Carikan Matan hadith ni?

Salam

Moga dirahmati Allah,

Minta bantuan dari panel utk dapatkan teks arab…Saya terlupa matan/teks hadis nabi saw atau athar sahabat atau kata2 cerdik pandai yang berkata…maksudnya gini :

1) “Pihak yang benar jika tidak diuruskan dengan cara yang baik akan kalah dengan pihak yang batil yang diuruskan dengan cara yang baik”

2) “Kita dulu satu kaum yang hina…dan dimuliakan dgn islam…”

Mungkin pihak panel bleh tolong dptkan pd saya teks penuh ucapan tersebut dan sumbernya dari siapa….

Sekian, wassalam

jawapan:

Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

Quote:
1) “Pihak yang benar jika tidak diuruskan dengan cara yang baik akan kalah dengan pihak yang batil yang diuruskan dengan cara yang baik”

Mungkin yang dimaksudkan di sini seperti yang disebut oleh Ibn Taimiah:

يروى : الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة .

“Diriwayatkan: Allah SWT akan memberi pertolongan negara yang adil walaupun kafir. Dan Allah SWT tidak akan memberi pertolongan negara yang zalim walaupun mukmin”. (al-Hisbah: m/s: 4)

Quote:
2) “Kita dulu satu kaum yang hina…dan dimuliakan dgn islam…”

Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak (1/203-204), telah berkata Umar r.a:

« إنا قوم أعزنا الله بالإسلام ، فلن نبتغي العزة بغيره »

“Kami adalah kaum yang Allah SWT telah muliakan dengan Islam, maka kami tidak akan mencari kemuliaan selain darinya”.

Dalam riwayat lain:

إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العز بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله

“Kami dulu satu kaum yang hina, kemudian Allah SWT muliakan kami dengan Islam, Walau macamanapun kami mencari kemuliaan selain dari apa yang Allah telah muliakan kami maka Allah akan hinakan kami” .

Hadith ini sahih sebagai Mauquf kepada Umar r.a. (Silsilah Sahihah: 1/117)

Wallahu a3lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s