Masbuq Waktu Tarawih

Quote:
i) Malam td sy sampai surau lambat n jemaah baru selesai tarawih ke-4. Saya masuk rakaat ke-5 diorang sbg rakaat pertama bg saya. Bila diorang dah 8R, saya baru buat 4R. Pastu yg sy tau, boleh join imam walaupun solat lain jenis, cuma mestilah sama bentuk. So bila diorang buat witir 1n2R, sy stay dlm saff buat tarawih sy 5n6R. Boleh, kan?

Di bolehkan solat yang sedemikian, solat dengan niat yang berlainan, asalkan bentuknya serupa. Ini merupakan pandangan Mazhab Syafie, satu satu dari pandangan Imam Ahmad, pemgikut Imam Ahmad, Ibn Taimiyah dan datuknya.

Quote:
ii) Pastu bila diorang buat witir ke-3, saya kuar dari saff n buat tarawih sendiri 7n8R. Macamana kalau sy stay dlm saff, dan selepas diorg selesai salam witir ke-3 tu, sy sambung habiskan tarawih sy yg ke-8? Ke… kena kuar saff dari awal lagi?

Anda masih lagi boleh meneruskan untuk bersolat bersama Imam, dimana setelah Imam memberi salam, anda boleh menambah bilangan rakaat yang tertinggal, sebagaimana hadith dari Abdullah bin Umar ra berkata bahawa Rasulullah berkata ::-

من أدرك ركعة من الجمعة أو غيرها فليضف إليها أخرى وقد تمت صلاته

“Barangsiapa yang mendapati Imam 1 rakaat didalam solat Jumaat atau mana-mana solat, maka tambahlah bilangan rakaat menyempurnakan solatnya” [hadith al-Nasaa’i].

Malahan, didalam situasi yang disebaliknya pun dibenarkan disisi syara’. Contohnya kata Imam al-Nawawi rh :-

“Jika dia ingin bersolat Fajr dibelakang seseorang yang bersolat Zohor dan solat jemaah tersebut selesai, jika dia mahu di boleh menunggu pada masa Tashahhud sehingga Imam selesai dan melakukan salam bersama Imam, dimana ini lebih baik, atau dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Imam (mufaraqah) dan melakukan salam. Meninggalkan (mufaraqah) tidak membatalkan solatnya, dan tiada khilaf pandangan ulama’ mengenai hal ini, kerana dia mempunyai alasan dari mengikuti Imam.” [al-Majmu’ Sharh Muhazzab, 4/143].

Sekian, wassalam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s