Hukum Asal Ibadah Ialah terlarang

Hukum Asal Ibadah Adalah Terlarang

Syaikh Ali bin Hasan bin Ali Al-Halabi Al-Atsary

 

Ramai orang yang mencampuradukkan antara ibadah dengan yang lainnya, di mana mereka berusaha membenarkan bid’ah yang dilakukan dengan menggunakan dalil kaedah, hukum asal dalam segala sesuatu adalah boleh!

Kaedah tersebut adalah kaedah ilmiah yang benar. Tapi penempatannya bukan di dalam masalah ibadah. Sesungguhnya kaedah tersebut berkaitan dengan hal-hal keduniaan dan bentuk-bentuk manfaat yang diciptakan Allah padanya. Hukum asal pada perkara-perkara tersebut adalah halal dan mubah kecuali jika terdapat dalil yang mengharamkan atau melarangnya.

Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi berkata di dalam bukunya Al-Halal wal Haram fil Islam (hal.21) setelah menjelaskan sisi yang benar di dalam memahami kaedah tersebut. “Demikian itu tidak berlaku dalam ibadah. Ini kerana ibadah merupakan masalah agama murni yang tidak dapat diambil kecuali dengan cara wahyu. Dan di dalam hal ini terdapat hadits, “Barangsiapa yang mebuat hal yang baru di dalam urusan (agama) kami ini apa yang bukan darinya, maka dia di tolak”.

Demikian itu kerana sesungguhnya hakikat agama terdiri daripada dua hal, iaitu tidak ada ibadah kecuali kepada Allah, dan tidak boleh beribadah kepada Allah kecuali dengan syari’at yang ditentukanNya. Maka sesiapa yang membuat cara ibadah daripada ideanya sendiri, siapa pun orangnya, maka ibadah itu sesat dan ditolak.. Ini kerana hanya Allah yang berhak menentukan ibadah untuk taqarrub kepadaNya.

Oleh kerana itu cara menggunakan kaedah ilmiah yang benar adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Allamah Ibnul Qayyim di dalam kitabnya yang menakjubkan, I’lam al-Muwaqqi’in (I/344) : “Dan telah maklum bahawa tidak ada yang haram melainkan sesuatu yang diharamkan Allah dan RasulNya, dan tidak dosa melainkan apa yang dinyatakan dosa oleh Allah dan RasulNya bagi orang yang melakukannya. Sebagaimana tidak ada yang wajib kecuali, apa yang diwajibkan Allah, dan tidak ada yang haram melainkan yang diharamkan Allah, dan juga tidak ada agama kecuali yang telah disyari’atkan Allah. Maka hukum asal dalam ibadah adalah bathil sehingga terdapat dalil yang memerintahkan. Sedang hukum asal dalam akad dan muamalah adalah shahih (1) sehingga terdapat dalil yang melarang. Adapun perbezaan keduanya adalah, bahzwa Allah tidak disembah kecuali dengan apa yang telah disyariatkanNya melalui lisan para rasulNya. Ini kerana ibadah adalah hak Allah ke atas hamba-hambaNya dan hak yang Dia paling berhak menentukan, meredhai dan mensyari’atkannya!”

Syaikh Ibnu Taimiyah rahimahullah di dalam Al-Qawa’id An-Nuraniyyah Al-Fiqhiyyah (hal 112) berkata, “Dengan mencermati syari’at, maka kita akan mengetahui bahawa ibadah-ibadah yang diwajibkan Allah atau yang disukaiNya, maka penetapannya hanya melalui syari’at”

Di dalam Majmu Al-Fatawa (XXXI/35), beliau berkata, “Semua ibadah, ketaatan dan taqarrub adalah berdasarkan dalil daripada Allah dan RasulNya, dan tidak boleh seorang pun yang menjadikan sesuatu sebagai ibadah atau taqarrub kepada Allah kecuali dengan dalil syar’I”.

Demikian yang menjadi pedoman generasi Salafus Shalih, baik sahabat mahupun tabi’in, semoga Allah meredhai mereka.

Diriwayatkan oleh Nafi’ RA, “Seseorang bersin di samping Ibnu Umar RA, lalu dia berkata, “Alhamdulillah wassalamu ‘ala Rasulih (segala puji bagi Allah dan kesejahteraan kepada RasulNya)”. Maka Ibnu Umar  RA berkata, “Dan saya mengatakan, Alhamdulillah wassalamu ‘ala Rasulillah. Tetapi tidak demikian Rasulullah SAW mengajarkan kami. Beliau mengajarkan agar kami mengatakan, ‘Alhamdulillah ‘ala kulli hal’ (segala puji bagi Allah dalam segala hal)” (2)

Dari Sa’id bin Musayyab RA , bahawa dia melihat seseorang mengerjakan lebih daripada dua rakaat shalat setelah terbit fajar. Lalu beliau melarangnya. Maka orang tersebut berkata, “Wahai Abu Muhammad (nama panggilan Sa’id bin Musayyab), apakah Allah akan menyeksa saya kerana shalat?? Beliau menjawab : “Tidak, tetapi Allah akan menyeksa kamu kerana menyalahi Sunnah” (3)

 Syaikh Al-Albani di dalam Irwa Al-Ghalil (II/236) berkata setelah menyebutkan riwayat tersebut, “Ini adalah jawapan yang kuat untuk mematahkan argumen ahlu bid’ah yang menganggap baik tumbuh suburnya bid’ah dengan alasan demi menghidupkan dzikir dan shalat. Mereka tidak senang kepada Ahlus Sunnah yang mengkritik perbuatan mereka dengan menganggap bahawa Ahlus Sunnah anti dzikir dan shalat!. Padahal hakikatnya Ahlus Sunnah mengingkari mereka itu adalah kerana mereka menyalahi Sunnah di dalam dzikir, shalat dan yang lainnya”.

