Ummu Fadhl: Wanita berani dan Ibu Jaguh Tafsir

Ummu Fadhl (Istri al-‘Abbas, Bapa saudara Nabi SAW)

Nama beliau adalah Lubabah binti al-Haris bin Huzn bin Bajir bin Hilaliyah. Beliau adalah Lubabah al-Kubra, beliau dikenali dengan kuniyahnya (Ummu Fadhl) dan juga dengan namanya. Ibu Lubabah r.ha adalah Khaulah binti `Auf al-Qurasyiyah. Ummu Fadhl adalah salah satu daripada empat wanita yang dinyatakan keimanannya oleh Rasulullah SAW. Keempat wanita tersebut adalah Maimunah, Ummu Fadhl, Asma` dan Salma.

Adapun Maimunah adalah Ummul Mukminin r.ha saudara kandung Ummu Fadhl. Sedangkan Asma` dan Salma adalah kedua sepupu dari jalan ayahnya kerana keduanya adalah putri dari `Umais.


Ummu Fadhl r.ha merupakan isteri Abbas RA, pakcik Rasulullah SAW., dan ibu kepada enam orang yang mulia, pandai dan belum ada seorang wanitapun yang melahirkan lelaki seperti mereka. Mereka adalah Fadhl, Abdullah al-Faqih, Ubaidullah al-Faqih, Ma`bad, Qatsam dan Abdurrahman. Tentang Ummu Fadhl ini Abdullah bin Yazid berkata,

Tiada seorangpun yang melahirkan orang-orang yang terkemuka
Yang aku lihat sebagaimana enam putera Ummu Fadhl
Putera dari dua orang tua yang mulia
Pakcik kepada Nabiyul Musthafa yang mulia
Penutup para Rasul dan sebaik-baik rasul

Ummu Fadhl r.ha memeluk Islam sebelum hijrah, beliau adalah wanita pertama yang masuk Islam setelah keislaman Khadijah (Ummul Mukminin r.ha) sebagaimana yang dituturkan oleh putera beliau Abdullah bin Abbas, “Aku dan Ibuku adalah termasuk orang-orang yang tertindas dari wanita dan anak-anak.”

Ummu Fadhl termasuk wanita yang berkedudukan tinggi dan mulia di kalangan para wanita. Rasulullah SAW., kadang-kala mengunjungi beliau dan kadang-kala tidur di waktu siang di rumahnya.

Ummu Fadhl adalah seorang wanita yang berani dan beriman, yang memerangi Abu Lahab si musuh Allah dan membunuhnya. Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Ikrimah berkata, “Abu Rafi`, hamba Rasulullah saw berkata, “Aku pernah menjadi hamba kepada Abbas, ketika Islam datang maka Abbas masuk Islam disusuli oleh Ummu Fadhl, namun Abbas masih disegani oleh kaumnya.

Abu Lahab tidak dapat menyertai perang Badar dan mewakilkannya kepada Ash bin Hisyam bin Mughirah, begitulah kebiasaan mereka apabila tidak mengikuti sesuatu peperangan, maka dia akan mewakilkan kepada orang lain.


Tatkala datang berita tentang musibah yang menimpa orang-orang Quraisy di dalam perang Badar yang mana Allah telah menghinakan dan merendahkan Abu Lahab, maka sebaliknya kami merasakan adanya kekuatan dan `izzah pada diri kami. Aku adalah seorang laki-laki yang lemah, aku bekerja membuat gelas yang aku pahat di bebatuan sekitar zam-zam, demi Allah suatu ketika aku duduk sedangkan berhampiranku ada Ummu fadhl yang sedang duduk, sebelumnya kami berjalan, namun tidak ada kebaikan yang sampai kepada kami, tiba-tiba datanglah Abu Lahab dengan berlari kemudian duduk, tatkala dia duduk tiba-tiba orang-orang berkata, “Ini dia Abu Sufyan bin Harits telah datang dari Badar.” Abu Lahab berkata, “Datanglah kemari sungguh aku menanti beritamu.”

Kemudian duduklah Abu Jahal dan orang-orang berdiri mengerumuni sekitarnya. Berkatalah Abu Lahab, “Wahai putera saudaraku beritakanlah bagaimana keadaan manusia (di dalam perang Badar).?” Abu Sufyan berkata, “Demi Allah tatkala kami menjumpai mereka, tiba-tiba mereka tidak henti-hentinya menyerang pasukan kami, mereka memerangi kami sesuka hati mereka dan mereka menawan kami sesuka hati mereka. Demi Allah sekalipun demikian tatkala aku menghimpun pasukan, kami melihat ada sekelompok lelaki yang berkuda hitam putih berada di tengah-tengah manusia, demi Allah mereka tidak menginjakkan kakinya di tanah.”


Abu Rafi` berkata, “Aku mengangkat batu yang berada di tanganku, kemudian berkata, “Demi Allah itu adalah malaikat.” Tiba-tiba Abu Lahab mengepalkan tangannya dan memukul aku dengan pukulan yang keras kerana aku telah membuatnya marah, kemudian dia menarikku dan mencampakkan aku ke tanah, selanjutnya dia dudukkan aku dan memukul aku sedangkan aku adalah lelaki yang lemah. Tiba-tiba berdirilah Ummu Fadhl mengambil sebuah tiang diperbuat daripada batu kemudian beliau pukulkan dengan keras kea rah kepala Abu Lahab sehingga melukainya dengan parah. Ummu Fadhl berkata, “Saya telah melemahkannya sehingga jatuhlah kredibilitinya.”

