda boleh melakukan solat Qasar Zohor (sahaja) didalam BAS dan menunaikan solat Asar sebaik sahaja sampai di Shah Alam. Pandangan Qasar tanpa Jama’ merupakan piihan Syiekh Ibn Taimiyah rh. Beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik ditunaikan setiap solat pada waktunya, jika benar-benar tidak ada hajat untuk melakukan jama’. Kerana menurut beliau, Nabi saw sentiasa melakukan solat Qasar pada masa musafir apabila masuk waktu solat tersebut (Majmu’ Fatawa, 24/19).

b. atau, lakukan Solat Qasar dan Jama’ Zohor dan Asar sebaik sahaja sampai di Pudu Raya. Jika waktu itu masih ada waktu solat zohor, maka bolehlah lakukan Solat Qasar dan Jama’ Taqdim.Jika waktu di Puduraya menunjukkan masuk waktu Asar, maka anda boleh menunaikan Solat Qasar dan Jama’ Ta’khir.

c. atau, jika keadaan tidak mengizinkan untuk anda melakukan Solat di Puduraya atas sebab-sebeb tertentu (takut terlepas bas dsb), maka anda boleh melakukan Solat Jama’ Ta’khir di Shah Alam atas alasan kesukaran untuk melakukan solat. Solat 4 rakaat penuh Zohor dan diikuti oleh Solat 4 rakaat penuh Asar. Anda tidak boleh mengqasarkan solat sebab status musafir telah luput kerana kami andaikan Shah Alam ialah tempat anda bermastautin. Kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh menyebabkan solat dijama’kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :-

يجوز للمقيم أن يجمع بين الصلاتين إن كان هناك حرج من أداء الصلاة الثانية في وقتها ، والجمع أوسع من القصر ، فلا قصر إلا لمسافر ، والجمع يجوز للمسافر والمقيم حيث يوجد الحرج من أداء الصلاة الثانية سواء في وقتها أو في جماعة .

“Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjama’kan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjama’kan solat adalah LUAS berbanding dengan memendikkan solat, kerana memendik (qasar)kan solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jama’ dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjama’ solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat yang kedua samaada pada waktunya atau didalam jemaah” [Islam-QA : Soalan no: 20017]

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s