gosok gigi waktu puasa

Sahih dpd nabi yang mulut busuk semasa berpuasa itu mulia di sisi ALlah, dan pada masa yang sama rasulullah selalu bersugi walaupun dalam bulan ramadan.

bila kita bau mulut kita busuk, yang mana lebih aula: biar mulut busuk atau gosok gigi/kumur supaya elok sikit bau mulut.

jkk

jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

Hadith bau mulut puasawan itu berbunyi “Sungguh bau mulut orang yang puasa di sisi Allah adalah lebih wangi daripada bau Misk” (Bukhari-Muslim). Ia tidak menyatakan ” sungguh bau mulut puasawan yg busuk…”

Kemungkinan maksud hadith ini ialah sikap sesetengah orang yg memandang jijik kepada bau mulut puasawan yang kebetulan tidak berkesempatan bersiwak kerana masalah tertentu.

Sunnah yg sahih ialah Nabi saw menjaga kebersihan mulutnya walaupun di bulan Ramadhan. Dalilnya:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Seandainya tidak memberatkan umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudlu” [Hadits Riwayat Bukhari 847, Muslim 252 semisalnya].

Dari Aisyah:

” Bersiwak itu membersihkan mulut dan disenangi Tuhan” [alAlbani, sahih sunan anNasa’iy, # 5]

Bila kita himpunkan hadith2 dalam tajuk ini, maka bersiwak atau berus gigi itu sunnah dilakukan sepanjang masa TER masuk bulan Ramadhan sekalipun. Barulah menghasilkan bau yg harum dan disukai oleh Tuhan dalam hadith di atas.

apakah susah sangat utk berus gigi? sekian

tambahan:

bau mulut orang berpuasa bukanlah kerana tidak gosok gigi, akan tetapi kerana enzim pada air liur yang berkurangan kerana tidak makan. maka tiada kaitan dengan untuk mengekalkan bau mulut berpuasa dengan tidak gosok gigi.

al-ahkam

Mulut berbau? Tidak lagi

SESUNGGUHNYA bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi. Begitu sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Dapat diibaratkan kesturi adalah wangian yang paling harum di dunia ini dan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari itu!

Masalah mulut berbau semasa berpuasa merupakan satu lumrah yang terjadi disebabkan oleh keadaan mulut yang cukup kering. Air liur yang dikeluarkan oleh kelenjar air liur berkurang menyebabkan mulut tidak dibasahi dengan air liur seperti hari-hari biasa.

Kemerosotan jumlah makan minum yang masuk ke mulut sekali gus merencatkan aktiviti mengunyah. Bau ini diperkuatkan lagi dengan saluran pencernaan yang kosong hingga menimbulkan bau-bauan kurang enak di dalam mulut.

Di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai halitosis atau fetor ex ore, masalah mulut berbau ini sama ada berhubung dengan tubuh secara umum (halitosis) atau berasal dari faktor-faktor yang ada di dalam rongga mulut itu sendiri (fetor ex ore).

Kajian mendapati, hampir 85 hingga 90 peratus masalah mulut berbau bersumber daripada kerosakan di rongga mulut seperti karies gigi ataupun jangkitan jaringan penyangga gigi (bagi individu yang memakai pendakap gigi atau bracers).

Di dalam rongga mulut terdapat zat yang disebut volatile sulfur compound (kompaun sulfur mudah meruap/VSCs). Zat ini mengandung hidrogen sulfida, metil mercaptan dan dimetil disulfida yang merupakan produk bakteria atau flora normal rongga mulut.

Pada orang yang menderitai halitosis, kadar VSCs di dalam mulutnya mengalami peningkatan.

Peningkatan kadar VSCs dalam mulut disebabkan oleh adanya peningkatan aktiviti bakteria anaerob yang menyebabkan bau VSCs dapat dihidu oleh hidung.

Aktiviti bakteria anaerob itu terjadi apabila rongga mulut mengandungi sedikit oksigen terutama saat mulut kering di mana aliran air liur rendah. Sisa makanan itu kemudian dihancurkan oleh kuman di dalam mulut.

Namun, bau mulut tidak hanya bersumber dari mulut. Ia juga boleh berpunca daripada hidung, jantung atau disebabkan oleh penyakit tertentu seperti kencing manis, infeksi paru-paru dan jangkitan perut atau usus.

Di kalangan kanak-kanak, bau mulut boleh berlaku kerana ada benda asing yang masuk ke hidung dan tidak dapat dikesan sehingga terjadinya pembusukan lalu menimbulkan bau.

Bau ini dikira bau mulut walaupun sumbernya adalah dari hidung.

Jangkitan kerana kanser atau radang tonsil kronik juga bisa membuat nafas tidak sedap. Penyebab lain bau mulut adalah asid perut yang tinggi misalnya pada penderita gastrik.

Bau mulut timbul kerana asid dan alkali tidak seimbang. Pada pesakit gastrik misalnya, asid perutnya meningkat. Sebaik sahaja gastrik menyerang, secara automatik tingkat keasidan mulut naik ke atas kerongkong sehingga mencetuskan bau mulut.