Kemudian bangunlah Abu Lahab dalam keadaan terhina, Demi Allah dia tidak hidup setelah itu melainkan hanya tujuh malam hingga Allah menimpakan kepadanya penyakit bisul yang menyebabkan kematiannya.”


Begitulah perlakuan seorang wanita mukminah yang berani terhadap musuh Allah sehingga menjadi gugurlah kesombongannya dan merosotlah kehormatannya si musuh Allah itu. Alangkah bangganya sejarah Islam yang telah mencatat Ummu Fadhl r.ha sebagai teladan bagi para wanita yang dibina oleh Islam.

Ibnu Sa`d menyebutkan di dalam ath-Thabaqat al-Kubra bahawa Ummu Fadhl pernah pada suatu hari bermimpi dengan suatu mimpi yang menakjubkan, sehingga dia bersegera untuk mengadukannya kepada Rasulullah SAW, dia berkata, “Wahai Rasulullah saya bermimpi seolah-olah sebahagian daripada anggota tubuhmu berada di rumahku.” Rasulullah SAW., bersabda: “Mimpimu bagus, kelak Fatimah melahirkan seorang anak lelaki yang nanti akan engkau susui dengan susu yang engkau berikan buat anakmu (Qatsam).”

Ummu Fadhl keluar dengan membawa kegembiraan kerana berita tersebut, dan tidak berselang lama Fatimah melahirkan Hasan bin Ali RA., yang kemudian diasuh oleh Ummu Fadhl.


Ummu fadhl berkata, “Suata ketika aku mendatangi Rasulullah SAW., dengan membawa bayi tersebut maka Rasulullah SAW., segera menggendong dan mencium bayi tersebut, namun tiba-tiba bayi tersebut kecing kepada Rasulullah SAW., lalu beliau bersabda, “Wahai Ummu Fadhl peganglah anak ini karena dia telah kencing padaku.”


Ummu Fadhl berkata, “Maka aku ambil bayi tersebut dan aku cubit sehingga dia menangis, aku berkata, “Engkau telah menyusahkan Rasulullah kerana engkau telah mengencinginya.” Apabila melihat bayi tersebut menangis Rasulullah SAW., bersabda, “Wahai Ummu Fadhl! Engkaulah yang menyusahkanku kerana telah membuatkan anakku menangis.” Kemudian Rasulullah SAW., meminta air lalu beliau percikkan ke tempat yang terkena air kencing kemudian bersabda: “Jika bayi lelaki maka percikilah dengan air, akan tetapi apabila bayi perempuan maka cucilah.”

Di dalam riwayat lain, Ummu Fadhl berkata, “Lepaslah sarung anda dan pakailah baju yang lain agar aku dapat mencucinya.” Namun nabi bersabda,
”Yang dicuci hanyalah air kencing bayi perempuan dan cukuplah diperciki dengan air apabila terkena air kencing bayi laki-laki.”

Di antara peristiwa yang mengesankan Lubabah binti al-Haris r.ha adalah tatkala ramai orang bertanya kepada beliau ketika hari Arafah apakah Rasulullah SAW berpuasa ataukah tidak.? Maka dengan kebijakannya, beliau menghilangkan masalah yang menimpa kaum muslimin dengan cara beliau memanggil salah seorang anaknya kemudian menyuruhnya untuk mengirimkan segelas susu kepada Rasulullah SAW ketika beliau berada di Arafah. Kemudian tatkala dia menemui Rasulullah SAW dengan dilihat oleh semua orang beliau menerima segelas susu tersebut kemudian meminumnya.

Di sisi yang lain Ummu Fadhl r.ha mempelajari Hadits asy-Syarif daripada Rasulullah SAW., dan beliau meriwayatkan sebanyak tiga puluh hadits. Adapun yang meriwayatkan daripada beliau adalah putera beliau Abdulllah bin Abbas RA., Tamam yakni hambanya, Anas bin Malik dan yang lain-lain.

Kemudian wafatlah Ummu Fadhl r.ha pada masa khalifah Ustman bin Affan r.a setelah meninggalkan kepada kita contoh yang baik yang patut ditiru sebagai ibu yang shalihah yang melahirkan tokoh seperti Abdullah bin Abbas, kiyai umat ini dan Turjumanul Qur`an (yang pakar di dalam hal tafsir al-Qur`an), Begitu pula telah memberikan contoh terbaik bagi kita dalam hal kepahlawanan yang memancar darpadai akidah yang benar yang muncul darinya keberanian yang mampu menjatuhkan musuh Allah yang paling keras permusuhannya.

(Sumber: Mengenal Shahabiah Nabi SAW., karya Mahmud Mahdi al-Istanbuly, et.ali., h.228-233, penerbit at-Tibyan)

Sila download ebook kisah-kisah para sahabat, tabiin dan tokoh-tokoh umat yang lain. http://muslimsalafy.googlepages.com/tokohislamdanulama.zip

http://sunniy.wordpress.com/buku-sunniy-chm/
diedit oleh Abu Usamah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s