Dua Imam Satu Masjid

Semalam saya dengar syarahan ada ustaz yang mengatakan sekiranya ada dua imam di dalam masjid melakukan solat yang sama, maka solat itu haram. Saya melihat ini yang berlaku di kebanyakan masjid di negara saya pada solat witir di bulan ramadhan. Tarawikh sama sama…tapi bab witir mereka yang bermazhab hanafie akan keluar dan solat di belakang bersama imam mereka sebanyak 3 rakaat sekali gus. Sedangkan Imam dan makmum yang bermazhab syafie solat 2+1 rakaat. Adakah solat kedua dua jamaah itu haram ataupun tidak sah.

Adakah patut Imam yang bermazhab syafie (Imam tempatan yang dilantik) melakukan 3 rakaat witir sekaligus untuk megelakkan perpecahan? Bagaimana pulak dengan makum apa yang patut mereka lakukan? adakah lebih afdhal solat witir di rumah?

Saya pernah bertanya pada mereka yang bermazhab hanafi. Kata mereka mazhab mereka tidak ada solat satu rakaat. Paling minimum 2 rakaat. Jadi mereka tidak boleh ikut kita solat. Betulkah pendapat ini?

jawapan:

al-Jawab:

1.

Quote:
Adakah solat kedua dua jamaah itu haram ataupun tidak sah.

Solat dua Imam adalah haram dan yang sah ialah solat dgn Imam rawatib atau Imam yang dilantik oleh Pemerintah/Penguasa sahaja. Jika Imam yg sah adalah bermadzhab Syafi’iy, maka pengikut madzhab Hanafi sebenarnya sah mengikuti madzhab ini dalam isu ijtihadiah atau khilafiah. Demikian kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam Fatawa al-Kubra (2/117-8). Perbuatan mereka solat berasingan ketika Imam tetap melakukan solat adalah perbuatan bid’ah dan menghidupkan zaman kefanatikan madzhab di mesjidil Haram sebelum Dinasti al-Saud. Makmum hendaklah solat di belakang Imam tetap untuk mengekalkan perpaduan jama’ah (Lajnah Daimah dan Iftaa’, 7/366)

2. Kerasnya pendapat Hanafi dalam format solat Witr itu sebenarnya tidak benar kerana terdapat hadith sahih yg mana Nabi saw solat witr mengikut format 2+1 dari hadith Ibn Hibban (2435) dari Ibn Umar ra.

sekian

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s