Bagi menyeimbangkan keasidan perut, pesakit gastrik sebaik-baiknya sering mengudap.

*Gosok gigi selepas sahur

Asal rajin menggosok gigi, bau mulut sepatutnya tidak menjadi satu masalah di bulan Ramadan ini. Namun, apa yang sering berlaku, selesai sahur biasanya orang malas menggosok gigi dan terus tidur.

Padahal setelah 30 minit tidak makan, keasidan mulut akan meningkat kerana sisa asid tidak dibersihkan.

Semasa berpuasa, tidak ada makanan yang masuk ke dalam mulut sehingga mulut dalam keadaan istirahat dalam jangka waktu lama.

Pada saat itu, sisa-sisa makanan yang ada di dalam mulut terutama yang ada di celah-celah gigi, lidah dan sekitar gusi akan berkumpul kerana daerah tersebut agak sukar dibersihkan.

Ini akan mengundang aktiviti bakteria secara berlebihan lalu menghasilkan VSCs yang kemudiannya mempengaruhi bau mulut seseorang.

Bau mulut juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh makanan. Misalnya jika memakan makanan yang memiliki bau unik yang kuat sehingga bau makanan tersebut memberikan kesan terhadap udara yang dihembuskan.

Dalam kes ini, mula-mula makanan diserap oleh pembuluh darah yang masuk ke dalam paru-paru, kemudian dikeluarkan dalam bentuk udara yang kita hembuskan.

Beberapa jenis makanan tersebut seperti bawang putih, petai, jering, alkohol atau merokok juga boleh mencetuskan bau mulut. Apalagi kalau sering merokok, mulut akan mengeluarkan bau khas.

Seelok-eloknya, pilih makanan yang banyak mengandungi serat seperti buah-buahan. Buah tembikai atau sengkuang misalnya, memiliki sifat sebagai pembersih dalam perut. Jadi, selain untuk gigi, ia juga baik untuk kesihatan.

Sementara itu, makanan manis seperti coklat, gula-gula atau kuih-muih boleh mendatangkan kerosakan gigi.

Makanan-makanan itu juga cepat melekat di gigi, sehingga mendorong timbulnya karang gigi yang juga akan menimbulkan bau.

Pemakai gigi palsu atau penyangga gigi juga perlu memberikan perhatian yang lebih dalam melakukan perawatan kerana alat-alat itu mengandungi logam yang akan mengeluarkan bau jika tidak rajin menjaga kebersihan dan kesihatan.

Berikut beberapa cara mengatasi bau mulut pada bulan Ramadan:

* Tingkatkan kekerapan menggosok gigi, minimum dua hingga empat kali sehari. Selain itu, jangan menggosok gigi terlalu cepat hingga bahagian-bahagian yang tersembunyi seperti gusi tidak terjangkau.

* Ketika menggosok gigi, jangan lupa membersihkan lidah juga kerana kawasan itu turut terdapat sisa makanan. Membersihkan lidah memang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Oleh itu, gunakan sikat yang berbulu lembut atau alat pembersih yang memang direka khas untuk lidah, yang banyak terdapat di pasaran. Agar lebih efektif, basahilah bulu berus gigi dengan ubat kumur.

* Gunakan benang pembersih gigi atau flos yang sangat berguna menghilangkan sisa-sisa makanan yang terselit di antara gigi. Selain menghilangkan bau mulut, menggunakan benang gigi juga menghindarkan timbulnya kerosakan gusi. Untuk menambah rasa segar, gunakan flos dengan perasa tambahan seperti mint atau kayu manis.

* Sebagai langkah terakhir pembersihan, gunakan cairan pencuci mulut kerana berkumur dengannya dapat menghalang kemungkinan timbulnya halitosis. Pada umumnya, cairan pencuci mulut mengandung pewarna, perasa serta bahan-bahan antibakteria yang berkesan dalam menghilangkan bau mulut.

Ketika berpuasa, hati-hati juga dengan pengambilan makanan yang anda pilih semasa berbuka dan sahur. Jenis makanan yang dapat menimbulkan bau mulut adalah:

* Makanan dengan bau tajam seperti petai dan durian

* Makanan yang menggunakan rempahratus seperti bawang, cabai, asam, halia yang berbau tajam

* Makanan berkadar protein tinggi seperti daging dan produk mengandungi susu. Ini terjadi kerana molekul-molekul bau yang terkandung dalam makanan masuk ke dalam usus melalui aliran darah dan menetap di sana, kadang-kadang sampai berhari-hari.

Sedikitnya air liur dalam mulut ketika berpuasa akan meningkatkan kecenderungan halitosis. Jangan lupa mengambil makanan kaya air untuk merangsang kadar air liur dalam mulut. Jangan lupa minum banyak air putih untuk meneutralkan makanan yang anda ambil sekali gus menaikkan jumlah air liur.

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s