Bolehkah Buang Air Kecil [Kencing] Berdiri

Bolehkah Buang Air Kecil [Kencing] Berdiri

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani

 

Pertanyaan:
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : “Rasulullah
SAW melarang buang air kecil sambil berdiri sebagaimana diriwayatkan oleh sayyidah Aisyah. Tetapi kemudian beliau buang air kecil sambil berdiri. Jadi bagaimana untuk mengkompromikan (di antara dalil-dalil ini) ?”


Jawapan:

Riwayat bahawa beliau melarang kencing sambil berdiri tidak shahih. Baik riwayat Aisyah ataupun yang lain.

Disebutkan dalam sunan Ibnu Majah dari hadits Umar, beliau SAW berkata :

Ertinya : “Janganlah engkau kencing berdiri”.

Hadits ini lemah sekali. Adapun hadits Aisyah, yang disebut-sebut dalam pertanyaan tadi sama sekali tidak berisi larangan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Hadits tersebut hanya menyatakan bahawa Aisyah belum pernah melihat Rasulullah SAW kencing sambil berdiri.

Kata Aisyah RA:


Ertinya : “Barangsiapa yang mengatakan pada kalian bahawa Nabi
SAW pernah buang air kecil sambil berdiri maka janganlah kalian membenarkannya (mempercayainya)”.

Apa yang dikatakan oleh Aisyah tentu saja berdasarkan atas apa yang beliau ketahui sahaja.

Disebutkan di dalam shahihain daripada hadits Hudzaifah bahawa beliau SAW melewati tempat sampah suatu kaum, kemudian buang air kecil sambil berdiri.

Dalam keadaan seperti ini ulama fiqh berkata : “Jika bertentangan dua nash ; yang satu menetapkan dan yang lain menafikan, maka yang menetapkan didahulukan daripada yang menafikan, karena ia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh pihak yang menafikan.

Jadi bagaimana dengan hukum kencing sambil berdiri ?


Tidak ada aturan di dalam syari’at tentang mana yang lebih utama kencing sambil berdiri atau duduk, yang mesti diperhatikan oleh orang yang membuang air hanyalah bagaimana caranya agar dia tidak terkena percikan kencingnya. Jadi tidak ada ketentuan syar’i, apakah berdiri atau duduk. Yang penting adalah seperti apa yang beliau
SAW sabdakan.

Maksudnya : “Lakukanlah tata cara yang boleh menghindarkan kalian daripada terkena percikan kencing”.

Dan kita belum mengetahui adakah shahabat yang meriwayatkan bahawa beliau pernah kencing sambil berdiri (selain hadits Hudzaifah tadi, -pent-). Tetapi ini bukan bererti bahawa beliau tidak pernah buang air kecil (sambil berdiri, -pent-) kecuali pada kejadian tersebut.

Sebab tidak lazim ada seorang shahabat mengikuti beliau ketika beliau SAW buang air kecil. Kami berpegang dengan hadits Hudzaifah bahawa beliau pernah buang air kecil sambil berdiri akan tetapi kami tidak menafikan bahawa beliaupun mungkin pernah buang air kecil dengan cara lain.

(Disalin dari kitab Majmu’ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Al-Bani, hal 135-137, Pustaka At-Tauhid)

Kategori: Al-Masaa’il
Sumber: http://
www.almanhaj.or.id
Tanggal: Kamis, 10 Juni 2004
20:41:11 WIB

Produced by SalafiDB 3.0 (freeware)
http://salafidb.googlepages.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s