Perbahasan Tentang Kenajisan Darah

Sheikh Salman al-Oadah

Berkenaan masalah Tha’harah , terdapat beberapa jenis darah . Sesetengah jenis , seperti darah haid , adalah tidak suci menurut Ijma’ para Ulama’ .Sebaliknya ,sesetengah darah lain adalah suci mengikut Ijma’ para Ulama’ – seperti darah dari hati dan limpa dari haiwan yang di sembelih dan darah yang tinggal dalam daging haiwan yang di sembelih dengan sempurna.

Kemudian terdapat jenis darah yang terdapat khilaf(perbezaan) pendapat terhadapnya , ini termasuk darah manusia yang mengalir keluar dari badan manusia.

Majoriti para Ulama’ menganggap darah jenis ini adalah tidak suci , kecuali kuantitinya terlalu kecil sehingga terlepas pandang. Kuantiti darah yang di annggap “sedikit” it adalah masalah khilaf para Ulama’.

Satu pendapat ialah apa yang di maksudkan “Kuantiti yang sedikit” dan “kuantiti yang banyak” bergantung kepada Adat. Apa orang secara amnya menanggap ia banyak akan di maksudkan sedemikian ,dan apa yang orang ramai anggap sebagai sedikit akan dianggap sedemikian.Ini merupakan pendapat dalam Mazhab Hambali.

Pendapat yang lain ialah darah yang sedikit bermaksud ia tidak melebihi saiz duit syiling yang kecil dan lebih dari itu dianggap banyak . Ini merupakan pedapat dapam mazhab Maliki.

Pendapat ketiga adalah setiap orang perlu membuat penilaian sendiri . jika seseorang itu menganggap darah itu banyak , maka itulah jumlahnya. Pendapat selain dari itu telah mengeluarkan pendapat bagaimana untuk membezakan darah yang sedikit yang boleh di biarkan dari yang banyak yang perlu dibersihkan. Tetapi , pendapat yang lain tersebut tidak mempunyai sebarang bukti mahupun hujah untuk menyokong pendapat mereka.

Dalam apa jua keadaan sekalipun , bukti diperlukan untuk membentuk 2 kenyataan utama iaitu:

  1. Darah yang mengalir itu tidak suci
  2. Kuantiti yang kecil daripadanya boleh terlepas pandang.

Bukti Darah Manusia Tidak Suci

Sesetengah Ulama yang berpegang iaitu darah yang mengalir itu tidak suci berpendapat ia adalah Ijma’ . Ini merupakan pendapat oleh Ahmad b. Hanbal, dari Ibn `Abd al-Barr dalam al-Tamhîd, dan oleh al-Nawawî dalam al-Majmû`. <!–[if !supportLineBreakNewLine]–> <!–[endif]–>

Apabila Imam Ahmad ditanya berkenaan kesucian darah , beliau menyebut “ Darah mempunyai hukum yang sama seperti muntah” ,beliau menyambung , “Darah ialah perkara yang tiada khilaf , akan tetapi , muntah adalah perkara yang mereka berkhilaf tentangnya” [Ibn Taymiyah, Sharh al-`Umdah (1/105)]

Ibn Hazm , dalam bukunya berkenaan dengan Ijma’ ,menulis Mereka telah bersetuju darah yang banyak adalah tidak suci , tidak kira apa jenis darah tersebut , kecuali darah dari Ikan dan haiwan yang darahnya tidak mengalir”

Al-Nawawî menulis [al-Majmû` (2/511)] : Dalil untuk ketidak sucian darah adalah jelas dan aku tidak tahu terdapat khilaf di antara Muslim berkenaan perkara tersebut , kecuali apa penulis kitab al-Hâwî menakalkan dari sesetengah Ulama’ yang yang mengatakan darah itu suci.. Tetapi , pendapat Ulama tidak di pertimbangankan jika terdapat Ijma’ berkenaan perkara tersebut”.

Al-Qurtubî menulis dalam tafsirnya : “ Ulama’ telah bersetuju darah itu tidak halal dan tidak suci”.

Ibn Hajar menulis dalam kitabnya Fath al-Bârî (1/352) : “ Terdapat persetujuan bahawa darah itu tidak suci”

Ibn al-Qayyim juga berkata sedemikian dalam kitabnya Badâ` al-Fawâ’id.

