tidur di rumah mentua

Salam

Satu persoalan yg sentiasa bermain setiap kali menziarahi org tua ketika suasana percuatian ialah tempat yg paling sesuai untuk bermalam. Seringkali apabila sanak-saudara berkumpul, mereka akan bermalam di rumah org tua itu juga. Maka bilik yg sedia ada memang tidak mencukupi. Biasanya anak dara akan tidur di bilik, manakala yg selainnya…anak-menantu tidur di mana sahaja yg boleh (ruang tamu etc). Bila dh tidur di ruang terbuka, sukar untuk menjaga aurat isteri(malah diri sendiri juga).

Pernah juga cuba tidur di hotel berdekatan, tetapi akhirnya menimbulkan fitnah sahaja. Apakah cara yg sebaik-baiknya dalam menghadapi keadaan seperti ini?

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد

1- Berada di ruang tamu seperti yg disebutkan dalam soalan, walaupun ada lelaki dan perempuan (yg ajnabi), tidaklah menjadi haram, kerana tidak berlaku khalwat dalam keadaan seperti itu. Yang haramnya ialah apabila berlaku khalwat, atau seorang wanita dengan beberapa lelaki ajnabi.

2- Oleh kerana lumrah ketika tidur menyebabkan terdedah aurat, atau mendedahkan bentuk badan wanita, maka tidak boleh tidur antara kaum lelaki dan wanita yg ajnabi di suatu tempat yg menyebabkan boleh melihat antara satu sama lain.
Nabi SAW telah memberi amaran bahaya percampuran antara lelaki dan wanita yg ada kaitan keluarga, sebagaimana hadis:
“Hedaklah kamu berjaga2 dan mengelak daripada masuk ke kawasan wanita2”. Lalu sabahat di kalangan ansar bertanya: “Bagaimana pula dengan kaum kerabat (bukan mahram)?”. Nabi menjawab: “Kaum kerabat (bukan mahram) adalah MAUT (yakni: percampuran membawa kepada kebinasaan agama)”.
HR Bukhari (no: 4934) dan Muslim (no: 2172).

3- Kerana itulah, pada zaman Nabi, apabila isteri2 baginda mahu beriktikaf di dalam masjid, yg di dalamnya ada kaum lelaki, didirikan kepada mereka khemah2 yg menutup mereka daripada pandangan kaum lelaki ajnabi”.

4- untuk menyelesaikan masalah anda, selain daripada anda mencari hotel untuk bermalam, boleh juga memasang khemah pasang siap di rumah mertua anda, dan khemah2 ini boleh didapati di sesetengah pasaraya.

5- Ataupun, dengan memasang apa jua yg boleh menutup pandangan seperti kain tirai, dan seumpamanya.

wallahu a’lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s