Kesahihan hadith mayat terseksa kerana ratapan keluarga

Sebahagian Orang Berkata, Apabila Hadits Shahih Bertentangan Dengan Al-Qur’an, Maka Hadits Itu Ditolak

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani

Pertanyaan.
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya :
Ada sebahagian orang yang berkata bahawa apabila terdapat sebuah hadits yang bertentangan dengan ayat Al-Qur’an maka hadits tersebut mesti kita tolak walaupun darjatnya shahih. Mereka memberi contoh sebuah hadits.


Ertinya : “Sesungguhnya mayat akan diseksa disebabkan tangisan keluarganya” (Shahihul Jaami’ No. 1970).


Mereka berkata bahawa hadits tersebut ditolak oleh Aisyah
RA dengan sebuah ayat di dalam Al-Qur’an surat Fathir : 18.

Ertinya : “Seseorang tidak akan memikul dosa orang lain”

Bagaimana kita membantah pendapat mereka itu ?

Jawapan:
Mengatakan ada hadits shahih yang bertentangan dengan Al-Qur’an adalah kesalahan yang sangat fatal. Sebab tidak mungkin Rasulullah
SAW yang diutus oleh Allah memberikan keterangan yang bertentangan dengan keterangan Allah yang mengutus beliau.

Dari segi riwayat/sanad, hadits di atas sudah tidak terbantahkan lagi ke shahih-annya. Hadits tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Umar bin Khaththab, dan Mughirah bin Syu’bah, yang terdapat di dalam kitab hadits shahih (Bukhari dan Muslim).


Adapun dari segi tafsir, hadits tersebut sudah ditafsirkan oleh para ulama dengan dua tafsiran sebagai berikut.

(A). Hadits tersebut berlaku bagi mayat yang ketika hidupnya dia mengetahui bahawa keluarganya (anak dan isterinya) pasti akan meratap (nihayah) (1) apabila dia mati. Kemudian dia tidak mahu menasihati keluarganya dan tidak berwasiat agar mereka tidak menangisi kematiannya. Orang seperti inilah yang mayatnya akan diseksa apabila ditangisi oleh keluarganya.


Adapun orang yang sudah menasihati keluarganya dan berpesan agar tidak berbuat nihayah, tetapi kemudian ketika dia mati keluarganya masih tetap meratapi dan menangisinya, maka orang-orang seperti ini tidak terkena ancaman daripada hadits tadi.


Dalam hadits tersebut, kata al-mayyitu menggunakan huruf alif lam (isim ma’rifat). Di dalam kaedah bahasa Arab kalau ada isim (kata benda) yang dibahagian depannya memakai huruf alif lam, Maka benda tersebut tidak bersifat umum. Oleh kerana itu kata “mayat” dalam hadits di atas adalah tidak semua mayat, Tetapi mayat tertentu (khusus). Iaitu mayat orang yang sewaktu hidupnya tidak memberi nasihat kepada keluarganya tentang haramnya nihayah.


Demikianlah, ketika kita memahami tafsir hadits di atas jelaslah bagi kita bahawa hadits shahih tersebut tidak bertentangan dengan bunyi ayat.

Ertinya : “Seseorang tidak akan memikul dosa orang lain”.

Karena pada hakikatnya seksaan yang dia terima adalah akibat kesalahan/dosa dia sendiri iaitu tidak mahu menasihati dan berdakwah kepada keluarga. Inilah penafsiran daripada para ulama terkenal, di antaranya Imam An-Nawawi.

(B). Adapun tafsiran kedua adalah tafsiran yang dikemukakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Raimahullah di beberapa tulisan beliau bahawa yang dimaksudkan dengan azab (siksaan) di dalam hadits tersebut adalah bukan azab kubur atau azab akhirat. Tetapi maksud azab tersebut hanyalah rasa sedih dan dukacita. Iaitu rasa sedih dan duka ketika mayat tersebut mendengar ratapan tangis daripada keluarganya.


Tapi menurut saya , tafsiran seperti itu bertentangan dengan beberapa dalil. Di antaranya adalah hadits shahih riwayat Mughirah bin Syu’bah.


Ertinya : “Sesungguhnya mayat itu akan diseksa pada hari kiamat disebabkan tangisan dari keluarganya”.

Jadi menurut hadits ini seksa tersebut bukan di alam kubur tapi di akhirat, dan seksaan di akhirat adalah tidak lain maksudnya adalah seksa neraka, kecuali apabila dia diampuni oleh Allah. Ini kerana semua dosa pasti ada kemungkinan diampuni oleh Allah SWT kecuali dosa syirik.

