Benarlah Allah galakkan poligami?

Salam

Maaf jika soalan saya termasuk dlm kategori melampau/tak perlu ditanya. Tp, bagi menghilangkan kekeliruan, ingin jg bertanya apakah hikmahnya Allah menurunkan ayat 3 surah AnNisa , khususnya disebutkan dua dahulu, kemudian tiga, kemudian empat, akhir sekali satu. Saya pernah ditanya oleh seorang non-muslim ttg ayat ini, seolah2 ia berbunyi spt berkahwin dua itu yg patut difikirkan/digalakkan dahulu pada semua muslimin, kecuali jika tidak berkemampuan. Adakah hujjah dari tafsir yg muktabar mengenainya??

jkk

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Syeikh Bin Baz ketika ditanya apakah hukum poligami, adakah harus ataupun sunat?
Jawabnya: Hukumnya sunat, kerana:
-ayat surah al-Nisa’
-kerana itu amalan Nabi SAW.
rujukan: Fatawa Islamiyyah 3/202.

Di dalam Islam, sememangnya digalakkan poligami bagi sesiapa yg mampu dan boleh berlaku adil. dan ia bertepatan dengan fitrah, keperluan waqi’, dan hikmatnya terlalu banyak yg tidak mungkin diingkari oleh org yg berakal. antaranya:

-Allah telah menjadikan adat di dunia ini, perempuan lebih ramai dari lelaki, dan faktor2 kematian lebih banyak berpihak pada mereka. Kalau seorang lelaki hanya berkahwin dgn seorang wanita, maka berapa banyak wanita yg tidak akan mengenali lelaki, dan boleh terjerumus dalam lembah kemaksiatan. lihat: Adhwa Bayan 2/221 (tafsir surah Isra), Fi zilal Quran tafsir surah Nisa’.

-Hari-hari seorang wanita sentiasa berhadapan dengan haidh, nifas, letih, dan berbagai2 halangan daripada menunaikan kehendak seorang lelaki, yg biasanya bersedia sepanjang masa. Jika tidak dibenarkan kahwin melebihi seorang, akan tertahanlah kehendak mereka pada waktu itu.

-Semua wanita bersedia untuk berkahwin, sedangkan bukan semua lelaki mampu dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Jadi, wanita lebih ramai bersedia unt berkahwin berbanding lelaki. jika tiada poligami, bagaimana dapat disalurkan kemahuan dan persediaan kebanyakan wanita? rujuk: Adhwa Bayan Syanqiti 2/221.

-Kebiasaannya, kemampuan fizikal seorang lelaki dapat bertahan lama sehingga umur 70 ke atas. manakala wanita pula sudah tidak berkemahuan lagi ketika berumur 50 tahun. jadi, di sana masih berbaki 20-30 tahun bagi lelaki, dan mereka masih mampu malahan mahu unt ditunaikan hajatnya. ia boleh di selesaikan dengan cara poligami. rujuk: Fi Zilal Quran oleh Syed Qutb, Tafsir Al-Nisaa’.

Banyak lagi hikmah2 dan kebaikan2 yg diperolehi melalui poligami, dan ia sedia dimaklumi oleh org2 yg berakal.

wallahu A’lam

Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

Tambahan: Mengapa disuruh dua dahulu bukan satu?

Quote:
apakah hikmahnya Allah menurunkan ayat 3 surah AnNisa , khususnya disebutkan dua dahulu, kemudian tiga, kemudian empat, akhir sekali satu. Saya pernah ditanya oleh seorang non-muslim ttg ayat ini, seolah2 ia berbunyi spt berkahwin dua itu yg patut difikirkan/digalakkan dahulu pada semua muslimin, kecuali jika tidak berkemampuan. Adakah hujjah dari tafsir yg muktabar mengenainya??

Firman Allah SWT (4:3)

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada kamu tidak berbuat aniaya.”

Antara sebab ayat ini bermula dengan berkahwin dua, bukan berkahwin satu:

1. Ayat ini diturunkan kepada orang yang berpoligami dengan anak yatim tetapi tidak berlaku adil terhadap mereka. Dengan itu, Allah SWT membenarkan mereka berpoligami dengan anak yatim dengan syarat keadilan, jika tidak mampu berlaku adil mereka boleh berpoligami dengan wanita lain. Maka sudah tentu kebenaran poligami bermula dengan berkahwin dua.

2. Ayat ini juga ditujukan kepada orang yang ingin berkahwin lebih dari satu tetapi takut tidak berlaku adil, dengan itu kebenaran berkahwin lebih dari satu adalah berkahwin dua, kemudian tiga dan empat.

3. Ayat ini menceritakan tentang keadilan antara isteri-isteri dan keadilan antara isteri-isteri sudah tentu dengan adanya isteri kedua atau ketiga atau keempat. Jika hanya satu isteri, tidaklah termasuk dalam masalah keadilan antara isteri-isteri. Oleh kerana ayat ini suruhan berlaku adil antara isteri -isteri maka sudah tentu dimulakan dengan yang beristeri dua.

4. Ayat ini bukan dalil suruhan berkahwin kepada yang belum berkahwin. Kerana suruhan berkahwin terdapat di dalam dalil-dalil yang lain. Tetapi ayat ini merupakan ayat kebenaran berpoligami dan poligami bermula dengan dua.

Rujukan:
1. Asbabu an-Nuzul oleh Al-Wahidi: m/s: 49.
2. Tafsir al-Jalalain: ayat 2-3 surah an-Nisa’.
3. Tafsir Ibn 3asyur: 3/320.

Wallahu a3lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s