puasa ikut negara mana?

assalamualaikum.. sekiranya saya menetap di overseas sekarang, adakah boleh saya mengikut tarikh berpuasa yang diumumkan dimalaysia sedangkan dinegara yang saya duduki ini mempunyai organisasi islam yang mengumumumkan puasa jatuhnya sehari lewat dari malaysia..apakah hukumnya? wslm

jwapan:

wa’alaikumussalam

Seseorang yang menetap diluar negara tidak boleh berpuasa dan menyambut Eid mengikut negara lain; eg: Malaysia. Lebih-lebih lagi jika negara tersebut mempunyai Organisasi Islam yang akan menetapkan tarikh bermula puasa.

Menurut Jawatan Kuasa Tetap Penyelidikan Saintifik dan Fatwa Arab Saudi atau dikenali sebagai al-Lajnah al-Daaimah mengatakan bahwa “Muslim Student’s Union” atau badan-badan Islam yang lain di negara yang bukan Islam boleh bertindak menggantikan Kerajaan Islam didalam hal berkenaan dengan pengesahan ‘anak bulan’ bagi penduduk Islam yang tinggal di negara yang bukan Islam. Maknanya, badan-badan Islam ini akan nenetapkan tarikh kewajipan berpuasa.

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh, bagi negara yang tidak ada organisasi Islam, tidaklah berdosa jika dia mengikut tarikh penentuan puasa dan Hari Raya mengikut negara yang dia percaya eg: Arab Saudi. [Majmu’ Fataawa Ibn Baaz, 15/105].

Kesimpulannya, seseorang itu hendaklah mengikut tarikh puasa yang ditetapkan di negara dia berada. Jika kebetulan pada masa itu dia sedang bercuti di Malaysia, dan Malaysia tidak berpuasa pada hari tersebut (dinegara dia tinggal puasa ibadat puasa sudah bermula), maka dia hendaklah tidak berpuasa pada hari tersebut dan begitulah sebaliknya. WA.

Sekian, wassalam.

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s