Bolehkah belajar agama melalui buku

Belajar agama boleh melalui buku atau wajib terus menerusi ke ulama?

 

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya:
Bolehkah belajar ilmu daripada kitab-kitab sahaja tanpa belajar kepada ulama, khususnya jika seseorang itu kesulitan unutuk belajar kepada ulama kerana sibuknya mereka? Apakah pendapat anda tentang ucapan yang menyatakan: “Barangsiapa yang gurunya adalah kitabnya maka kesalahannya akan lebih banyak daripada benarnya”.?

Beliau menjawab:
Tidak diragui lagi bahawa ilmu boleh diperolehi dengan mempelajarinya daripada para ulama dan daripada kitab. Ini kerana, kitab seorang ulama adalah ulama itu sendiri, dia berbicara kepadamu tentang isi kitab itu. Jika tidak dapat menuntut ilmu daripada ahli ilmu maka dia boleh mencari ilmu daripada kitab. Akan tetapi memperolehi ilmu melalui ulama lebih dekat (mudah) daripada memperolehi ilmu melalui kitab, ini kerana orang yang memperolehi ilmu melalui kitab akan banyak menemui kesulitan dan memerlukan kesungguhan yang besar, dan akan banyak perkara yang akan dia fahami secara samar sebagaimana terdapat di dalam kaidah syar’iyyah dan batasan yang ditetapkan oleh para ulama. Maka dia hendaklah mempunyai tempat rujukan di kalangan ahli ilmu semampu mungkin.

Adapun perkataan yang menyatakan: “Barangsiapa yang gurunya adalah kitabnya maka kesalahannya akan lebih banyak dari pada benarnya.” Perkataan ini tidak benar secara mutlak, tetapi juga tidak salah secara mutlak. Jika seseorang mengambil ilmu daripada semua kitab yang dia lihat, maka tidak diragukan lagi bahawa dia akan banyak melakukan kesalahan. Adapun orang yang mempelajarinya bersandarkan kepada kitab-kitab orang-orang yang telah dikenal ketsiqahannya, amanahnya, dan ilmunya, maka dalam hal ini dia tidak akan banyak salah bahkan dia akan banyak benarnya dalam perkataannya.

Diambil daripada Kitabul ‘Ilmi, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

http://www.perpustakaan-islam.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=163&PHPSESSID=608bb976261e3a476a5cc764aae5eca4

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s