hadith tentang khasiat potong kuku hari tertentu

soalan:

saya ingin bertanya adakah hadith ini sahih atau ia boleh diamalkan

RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

neon
terima kasih

————–

Jawapan :

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

– Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
– Makhruh memotong kuku pada malam hari.
– Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
– Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
– Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-‘Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

Dr. Abdul Wahab pula berkata :

“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”

wallahu a’lam
abdulkadir
———–

http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37762

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s