JIran bukan Islam dan bau colok

Assalamu’alaikum Warahmatullah…

Minta pendapat ahli panel ttg masalah ini.,

Jiran sy berbangsa india dan mungkin agamanya hindu.(kalu tidak silap sebabnya patung2 tuhannya sy lihat melebihi kebanyakan kaum hindu yg lain). masalahnya ialah setiap waktu petang menjelang malam (maghrib) pasti dia akan memasang colok yang amatlah menyesakkan baunya sehingga menimbulkan ketidaksenangan kpd jiran2 disebelahnya.

Jadi sy sebagai jirannya hanya inginkan pandangan atau pendapat drpd panelis cara ‘terbaik’ menurut Al-Quran dan As-Sunnah utk menegur aktiviti rutin keagamaannya itu.

sekian,

JKK di atas perhatian AAN

jawapan:

wa’alaikumussalam wbt.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar mana yang kami mampu, Insya-Allah.

Agama Islam menggalakkan kerjasama diantara agama. Firman Allah swt :-

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” [Al-Mumtahanah 60: 8]

وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ

“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).” [Al-Taubah 9: 6]

Dr. Muzammil Siddiqi mengatakan bahawa : “Islam mengajar Toleransi dalam semua peringkat: individu, kumpulan dan daerah/negeri. Ia hendaklah menjadi keperluan politik dan perundangan. Toleransi ialah satu mekanisma yang menegakkan hak asasi kemanusian, pluraisme dan perundangan.” (fatwa IslamOnline, Spirit of Tolerance in Islam).

Firman Allah swt :-

لِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُ فَلَا يُنَازِعُنَّكَ فِي الْأَمْرِ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ. وَإِنْ جَادَلُوكَ فَقُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ.

“Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: Allah Amat mengetahui akan apa yang kamu lakukan. Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya.” [Sutah al-Hajj 22: 67 – 69].

Agama Islam merupakan satu-satunya agama yang menitik beratkan toleransi. Skop toleransi Islam boleh mencakupi toleransi :-

a. diantara ahli keluarga, suami isteri, ibu-bapa dan anak-anak, dsb.;

b. diantara ahli-ahli masyarakat, jiran, komuniti, persatuan. Tolerasi dari aspek pandangan dan pendapat. Begitu juga toleransi diantara mazhab-mazhab, gerakan dakwah dsb;

c. diantara Islam dan bukan Islam; baik dari aspek [perhubungan diantara kepercayaan agama, dialog, kerjasama dsb).

Berbalik kepada persoalan diatas, penggunaan colok atau setanggi itu tidaklah ada pertentangan dengan agama, cuma barangkali baunya sahaja yang tidak menyenangkan. Ada diantara masjid-masjid yang menggunakan setanggi ini untuk mewangikan masjid, sehinggakan ada jemaah pernah bertanya dengan bekas Mufti Saudi, syeikh Ibn Utsaimin rh berkenaan dengan bersolat dihadapannya terdapat tempat bakar setanggi dan beliau menjawab :-

لا حرج في ذلك ، ولا يدخل هذا فيما ذكره بعض الفقهاء من كراهة استقبال النار

“Tidak ada halangan/masalah dengan itu, dan ia bukanlah masuk dibawah hukum mengenai apa yang beberapa fuqaha’ menyebut sebagai makruh mengadap api” [Kitaab al-Da’wah, 5, 2/90].

Disebabkan ia hanya melibatkan bau yang tidak menyenangkan, adalah lebih baik anda berbincang dengan jiran secara berhikmah, agar tidak mengecilkan hati jiran. Ini memerlukan skil negotiation yang baik. Mungkin boleh sarankan agar dia mengubah posisi meletakkan colok atau setangginya. Disebabkan dia adalah jiran anda, anda lebih kenal hati budinya dari kami, maka rancangkan cara yang bersesuaian. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s