Solat Jumaat di hari Raya: Wajib atau sunat?

assalamualaikum ,
saya pernah terdengar , jikalau hari raya idulfitri atau idul adha jatuh pada hari jumaat , dan sekiranya telah dilakukan sembahyang raya di masjid , maka ketika itu kewajipan sembahyang jumaat telah tiada. maksudnya ianya sunat dilakukan bagi mengantikan sembahyang zohor ..dan tidak berdosa jika meninggalkan sembanyang jumaat sekiranya telah telah mebuat solat fardu zohor..
benarkah ? ..
wassalamjawapan:

Hari Eid dan Jumaat jatuh pada hari yang sama. Apakah solat Jumaat masih wajib?

Soalan : Jika Eid Al-Fitr jatuh pada hari Jumaat, Bolehkah saya hanya bersolat Eid dan tidak bersolat Jumaat atau sebaliknya?

Jawab Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan[1]:

Segala pujian kepada Allah. Jika hari Eid bersamaan dengan Jumaat, maka sesiapa yang bersolat Eid bersama imam tidak perlu menghadirkan diri (tidak wajib keatasnya); didalam hal ini ia menjadi sunat. Jika ia tidak bersolat Jumaat, ia wajib bersolat Zuhur {إذا وافق يوم العيد يوم الجمعة فإنه من صلى العيد مع الإمام سقط عنه وجوب حضور الجمعة ويبقى في حقه سنة . فإذا لم يحضر الجمعة وجب عليه أن يصلي ظهر}. Perkara ini hanya berlaku kepada mereka yang bukan Imam. Bagi Imam pula, ia harus menghadirkan diri bagi solat Jumaat dan mengimami orang Islam yang menghadirkan diri untuk bersolat. Solat Jumaat tidaklah boleh ditinggalkan sepenuhnya pada hari tersebut.

Sebagai tambahan :

Didalam buku fekah yang terkenal, “Fiqh As-Sunnah”, karangan Sayyed Sabiq[2] menyatakan :

“Jika hari Eid berlaku pada hari Jumaat, maka solat Jumaat tiada lagi menjadi wajib bagi sesiapa yang menunaikan Solat Eid. Zaid ibn Arqam berkata:’ Nabi saw bersolat Eid dan menjadikan Solat Jumaat optional, sabda beliau :”Barangsiapa ingin bersolat, maka bolehlah bersolat” – Riwayat 5 dan sahih dari Ibn Khazimah dan Hakim.{إذا اجتمع الجمعة والعيد في يوم واحد سقطت الجمعة عمن صلى العيد؛ فعن زيد بن أرقم قال: صلى النبي صلى الله عليه وسلم العيد ثم رخص في الجمعة فقال : ((من شاء أن يصلي فليصل)) رواه الخمسة وصححه ابن خزيمة والحاكم.}

Bagi memperjelaskan lagi isu ini, Sheikh ‘Atiyya Saqr, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar menyatakan berikut : “telah diriwayatkan bahawa Eid berlaku pada hari Jumaat pada zaman Abdullah Ibn Az-Zubair dan beliau telah duduk didalam rumah sehingga tengahari dan kemudian baru beliau keluar rumah, menyampaikan khutbah dan melakukan 2 rakaat solat dan beliau tidak menunaikan Solat Eid. Bila ditanya mengenai ini, Ibnu Abbas berkata :”Dia telah mengikut sunnah”””.

Rujukan

1. Sheikh Saalih Ibnu Fawzaan Al-Fawzaan. Hukum Solat Eid di hari Jumaat islam-qa. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=7857&dgn=3

2. Sayyed Sabiq. Fikh As-Sunnah – Juzu I. Kansas City: Cetakan khas Manar Al-Dauliyah, 1995, ms. 343
al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s