tak tutup aurat waktu kecemasan

i) Kisah benar. Aritu ada sorang budak motor laju tergolek di jalan depan rumah saya. Adik perempuan saya (medic student) yg kebetulan berada di dlm rumah nampak accident tu terus meluru keluar bagi first aid, memandangkan takde org lain di sekeliling situ (rumah kampung jarang- jarang). Masalahnya, dia terpaksa rush ke scene tu dlm keadaan tak sempat/teringat pakai tudung. Tengah2 menolong, baru datang jiran2 keliling (lelaki) tolong sama. Kalau dia gi capai tudung dulu kemungkinan too late untuk budak tu. Adakah adik saya berdosa sbb ter’mendedahkan’ auratnya dlm keadaan emergency gitu? Atau adakah ia yang dimaafkan??

ii) Diketahui bhw nabi saw melarang membunuh katak. Camana dgn penuntut medic yg perlu bedah katak (hidup atau sudah mati) di lab? Adakah dosa pd si penuntut tu, atau penangkap katak tu, atau pihak pengajar/penyedia syllabus? Atau diharuskan hanya atas alasan ‘takde sample lain’ @ ‘dah syllabus gitu..’ @ ‘mereka tak tau dalil’ dsb ?? Once dah tau dalil, wajibkah mereka mencari sampel haiwan lain???

Wassalam

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

i) Dalam keadaan darurat seperti yang anda katakan, dan tiada org lain yang boleh memberi bantuan kecemasan waktu itu, serta tidak sempat menutup aurat secara sempurna, maka kami melihat hendaklah didahulukan bantuan kecemasan. Kerana: Menjaga nyawa adalah satu tuntutan besar dalam agama.

Tetapi, keringanan adalah setakat keperluan. Jika ada orang lain menggantinya, hendaklah bersegera menyempurnakan tutup auratnya.

ii) Jika kerana darurat, ataupun hajat seperti untuk kajian, penyelidikan, atau perkembangan ilmu sains, ramai ulama membenarkan melakukan pembedahan terhadap haiwan2 hidup termasuk katak. Tetapi mestilah dilakukan dengan cara yang tidak menyeksakan subjek ujikaji.

Sabda Nabi SAW: “Allah telah mewajibkan ihsan dalam setiap sesuatu. Apabila kamu sembelih, hendaklah memperelokkan cara sembelihan, dan apabila kamu membunuh hendaklah memperelokkan cara bunuhannya”. HR Muslim (no: 1955).

lihat fatwa:
– Fatawa al-Haram al-Makkiy (Uthaimeen) (1166).
– Fatwa Islamweb di: http://islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=29227&Option=FatwaId

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s