Sufyan bin Uyainah berkata, “Saya mendengar bahawa seseorang datang kepada Malik bin Anas RA lalu berkata, “Wahai Abu Abdullah (nama panggilan Malik), dari mana saya ihram?? Dia berkata, “Dari Dzulhulaifah, tempat Rasulullah SAW ihram” Dia berkata, “Saya ingin ihram dari masjid dari samping makam (nabi SAW). Dia berkata, “Jangan kamu lakukan. Sebab saya khuatiri engkau tertimpa fitnah”, Dia berkata, “Fitnah apakah dalam hal ini? Ini kerana aku hanya menambahkan beberapa mil saja!? Beliau berkata, “Fitnah manakah yang lebih besar daripada kamu melihat bahawa kamu mendahului keutamaan yang ditinggalkan Rasulullah SAW? Sesungguhnya Allah berfirman, “Maka hendaklah orang -orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa adzab yang pedih (4), (5)

                                      

Dan betapa indahnya apa yang ditulis Imam Umar bin Abdul Aziz rahimahullah kepada sebagian gabenornya ketika mewasiatkan mereka untuk menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah. Saya mewasiatkan kepdamu agar bertakwa kepada Allah, sederhana di dalam melaksanakan perintahNya serta mengikuti sunnah RasulNya dan meninggalkan hal-hal baru yang dibuat orang-orang yang setelahnya dalam sesuatu yang telah berlaku sunnahnya dan cukupkanlah dengannya.

Ketahuilah, bahawa tidaklah seorang melakukan bid’ah melainkan telah datang sebelumnya dalil yang menyalahkannya dan telah datang pula pelajaran yang menunjukkan kebid’ahan perbuatan tersebut. Maka hendaklah kamu memegang teguh sunnah. Ini kerana sesungguhnya sunnah itu akan melindungimu dengan izin Allah.

Ketahuilah, bahawa orang yang melakukan sunnah akan mengetahui bahawa melanggarnya akan mengakibatkan kesalahan, tergelincir dan kedunguan. Ini kerana orang-orang yang dahulu menyikapinya dengan ilmu, dan dengan pandangan yang tajam, mereka menganggap cukup. Mereka adalah orang yang paling kuat dalam mengkaji, namun mereka tidak mencari-cari. (6)

Kesimpulannya, di dalam pemahaman syari’at adalah baahwa segala sesuatu yang berkaitan dengan ibadah wajib semata-mata berdasarkan perintah (tauqifiyah), dan tidak disyariatkan kecuali dengan nash yang ditentukan Allah sebagai hukumnya. Ini kerana terjaminnya ittiba dari membuat bid’ah dan menolak kekeliruan dan hal yang baru diadakan. (7)

Di antara contoh amaliah yang menguatkan kaedah ini adalah pendapat Imam Ibnu Katsir Ad-Dimasyqi rahimahullah di dalam tafsirnya (IV/401) ketika mendiskusikan tentang menghadiahkan pahala bacaan Al-Qur’an kepada orang-orang yang telah meninggal. Beliau meyakini bahawa pahalanya tidak sampai, kemudian beliau berkata di dalam menjelaskan alasan larangan tersebut, “Ini kerana demikian itu bukan amal mereka dan juga bukan usaha mereka. Oleh itu, Rasulullah SAW tidak memerintahkan kepada umatnya, tidak menganjurkannya dan tidak membimbing kepadanya dengan dalil mahupun dengan isyarat. Dan tidak terdapat dalil tentang hal itu daripada seorang sahabatpun, semoga Allah meredhai mereka. Jika hal itu baik nescaya mereka mendahului kita dengan amalan itu. Sesungguhnya masalah ibadah hanya terbatas pada nash dan tidak berlaku qiyas maupun pendapat.

(Disalin dari kitab Al Ilmu Ushul Bida’ Dirasah Taklimiyyah Muhimmah Fi Ilmi Ushul Fiqh, Penulis Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsari, edisi Indonesia Membedah Akar Bid’ah, Penerjemah Asmuji Solihan Zamakhsyari, Penerbit Pustaka Al-Kautsar)
_________
Foote Note
(1). Inilah yang diungkapkan oleh sebahagian ulama fiqh dengan istilah, hukum asal dalam segala sesuatu adalah mubah.
(2). HR Tirmidzi 2738, Hakim IV/265-266, Harits bin Usamah Al-Baghdadi dalam Musnadnya 200 (Bughiyyah Al-Bahits dan Al-Mazzi dalam Tahdzib Al-Kamal VI/553 dengan sanad Hasan.
(3). HR Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra II/466, Khatib Al-Baghdadi dalam Al-Faqih wal Mutafaqqih I/147, Abdurrazzaq III/52, Ad-Darimi I/116 dan Ibnu Nashr : 84 dengan sanad Shahih.
(4). Qur’an surat An-Nuur : 63
(5). HR Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Al-Faqih wal Mutafaqih I/148, Abu Nu’aim dalam Al-hilyah VI/326, Al-Baihaqi dalam Al-Madhal : 236, Ibnu Baththah dalam Al-Ibanah : 98 dan Abu Syamah dalam Al-Ba’its : 90 yang disandarkan kepada Khallal
(6). Al-Ibanah No. 163 dan Syarah Ushul As-Sunnah No. 16
(7). Marwiyyat Du’a Khatmil Qur’an 11-12 Syaikh Bakr Abu Zaid

Kategori: Ahkam
Sumber: http://www.almanhaj.or.id
Tanggal: Rabu, 26 Juli 2006 10:05:17 WIB

Tinggalkan komen