Mereka yang berpegang dengan pendapat ini mengemukakan bukti dari ayat Al-Quran : Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Sûrah al-An`âm: 145] <!–[if !supportLineBreakNewLine]–> <!–[endif]–>

Tetapi , dalam menyangkal bukti ini, ia boleh diperhujahkan yang pengharaman dari memakan sesuatu tidak menunjukkan ketidak sucian sesuatu . Ayat tersebut dengan jelas menyebut “bagi orang yang hendak memakannya” .

Bukti ketiga yang dikehadapankan untuk meyokong ketidak sucian darah ialah hadith yang mana Asmâ’ dating kepada Rasulullah SAW dan bertanya “ Apa yang aku perlu lakukan jika darah haidku terkena bajuku?” Rasulullah SAW menjawab , “Kikislah ia , dan cuci ia dengan air ,kemudian percikkan air keatasnya” [Sahîh al-Bukhârî (227) and Sahîh Muslim (291)]


Penghujahan yang di berikan kepada hadith ini adalah sangat tidak jelas iaitu memberikan contoh terhadap darah haid dan darah yang lain mengambil hukum yang sama dengan cara Qiyas.


Mereka juga megemukakan hadith `Â’ishah sebutkan :

Fâtimah bint Abî Hubaysh pergi berjumpa Rasulullah SAW dan berkata “ Wahai Rasulullah . Aku adalah seorang wanita yang mengalami pendarahan berterusan dari kemaluanku , jadi aku tidak pernah suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”

Rasulullah SAW membalas “ Tidak , ia adalah darah dari kapilari darah kamu dan bukan darah haid. Apabila tiba waktu haid , tinggalkanlah solat. Kemudian apabila waktu itu tamat , basuhlah darah itu dari diri kamu dan mulakanlah solat”. [Sahîh al-Bukhârî (228) and Sahîh Muslim (333)]

Penghujahan yang digunakan disini boleh di jawab kerana ia juga menjadi bukti bahawa cucian darah tersebut adalah kepada darah yang yang Rasulullah tentukan iaitu darah haid dan beliau tidak menyebut untuk menyuci darah yang datang selain dari darah pada waktu haid tersebut.

Pendapat Darah Manusia itu Suci

Ulama’ terkemudian seperti Shawkânî dan Sadîq Hasan Khân (rujuk : al-Rawdah al-Nadiyyah 1/81) juga ulama kontemporari seperti Ibn `Uthaymîn (rujuk: Sharh al-Mumti`) dan al-Albânî (rujuk : al-Silsilah al-Sahîhah dan komennya kepada Fiqh al-Sunnah) menganggap darah manusia yang keluar dari kapilari darah itu sebagai suci , tidak kira berapa banyak darah yang keluar darinya.

Mereka menyokong pandangan mereka dengan bahan bukti yang banyak:

Mereka berhujah bahawa para Sahabah terlibat dengan Jihad dan selalu tercedera . Tetapi , mereka tidak pernah di arahkan oleh Rasulullah SAW supaya membasuh darah dari luka mereka . Jika darah manusia itu tidak suci, maka kita mesti mempunyai bukti yang jelas dan tidak berbelah bagi bahawa ia perlu dibersihkan. Oleh kerana bukti suruhan tersebut maka ,ia adalah petunjuk bahawa darah manusia itu suci.

Mereka juga menunjukkan bahawa para Mujahideen di tanam dengan darah di badan mereka . Mereka tidak di mandikan . Jika manusia darah manusia ini tidak suci , maka ia menjadi kewajiban untuk mencucinya . Antara sebab ia dikemukakan – ialah kerana mereka akan “ Di bangkitkan pada hari Qiyamah dengan warna darah pada badan mereka dan bau hamis” atau “ darah itu tanda ibadah mereka”. – tiada dari sebab ini cukup untuk meninggalkan sesuatu yang tidak suci pada badan manusia . Darah itu akan dilihat pada hari kebangkitan tidak sama dengan darah sewaktu mereka meninggal , kerana Allah akan membawa manusia pada hari tersebut sebagai ciptaan baru . “tanda ibadah” tidak menjadi alasan yang kukuh untuk meninggalkan pada badan sesuatu yang tidak suci . Ini menunjukkan bahawa darah sudah pastinya suci .

