sentuh kafir, batalke wudhu’

Sekiranya kita telah mengambil wuduk, apakah hukumnya jika orang kafir memegang kita yang dalam berkeadaan wuduk? Adakah batal sembahyang kita?

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Mungkin ada yang menganggap orang kafir ini fizikalnya najis sehingga boleh membatalkan wudhu’. Firman Allah swt :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis” – [surah al-Taubah : 28]

Dari segi hukum, jika seseorang telah menyentuh najis, wudhu’nya tidak terbatal. Seseorang itu cuma dikehendaki membersihkan dirinya dari kotoran najis sebelum melakukan solat dsb.

Syiekh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa “orang kafir adalah najis” dengan bermaksud najis ma’nawi. Dikatakan najis kerana aqidah mereka tidak sahih. Mereka hanya akan menjadi “suci” apabila memeluk agama Islam.

Hukum bersentuhan diantara orang kafir dengan orang Islam sama sahaja hukumnya. Jika didalam Mazhab Syafie, batal wudhu’ bersentuhan diantara lelaki dan wanita, tidaklah dikira samada kafir atau Islam, hukumnya tetap batal. Begitu juga dengan majoriti Mazhab yang mengatakan tidak batal bersetuhan diantara lelaki dan wanita, maka tidak kiralah samada kafir ataupun Islam salah satunya, wudhu’nya tidak terbatal. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

One thought on “sentuh kafir, batalke wudhu’

  1. soalan ini ditanya oleh anak murid saya di dalam kelas dan saya tidak menemui jawapan.
    bagaimanakah hukum bagi lelaki yang seluar atau kain pelekatnya terkoyak di bahagian aurat? yg kedua, hukum sentuhan dengan kafir kurang jelas. bagaimana lelaki muslim dan lelaki kafir?

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Seandainya pakaian itu koyak hingga menampakkan aurat, maka ia tidak sepatutnya dipakai untuk bersolat kerana antara syarat sah solat ialah menutup aurat.

    Tentang sentuhan, tiada masalah untuk menyentuh sesama jantina walaupun mereka kafir.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s