Was-was dengan sisa kencing

Salam
Kadangkala selepas membuang air kecil dan mencuci tempat keluarnya, masih terasa ada yang terkeluar selepas mencucinya dan dikhuatiri mengotorkan seluar, jadi nanti tidak boleh pula nak digunakan untuk sembahyang. Jadi adakah cara yang boleh membuatkan kita pasti yang membolehkan kita tidak perlu berwas-was lagi selepas mencuci tempat keluar kencing itu

jawapan:

wa’alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Penyakit waswas ini saling berkait rapat dengan beristinja’ dan amalan berwudhu’. Kedapatan mereka yang berkali-kali membersihkan kemaluan, ada yang memicit-micit zakat agar saluran kencing dipastikan tidak ada sisa-sisa, dsb. Persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk kita memastikan agar waswas tidak timbul setelah kita selesai beristinja’?

Terdapat sebuah riwayat bahawa Jaabir ra. berkata :

تَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَضَحَ فَرْجَهُ

“Rasulullah saw melakukan wudhu’ dan merinjis air ke alat sulitnya” [Hadith Riwayat Ibn Maajah #464].

Ulama’-ulama’ Mazhab juga ada memberi cadangan didalam bab ini. Didalam Ensaiklopedia Fiqh ada menyebut :-

ذَكَرَ الْحَنَفِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ : أَنَّهُ إذَا فَرَغَ مِنْ الاسْتِنْجَاءِ بِالْمَاءِ اسْتُحِبَّ لَهُ أَنْ يَنْضَحَ فَرْجَهُ أَوْ سَرَاوِيلَهُ بِشَيْءٍ مِنْ الْمَاءِ , قَطْعًا لِلْوَسْوَاسِ , حَتَّى إذَا شَكَّ حَمَلَ الْبَلَلَ عَلَى ذَلِكَ النَّضْحِ , مَا لَمْ يَتَيَقَّنْ خِلافَهُ

“Disebut oleh Hanafi, Syafie dan Hanbali : sesungguhnya apabila seseorang itu selesai membasuh kemaluannya, adalah mustahab baginya merenjis kemaluannya atau seluarnya dengan sedikit air, agar ia dapat menghilangkan waswas, kerana apabila dia merasakan sesuatu yang basah, maka dia akan teringat bahawa itu adalah akibat dari renjisan, melainkan dia pasti ia adalah sebaliknya” [al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 4/125].

Ada juga dikalangan ulama’ yang mengatakan, tidak perlu sampai merinjis ke seluar air tersebut. Apa yang perlu adalah, setelah kita pastikan titisan terakhir air kencing itu keluar, bersihkannya, lalu jangan ambil peduli apa yang di rasakan selepas itu. Berikut nasihat Syeikh Ibn Utsaimin rh :-

فنصيحتي لهذا الأخ : أن يُعْرِض عن هذا، ولا يلتفت إليه، ولا ينتر الذكر ولا يسلته، بل يدعه على طبيعته، فإذا خرجت آخر نقطة غسل رأس الذكر، ربما يحس الإنسان بحركة في ذكره، فليس عليه أن ينظر؛ لأن بعض الناس إذا أحس بحركة أرخى سراويله وجعل يعصر ذكره من فوق، إذا عصره فلابد أن يخرج شيء، لكن دعه ولا تلتفت له، حتى إن بعض العلماء رحمهم الله قال: إنه في هذا الحال إذا ابتلي بهذا الوسواس يرش على سراويله الماء من أجل إذا فكر أو شك يحمل ذلك على هذا الماء، لكن نحن نقول: لا حاجة لهذا، هذا تكلف، أعرض عن هذا ، ولا تشتغل به ، ويزول عنك بإذن الله، ولا تذهب إذا أحسست ببرودة في رأس الذكر ، أو أحسست بحركة في داخل الذكر لا تذهب لتنظر، دع هذا

“Nasihatku kepada saudara ini : Jika ini berlaku kepada anda, jangan beri tumpuan kepadanya, usah picit zakar anda, malah biarkan sahaja seperti biasa. Apabila kencing terakhir telah keluar, hendaklah dia membasuh hujung zakarnya, dan kemungkinan akan merasakan sesuatu didalam zakarnya, akan tetapi usah dilihat kepadanya, kearana ada setengah orang, apabila merasakan sesuatu didalam zakarnya, mereka akan buka seluar kembali dan memicit-micit zakarnya sehingga ke hujung. Tetapi jika di picit, sudah tentu ada sesuatu yang keluar. Malah, dia hendaklah meninggalkannya dan tidak memberi perhatian kepada perkara tersebut. Ada dikalangan ulama berkata : Didalam hal ini, jika dia terkena waswas, hendaklah dia merenjis sedikit air ke seluar, maka jika dia berfikir atau ragu, maka dia akan andaikan bahawa itu adalah air yang dirinjisnya. Akan tetapi kami berkata : Tidaklah perlu melakukan sampai begitu, ia agak menyukarkan Jangan lakukan demikian dan jangan memberi perhatian kepada perkara tersebut, dan perasaan tersebut akan pergi, Insya-Allah. Jika anda merasakan sesuatu yang sejuk dihujung zakar atau merasakan sesuatu didalam zakar, janganlah pergi melihatnya. Lupakan perkara itu.” [al-Liqa’ al-Shari].

Demikian beberapa tips dari ulama’-ulama’ bagi memastikan kita tidak ditewaskan dengan penyakit waswas selepas beristinja’. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s