adakah marah membatalkan puasa

Salam

Maaf jika soalan ulangan, dah cari thread tp x jumpa.

Anggapan umum bhw MARAH ketika berpuasa (atau buat orang yang berpuasa marah) boleh membatalkan puasanya sendiri. Apa dalilnya?

Wassalam

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Setakat apa yg ana tahu dari pembacaan yg sedikit, tidak pernah ana bertemu ada ulama menyebut MARAH membatalkan puasa. Lebih-lebih lagi MARAH itu sendiri bukanlah satu dosa. Ia adalah perasaan semulajadi yg boleh berlaku pada mana-mana manusia. Malahan, ada marah yang dituntut oleh syarak, iaitu marah kerana ALLAH.

Cuma ada sedikit khilaf di kalangan ulama dahulu, berkenaan BERCAKAP DAN MELAKUKAN PERKARA HARAM spt mengumpat, adakah ia membatalkan puasa atau tidak?

Jumhur ulama, malahan hampir keseluruhan ulama mengatakan maksiat2 itu TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Malahan ada ulama menukilkan IJMAK.

Imam Auzai mengatakan ia MEMBATALKAN PUASA. Beliau berdalilkan kepada zahir larangan puasawan daripada mencarut dan membuat perkerjaan2 jahil. Antaranya:

1) Hadis “Apabila salah seorang kamu berpuasa, maka janganlah mencarut dan melakukan pekerjaan jahil, Jika ada orang menyerang kamu, katakan: Aku bepuasa”. HR Bukhari (no: 1805) dan Muslim (no: 1151).

2) Hadis “Siapa yg tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya, maka tiadalah hajat bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minumnya”. HR Bukhari (no: 1804).

-Imam Nawawi menjawab: yang dimaksudkan dalam hadis2 itu ialah: kesempurnaan dan kelebihan puasa akan tercapai dengan cara menjaga diri daripada perkara2 lagho dan percakapan yang kotor. Bukan bermaksud ia membatalkan puasa.

-Syiekh uthaimin menjawab: Perbuatan maksiat dilarang samada puasa atau tidak puasa. Kaedah: Larangan umum dalam ibadah, tidak merosakkan ibadah. Yg merosakkan ialah larangan khas.

rujukan:
-Majmuk Nawawi 6/356
-al-Hawi al-Kabir oleh Mawardi 3/465
-Syarah Mumtie’ Uthaimeen, Kitab: Puasa.

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s