musafir di hari jumaat

Salam

Saya merancang untuk melancong ke luar negara. Kira musafirlah tu. Situasinya ialah apabila sy nak book outbound ticket, drpd senarai flights yg ditawarkan, yg paling murah hanya hari Jumaat, departure pukul 1:15 pm, ngam2 waktu solat Jumaat. ~ Cth: AirAsia ada fare type T,Q,A,L,V,U yg masing2 berbeza dr RM 8.88 sehingga RM 199.99 bg destinasi sama di waktu yg berlainan)

Persoalannya, bolehkah saya sengaja teruskan niat sy membeli tiket utk fly pd t/hari Jumaat tsb memandangkan pasti sy akan ponteng solat Jumaat, sedangkan saya berkelapangan pd hari lain tetapi tidak mahu beli tiket tsb atas alasan fare type jadi lebih mahal? Adakah syara’ menilai ini sbg ‘sengaja tuang solat Jumaat’?
Kalau atas urusan kerja, takpelah kot. Kalau kes saja2 melancong, camne?

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bermusafir pada hari jumaat tidak ada dilarang, Malah, Syiekh Nasyiruddin al-Albani rh mengatakan bahawa mereka yang tidak membenarkan diri mereka bermusafir pada hari Jumaat telah melakukan satu bid’ah (Sila lihat – Bid’ah Hari Jumaat #1). Maka bagi mereka yang bermusafir pada hari Jumaat, solat Jumaat tidak wajib bagi mereka.

Berikut kami petik SoalJawab yang lalu mengenai bermusafir pada hari Jumaat.

SJ-06-0021 : Safar Hari Jumaat…. wrote:
Terdapat juga ulama2 lain seperti Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa tidak wajib Jumaat bagi sesiapa sahaja yang bermusafir tanpa sebarang syarat.

لم تجب الجمعة على من ينشئ لها سفرًا؛ فإن الجمعة لا تجب على مسافر‏.‏

“Tidak wajib Jumaat ketas sesiapa yang melakukan permusafiran, kerana sesungguhya Jumaat tidak wajib kepada orang musafir,”

Komentar bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Atiyah Saqr mengenai pandangan diatas (pandangan empat mahzab) ialah ; Aku melihat ruhsah bagi mereka yang bermusafir walaupun ia (Solat Jumaat) tidak wajib, kerana ganjarannya yang besar, dan jika ia melangkaui batasan solat Zohor semasa bermusafir panjang atau pendek, maka lakukanlah Solat secara Qasar atau Jama’ jika ianya permusafiran yang jauh sebagaimana yang dinayatakan didalam fiqh.

Fatwa IslamOnline didalam mengulas fatwa Atiyah Saqr menyatakan :-

ليس على المسافر جمعة ،ولو كان سفرًا مباحًا ،كأن يكون للنزهة أو الاستجمام ،أو كان لقضاء حاجة ونحو هذا ،وقد سافر النبي صلى الله عليه وسلم ولم يصل الجمعة ،بل جمع بين الظهر والعصر ،وإن كان الأفضل صلاتها ،مالم يكن هناك مانع ،وذلك من باب الأفضلية لا الوجوب.

“Bukanlah bagi orang yang bermusafir itu kewajipan Jumaat, samada permusafirannya harus, atau berkelah, atau untuk relax, atau memenuhi sesuatu permintaan dan sebagainya, maka Nabi saw pernah bermusafir dan tidak bersolat Jumaat, bahkan beliau melakukan Jama’ diantara Zohor dan Asar, dan jika ia merasakan bersolat (Jumaat) lebih baik, maka disana tidak ada larangan, dan itu merupakan bab fadhilat dan bukannya kewajipan”

Menurut Prof Dr Ahmad Yusuf Sulaiman pula :-

وأما صلاة الجمعة فلا بد أن تكون في جماعة، وفي المسجد، وهي لا تجب على المسافر، فقد صح في حديث ابن عمر رضي الله عنهما أن الجمعة لا تجب على المرأة والمريض والعبد والمسافر، وهذا من باب التخفيف والتيسير؛ لأن المسافر مشغول بأمر نفسه لبعده عن موطن إقامته ولتشتت فكره وتغير عوائده مهما كان السفر مريحًا، فقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “السفر قطعة من العذاب”، والسفر عام يشمل كل سفر قديمًا وحديثًا مهما اختلفت وسائله أو تعددت طرقه، وبناء عليه فإذا صلى المسافر الظهر فإنه يجوز له أن يصليها قصرًا، بل هذا واجب عند كثير من العلماء لأن النبي صلى الله عليه وسلم ما أتم صلاة في سفر قط. والله أعلم.

“Bagi solat Jumaat, ia mestilah dilakukan secara berjemaah didalam masjid, maka tidaklah di wajib keatas musafir, telah sahih dari hadith Ibn Umar ra. bahawa pada hari Jumaat tidak diwajibkan keatas wanita, orang sakit, hamba dan musafir, ini merupakan bab keringanan dan kemudahan, kerana sesungguhnya sedang sibuk dengan urusannya, jauh dari tempat watannya dan tempat tinggalnya dan kecamuknya pemikiran, perbezaan kadar (rates) bagi menentukan permusafirannya selesa, maka Rasulullah saw bersabda :’Permusafiran adalah sebuah azab’, secara umumnya permusafiran termasuklah permusafiran sekarang dan dahulu, tidak kira apa perbezaannya, atau perjalanannya yang pelbagai arah, dimana apabila Musafir bersolat Zohor maka dibolehkan keatasnya bersolat secara qasar, bahkan ada kebanyakkan ulama’ mewajibkan demikian kerana sesungguhnya Nabi saw tidak bersolat penuh sama sekali pada masa bermusafir”.

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s