Bayangkan kaa’bah wkt solat, macam mana ye nak khusyu’?

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin bertanya sedikit. Boleh tak setiap kali kita mengerjakan sembahyang fadhu dan sembahyang sunat dan sebagainya, kita bayangkan yang kita sembahyang di mekah di hadapan Kaabah atau masjid di sana?? Sah ke sembahyang saya itu??

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr nuraisyah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Adakah sah solat jika membayangkan dia bersolat di Mekah atau di hadapan Ka’bah? Solat tetap sah, kerana ia tidak meninggalkan mana-mana rukun solat atau sebab-sebab yang membatalkan solat i.e. berkata2, pergerakan yang banyak, terdapat najis di pakaian, terbuka aurat, menukar niat, beralih kiblat, ketawa dsb. Cuma ia mencacatkan pahala solah kerana meninggalkan amalan sunnah, iaitu khusyuk. Syiekh Dr Mustafa Khin didalam kitabya Al-Fiqh Al-Manhaji meletakkan khusyuk sebagai sunat ha’iah.

Kenapa perlu membayang-bayangkan Mekah, Ka’bah, Masjid dsb. Bayangan ini akan mengubah penumpuan kita dari menghadirkan hati didalam solat, lalu akan mencacatkan kekhusyukkan solat kita. Makna khusyuk menurut Syeikh Dr Mustafa Khin :

الخشوع يقظة القلب إلى مايردده اللسان من القراءت والأذكار والأدعية؛ بأن يتدبر كل ذلك ويتفاعل مع معانية، ويشعر أنه يتاجي ربه سبحانه وتعالى “Khusyuk ialah hati yang sedar akan apa yang lidah bacam zikir dan do’a. Kerana menganggap semua perbuatan terpancar darinya, dan merasakan bisikan Tuhan Yg Maha Suci dan maha Tinggi” – [Al-Fiqh Al-Manhaji /157]

Yang dimaksudkan khusyuk ialah kita merasai setiap ayat yang di baca dan bukan membayang objek-objek yang lain. Hati (qalb) dikehendaki hadir bersama semasa membaca ayat-ayat a-Quran, zikir-zikir dan do’a-do’a. Syeikh Ibn Taimiyah membahagikan usaha khusyuk ini kepada dua :

(1) اجتهاد العبد في أن يعقل ما يقوله ويفعله ، وتداجتهاد العبد في أن يعقل ما يقوله ويفعله ، وتدبر القراءة والذكر والدعاء ، واستحضار أنه مناجٍ لله تعالى كأنه يراه “Berusaha memikir apa kita baca/sebut dan apa yang kita lakukan, memikirkan makna al-Quran, zikir do’a yang kita baca; merasakan didalam minda kita bahawa kita sedang berdialog dengan Allah swt dan seolah-olah kita melihatnya.”

(2) الاجتهاد في دفع ما يُشغل القلب من تفكر الإنسان فيما لا يعنيه ، وتدبر الجواذب التي تجذب القلب عن مقصود الصلاة ، وهذا في كل عبدٍ بحسبه “Berusaha kearah membuang apa sahaja perkara yang boleh mengganggu (distract) anda semasa solat, memikirkan mengenai sesuatu perkara yang tidak ada kena-mengena atau gangguan. ” – (Majmu’ fatawa, 22/605).”

a. Mengingati bagaimana para salaf bersolat (التأمل في حال السلف في صلاتهم) ini akan menambahkan lagi kekkhusyukan. Apabila Ibn al-Zubair berdiri untuk bersolat, dia seolah-olah bagaikan kayu, berada didalam kekhusyukkannya. Suatu hari semasa beliau sedang sujud diwaktu peluru dari lastik yang besar di lancarkan, dimana Mekah telah di kepong, dan sebahagian pakaiannya koyak semasa bersolat, beliau tidak langsung mengangkatkan kepalanya. Ibn Taimiyah menceritakan :

Sa’d ibn Mu’aaz berkata :

فيّ ثلاث خصال لو كنت في سائر أحوالي أكون فيهن ، لكنت أنا أنا : إذا كنت في الصلاة لا أحدث نفسي بغير ما أنا فيه ، وإذا سمعت من رسول الله حديثا لا يقع في قلبي ريب أنه الحقّ ، وإذا كنت في جنازة لم أحدّث نفسي بغير ما تقول ويقال لها

“Aku mempunyai 3 qualiti yang aku pelihara disepanjang masa, kemudian aku akan benar-benar melakukan sesuatu. Apabila aku bersolat, Aku tidak memikirkan apa-apa melainkan solat yang aku lakukan; jika aku mendengar mana-mana hadith Rasulullah saw, aku tidak ada keraguan mengenainya; dan apabila aku menziarahi janaazah, aku tidak memikir apa-apa melainkan apa yang janazah itu berkata dan apa yang dikata keatasnya” – [Majmu’ Fatawa, 22/605].

