Bolehke qadha sebab was-was

Salam

Moga kita dirahmati Allah hendaknya…

1) Boleh atau tidak seseorang itu melakukan puasa qadha yg wajib selepas ramadhan…akibat dr rasa was-wasnya terhadap puasanya di bulan ramadhan yang lalu???….yakni dia ingin melakukan puasa qadha tersebut akibat dr mana ler tau kot2 puasa nyer yg lepas ada terbatal dr kesilapan2 yg dia lakukan….dia tak tau berapa hari…tp dia ingin meneruskan pd bulan2 selain ramadhan nie…dia berniat qadha dr yg wajib tersebut….mungkin dia nak lakukan selama 30 hari ker atau 60 hari….boleh tak???

2) Niat puasa amat penting utk kita bezakan amalan tersebut….puasa ramadhan…puasa qadha…nazar..kaffarah….adalah dlm kategori wajib ditunaikan…semasa niat perlu dilintaskan dlm hati jenis2 puasa tersebut atau lintaskan “shj aku puasa wajib esok ari” jer…adakah dibolehkan gitu???

Sekian

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Tidak disyariat untuk mengulangi puasa Ramadhan hanya disebabkan was-was, tanpa bersandar kepada sebab yang kukuh (spt: yakin terbatal). Malahan was-was yang terlintas di hati selepas selesai satu-satu ibadah adalah suatu yang dicela syarak. Samalah dengan orang bersembahyang fardhu subuh 2-3 kali, kerana was-was.

Untuk menampung kekurangan yang berlaku pada puasa Ramadhan, boleh dilakukan pelbagai puasa sunat, spt: puasa 6 hari bulan syawal, puasa isnin khamis, puasa 3 hari setiap bulan, dll.

2) Menetapkan jenis puasa, samada nazar, atau kaffarah, atau qadha’ adalah wajib dan syarat sah niat puasa itu. Inilah pendapat jumhur ulama, Syafie, Malik, Ahmad, dll.
Abu Hanifah pula kata: tidak wajib menetapkan jenis puasa.

rujukan:
-Majmuk 6/302

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s