salam melalui sms

assalamualaikum

wajibkah salam melalui sms dijawab(dibalas mesejnya)?

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan amar dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hukum menjawab salam adalah di tuntut bagi setiap orang Islam. Sabda Nabi saw sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah ra. bersabda :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

Surat atau risalah adalah pengganti diri didalam berkomunikasi. Nabi saw, para sahabat dan tabien tidak lupa untuk menulis salam apabila mereka mengutus surat. Umar Ibn al-Khattab ra. mengakhiri suratnya kepada Qadi Syuraih dengan perkataan “wassalamu ‘alaika” [Sunan al-Nasaa’i #5304] dan Umar Abdul Aziz mengakhir suratnya kepada salah seorang pekerjanya dengan cara yang sama [Lihat Muwatta’ Imam Malik].

Dalam zaman moden ini, SMS atau Sistem Khidmat Mesej Ringkas adalah juga dianggap sebagai “pengganti diri”, maka hukum menyampai dan menjawab salam adalah sama sahaja, Syeikh Saleh al-Munajjid mengatakan bahawa boleh mengguna abbreviation atau singkatan dalam menyampaikan salam. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s