Adakah Islam Membenci Binatang Yang Haram di Makan

Salam

1) saya ditanya adakah boleh kita menyayangi haiwan yg diharamkan seperti anjing dan babi ? Katanya kita x makan sbb haram tp klu kita sayang je macamana? Sebagai contoh : katalah doktor haiwan yg bergelumang dgn haiwan sebegini. jadi, lama-kelamaan timbul sayang pula

jawapan:

Tidak ada larangan untuk seseorang itu menyangi apa jenis binatang sekalipun, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat sebagai Doktor haiwan. Haramnya khizir (babi) adalah kerana haram memakan dagingnya, sebagaimana firman Allah swt : “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah ….” [Surah al-Baqarah : 173].

Menurut Syiekh Atiyah Saqr rh. kenajisan babi adalah kenajisan ‘hukum’, iaitu haram memakannya. Ia tidak ada kena mengena dengan haram menyentuhnya atau wajib membencinya! Syeikh Atiyah Saqr berkata :-

ومن هنا قال النووي: ليس لنا ـ أي الشافعية ـ دليل على نجاسة الخنزير، بل مقتضى المذهب طهارته كالأسد والذئب والفأر،

“Maka berkata al-Nawawi : bukanlah dari kami – mana2 mazhab Syafie – suatu dalil mengenai kenajisan khinzir, bahkan doktrine mazhab kami ianya suci sebagaimana sucinya Singa, Musang dan Tikus..” (Fi Ahsanil Kalam 3/236).

Begitu juga dengan kenajisan anjing. Yang menjadi najis adalah mana-mana bijana yang pernah dijilat oleh anjing, hendaklah di samak dahulu sebelum digunakan. Sabda Nabi saw :-

طُهُورُ إِنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ

“Penyucian bijana salah seorang dari kamu apabila anjing menjilatnya, dengan membasuh 7 kali, dan yang pertama dengan tanah” [Hadith Riwayat Muslim #279].

Ibn Taimiyah rh mengatakan bahawa menurut Imam Malik, anjing itu binatang suci. Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad pula mengatakan air liur anjing sahaja yang najis [Majmu’ Fataawa, 21/530].

Kesimpulannya, Islam tidak membenci binatang seperti anjing dan babi hanya kerana kenajisannya. Kenajisan babi adalah kerana ia haram di makan, dan kenajisan anjing terletak pada air liurnya. Selain dari itu, binatang ini adalah seperti binatang yang lain.

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s