Dakwah Internet

Aslmkm,
Apakah dalil yang membolehkan kita berdakwah melalui internet dan dalil yang tidak membolehkan kita berdakwah dengan internet?

JazakAlla

jawapan:

Wassalam

al_Jawab:

Dakwah internet ni tak ada dalil yang membahaskan kerana internet hanya ujud di zaman kita sahaja. Maka ia kembali kepada kaedah umum: ” Semua jalan atau kaedah kepada tercapainya matlamat dakwah adalah boleh digunakan kecuali yang jelas membawa mudharat atau kegagalan dakwah itu sendiri. ” [Mausoo’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, jld 20/332]

Ayat dakwah spt AQ 4:104 adalah umum dan tidak dinyatakan media dakwah. Dalam sejarah Nabi SAW menggunakan pelbagai media, lisan, mimbar, dakwah peribadi, surat-menyurat dan menghantar para mubaligh atau utusan.

Maka bila ujudnya internet sebagai media. Maka dakwah boleh saja menggunakan internet kerana manusia banyak sekali terdedah dgn internet. Ini kerana objektif dakwah ialah sibaran yang sampai kepada massa dgn meluas dan pantas, dan jika internet memenuhi objektif itu, maka amat tidak cerdik jika orang Islam tidak mahu memanfa’atkan media internet sebagai media dakwah. sekian

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s