b. Ketahui bahawa Allah swt memberi responnya kepada solat kita. Kita mesti merasakan bahawa kita seolah-oleh berkomunikasi dengan Allah swt semasa didalam solat. Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda :

الله عز وجل قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ولعبدي ما سأل ، فإذا قال : الحمد لله رب العالمين قال الله : حمدني عبدي فإذا قال : الرحمن الرحيم ، قال الله : أثنى عليّ عبدي ، فإذا قال : مالك يوم الدين ، قال الله : مجّدني عبدي ، فإذا قال : إياك نعبد وإياك نستعين ، قال : هذا بيني وبين عبدي ولعبدي ما سأل ، فإذا قال : إهدنا الصراط المستقيم ، صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ، قال الله : هذا لعبدي ولعبدي ما سأل .

“Allah Azza wa Jalla berfirman : Aku telah membahagikan solat diantara aku dan hambu ku menjadi separuh, dan hambaku akan mendapat apa yang dia minta’. Apabila hambanya berkata ‘Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam’ Allah’, Allah mejawab ‘hambaku telah memujiku’. Apabila hamba berkata :’Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani’, Allah menjawab, ‘Hambaku telah memuliakanku’, apabila hamba berkata :’Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). ‘ Allah menjawab :’Hambaku telah membesarka aku’, apabila hamba berkata : ‘Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.’, Allah menjawab :’Ini adalah diantara aku dan hamba ku, dan hambaku boleh dapat apa yang dia minta’, apabila hamba berkata :”Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. ‘ Allah menjawab :’Semua ada adalah untuk hamba ku, dan hamba ku akan mendapat apa yang dia minta’ “- [Hadith riwayat Muslim, didalam kitab Al-Solah].

c.Memikirkan tentang makna ayat tersebut. Tidak ada seorangpun akan memikirkan tentang sesuatu ayat al-Quran melainkan ia mempunyai pengetahuan mengenainya. Ini menunjukkan pelajaran tafsir al-Quran begitu penting didalam penghidupan seorang Islam. Ibn Jareer ra. pernah berkata :

إني لأعجب ممن قرأ القرآن ولم يعلم تأويله ( أي : تفسيره ) كيف يلتذ بقراءته

“Aku pelik terhadap orang yang baca al-Quran dan tidak mengetahui maknanya (tafsirnya), Bagaimana mereka seronok membacanya?”

Seperkara lain yang boleh dilakukan ialah berinteraksi dengan ayat al-Quran itu sendiri. Contohnya, jika ayat itu memuji Allah swt, maka kita berzikir ‘alhamdulillah’, jika ia menceritakan tentang azab; mohon perlindungan dari Allah swt dsb. Didalam sebuah riwayat Hudhaifah ra berkata :

صليت مع رسول الله ليلة ، فكان إذا مر بآية رحمة سأل ، و إذا مر بآية عذاب تعوذ ، و إذا مر بآية فيها تنزيه لله سبح

“Aku bersolat malam bersama Rasulullah saw, maka jika baginda membaca ayat rahmah, dia akan meminta rahmah, jika baginda membaca ayat azab, dia akan memohon perlindungan dari azab, jika ia membaca ayat tidak mensyrikkan Allah, dia akan berkata Subhaanaallah”

d. Mengingati mati ketika bersolat. Nabi saw bersabda :

اذكر الموت في صلاتك ، فإن الرجل إذا ذكر الموت في صلاته لحريّ أن يحسن صلاته ، وصلّ صلاة رجل لا يظن أنه يصلي غيرها

“Ingat mati ketika solat kamu, kerana sesungguhnya orang yang mengingati mati ketika solat biasanya akan memperbaiki solatnya, dan Solatlah seperti mana orang yang tidak berfikir ia akan bersolat didalam solat yang lain” – [dari al-Silsilat al-Sahihah al-Albani, 1421, Dilaporkan oleh al-Suyuti bahawa Ibn Hajar mengkelaskan hdith ini sebagai hasan].

Nabi saw juga menasihatkan Abu Ayob ra :

إذا قمت في صلاتك فصلِّ صلاة مودِّع

“Apabila kamu berdiri untuk solat, solatlah sebagaimana solat perpisahan” -[Hadith riwayat Ahmad 5/412].
———-

Begitulah serba sedikit mengenai kaedah yang dibawa oleh Nabi saw dan para sahabat agar seseorang itu dapat menghadirkan hatinya ketika solat. Tidak payahlah kita membayang-bayang Ka’bah, atau masjid al-Haram atau mana-mana objek lain semasa didalam solat. Lakukanlah sebagaimana yang dinyatakan diatas moga-moga kita menjadi seorang Islam yang khusyuk didalam solat, sebagaimana firman Allah swt :-

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ.

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatmya” – [al-Mu’minun 23:1-2]

Wallahu’alam, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s