Firman Allah SWT


Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya” (An-Nisa : 48)

Banyak hadits-hadits shahih dan beberapa ayat Al-Qur’an yang mengatakan bahawa seorang mayat itu tidak akan mendengar suara orang yang masih hidup kecuali saat-saat tertentu saja. Di antaranya adalah hadits riwayat Bukhari dari sahabat Anas bin Malik RA.

 

Ertinya : Sesungguhnya seorang hamba yang meninggal dan baru saja dikubur, dia mendengar bunyi terompah (sandal) yang dipakai oleh orang-orang yang menghantarnya ketika mereka sedang bergerak pulang, sampai datang kepada dia dua malaikat” (Shahihul Jami’ No. 1675).

Bila seorang mayat itu boleh mendengar suara sandal orang yang masih hidup ? Hadits tersebut menegaskan bahawa mayat tersebut hanya boleh mendengar suara sandal ketika dia baru saja dikuburi, yaitu ketika ruhnya baru sahaja dikembalikan ke badannya dan dia di dudukkan oleh dua malaikat. Jadi tidak setiap hari mayat tersebut mendengar suara sandal orang-orang yang lalu lalang di atas kuburannya sampai hari kiamat. Sama sekali tidak !.

Seandainya penafsiran Ibnu Taimiyah di atas benar, bahawa seorang mayat itu boleh mendengar tangisan orang yang masih hidup, bererti mayat tersebut boleh merasakan dan mendengar apa yang terjadi di sekelilingnya, baik ketika dia sedang diusung atau setelah dia dimakamkan, sementara tidak ada satupun dalil yang mendukung pendapat seperti ini.

Hadits selanjutnya adalah:

 

Ertinya : “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat-malaikat yang bertugas menjelajah di seluruh permukaan bumi untuk menyampaikan kepadaku salam yang diucapkan oleh umatku” (Shahihul Jaami’ No. 2174).


Seandainya mayat itu boleh mendengar, tentu mayat Rasulullah
SAW lebih memungkinkan boleh mendengar. Mayat beliau lebih mulia dibandingkan dengan mayat siapapun, termasuk mayat para nabi dan rasul. Seandainya mayat beliau SAW boleh mendengar, Tentu beliau mendengar salam daripada umatnya yang ditujukan kepada beliau dan tidak perlu ada malaikat-malaikat khusus yang ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan salam yang ditujukan kepada beliau.


Dari sini kita boleh mengetahui betapa salah dan sesatnya orang yang ber-istighatsah (minta pertolongan) kepada orang yang sudah meninggal, siapapun dia. Rasulullah
SAW adalah orang yang paling mulia di sisi Allah dan beliau tidak mampu mendengar suara orang yang masih hidup, apalagi selain beliau.


Hal ini secara tegas diterangkan oleh Allah
SWT dalam Al-Qur’an surat Al-A’raf : 194.


Ertinya : “Sesungguhnya yang kalian seru (2) selain Allah adalah hamba yang juga seperti kalian”

Juga di dalam surat Fathir : 14:


Ertinya : “Jika kalian bedo’a kepada mereka, maka mereka tidak akan mendengar do’a kalian”.

Demikianlah, secara umum mayat yang ada di dalam kubur itu tidak boleh mendengar apa-apa kecuali saat-saat tertentu saja. Sebagaimana yang sudah diterangkan dalam beberapa ayat dan hadits.

(Disalin kitab Kaifa Yajibu ‘Alaina Annufasirral Qur’anal Karim, edisi Indonesia Tanya Jawab Dalam Memahami Isi Al-Qur’an, Penulis Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, terbitan Pustaka At-Tauhid, penerjemah Abu Abdul Aziz)
__________
Foote Notes.
(1) Nihayah adalah meratapi kematian dengan cara meronta-ronta, menampar0nampar pipi, merobekrobek baju, berkumpul-kumpul di rumah ahli mayat, dan lain-lain (-pent-)
(2) Maksud “seru” di sini adalah berdo’a, minta pertolongan kepada orang-orang yang sudah mati atau kepada berhala-berhala (-pent)

Kategori: Al-Qur’an – Tanya Jawab
Sumber: http://
www.almanhaj.or.id
Tanggal: Sabtu, 28 Februari 2004
19:06:37 WIB

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s