taraf2 hadith ttg al-quran

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

hadis pertama:

Quote:
“Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya”.

Hadis ini disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddeen 1/362. Kata al-Iraqi: Diriwayatkan oleh Abdul Malik bin Habib daripada riwayat Said bin Sulaim, secara MURSAL.

Namun, kenyataan bahawa al-Quran adalah syafaat kepada ahlinya sabit dalam beberapa hadis , antaranya:

1) Hadis: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari Qiamat sebagai syafaat kepada ahlinya.
HR Muslim (no: 804).

2- Hadis: Al-Quran pemberi syafaat yang diterima syafaatnya.
HR Tabarani. kata al-Haitami: Di dalamnya terdapat al-Rabie’ bin Badr, MATRUK. (Majmak Zawaid 7/341).

hadis kedua:

Quote:
Apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya…..

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar.
-Kata al-Haitami dalam Majmak Zawaid 2/524: “Di dalamnya terdapat perawi yang aku tidak ketahui biografinya”.
-Ibnul Jauzi memasukkan hadis ini dalam kitab ‘Hadis-hadis palsu’ (Al-Maudhuat) 1/251

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s