Orang haidh kena buka lambat. Betulke?

Salam

mase kecik2 dulu mak sy selalu ckp bhw prmpn yg haid x bole berbuka bersama dgn org yg berpuasa . katanye dilarang. Jadi, mesti makan selepas org berbuke puase . kemudian sy w/pun period ttp bersahur dan berpuasa seperti org yg berpuasa ttpi ade yg kata dilarang sebab ALLAH dah beri kelonggaran . Jadi x sepatutnye menolak nikmat makan di siang hari. Jadi , mohon penjelasan dr ahli panel yg dihormati.

syukra

jawapan:

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

HUKUM WANITA HAIDH BERPUASA

Wanita yg haidh;
-haram berpuasa.
-Jika berpuasa, tidak sah puasanya.
-wajib qadha’ hari2 yg dia haidh.

Dalinya:
Hadis: “Apabila seorang wanita haidh, maka tidak bersolat dan tidak berpuasa”.
HR Bukhari 1/116.

Ibn Qudamah berkata: “Jika wanita haidh niat puasa, dan menahan diri dari makan minum, sedangkan dia tahu HARAM puasa, maka dia BERDOSA, dan puasanya tidak dikira”. al-Mughni 4/391.

Syeikh Muhammad al-Syanqiti ditanya ttg masalah wanita haidh berpuasa, jawabnya: Jika dia tahu haramnya puasa, tetapi dilakukan juga, maka dia berdosa.

Hatta para ulama mengatakan: Jika wanita yg sedang puasa, tiba2 beberapa minit sebelum maghrib dia haidh, maka dia sudah dikira berbuka, dan wajib qadha hari itu.
rujukan: Syarah Zad Mustaqni’ Syanqiti, dan syarah mumti’ uthaimin.

Manakala anda bangun sahur pula, ia tidaklah dianggap makan sahur, kerana sahur hanya khas untuk org yg berpuasa. jadi, ia dianggap makan sarapan sebelum subuh. jangan menganggap ia makan sahur, kerana jika niat bersahur, bererti anda mahu berpuasa, sedangkan ia HARAM bagi wanita haidh.

Akhir kata, Berbuka puasa untuk wanita haidh ini bukannya rukhsah boleh atau tidak, TETAPI adalah azimah yg wajib diterima wanita Islam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s