Selain itu ,terdapat juga bukti bahawa rasulullah SAW tidak pernah menggalakkan orang-orang atau wanita yang mengalami pendarahan berterusan dari kemaluannaya dari datang ke Masjid . Dengan luka tersebut , ia amat berkemungkinan darah akan terjatuh ke lantai masjid tersebut . Jika darah tidak suci , Rasulullah SAW akan menghalang orang tersebut dari datang ke Masjid. <!–[if !supportLineBreakNewLine]–> <!–[endif]–>

`Â’ishah menakalkan : “Sa`d telah tercedera ketika perang Khandaq dan keluar darah dari urat lengannya. Rasulullah SAW telah menyediakan khemah di dalam masjid supaya dia dapat berada bersama Sa`d dengan selesa . Orang ramai tidak terkejut melihat khemah Bânû Ghaffâr di daalam masjid tetapi darah yang mengalir kepada mereka. Mereka berkata “ Wahai Orang didalam khemah , apakah mengalir kepada kami dari kamu ?’ Ia adalah luka Sa`d’ yang terbuka semula , menyebabkan dia meninggal.” [Sahîh al-Bukhârî (463)]

`Â’ishah sekali lagi menakalkan bahawa Rasulullah SAW sedang melakukan Iktikaf di Masjid bersama seorang isterinya yang sedang mengalami perdarahan berterusan dari kemaluannya , dan mungkin meletakkan sesuatu dibawahnya kerana darah tersebut . `Ikrimah mendakwa Aishah telah melihat cecair kekuningan dan berkata : “ Itu seperti apa yang fulan dan fulan sedang alami” [Sahîh al-Bukhârî (309)]

Dalil yang seterusnya yang di kehadapankan yang menunjukkan keharusan ialah, suami boleh megadakan hubungan kelamin dengan isterinya yang megalami pendarahan berterusan dari kemaluannya . Jika darah tersebut tidak suci , Hubungan seks pastinya di larang seperti apabila wanita itu sedang haid. Ini kerana Allah berfirman :

Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci….[Sûrah al-Baqarah: 222] <!–[if !supportLineBreakNewLine]–> <!–[endif]–>

Ini bermakna pendarahan berterusan dari kemaluan bukan “Haid itu adalah kotoran” oleh kerana itu hubungan seks adalah dibenarkan kepada wanita yang mengalami masalah tersebut dan tidak di larang ia dari mengotori bajunya.

Hujah lain ialah badan manusia kekal suci setelah mati . Maka , jika badan kekal suci , darah manusia juga pasti suci , ia seperti darah ikan itu suci dan ia kekal suci apabila ikan itu mati.

Bersabda Rasulullah SAW : “Mukmin tidak akan menjadi tidak suci”

Dari sesetengah para Sahabah telah di ketahui bersolat ketika badan mereka di litupi darah.

Di nakalkan dari Musannaf Ibn Abî Shaybah yang mempunyai sanad yang sahih di mana Bakr berkata : “ Aku lihat Ibn `Umar pecah jerawatnya pada mukanya dan darah keluar darinya . Dia hanya gosokkan ia diantara jarinya kemudian solat tanpa berwudhu kembali” [Sunan al-Bayhaqî (1/141)]

Al-Thawrî menakalkan dari `Atâ’ b. al-Sâ’ib di mana dia berkata “ Aku lihat `Abd Allah b Abî Awfâ dan dia sedang berdarah dengan banyaknya . Dia kemudian berdiri dan solat.” [Musannaf `Abd al-Razzâq (1/148)] Sanadnya Hasan walaupun `Atâ’ seorang yang mudah tersasul pada usia akhirnya , nakalan ini telah diberitakan dari kepadanya dari al-Thawrî ,yang hanya bertemu dangannya pada waktu usia mudanya ketika nakalanya adalah tepat.


Maymûn b. Mahrân berkata : “ Aku melihat Abû Hurayrah meletakkan tangannya pada hidungnya dan darah keluar darinya. Dia menyapu darah tersebut diantara jemarinya , dan kemudia Solat tanpa berwudhu kembali.” [Musannaf Ibn Abî Shaybah (1/128)] tetapi , sanadnya terputus .

Mereka yang mendakwa darah itu tidak suci beralasan bahawa jumlah darah adalah terlalu sedikit maka boleh terlepas pandang . Tetapi , dakwaan tersebut boleh di persoalkan , kerana tanggapan awal kita mestilah samada suci ataupun tidak darah itu tidak bergantung kepada kuantiti darah , sepertimana sedikit atau banyak tidak memberi perbezaan kepada pembatalan wudhu.( Contoh kencing yang sedikit atau banyak membatalkan wudhu ,dll)

Ini merupakan ringkasan dari perbezaan pendapat yang wujud berkenaan kesucian darah manusia. Kita dapat lihat semua Ulama telah bersetuju jika jumlah darah yang sedikit pada badan atau baju , maka solatnya sah . Perbezaan pendapat hanya relevan apabila kuantiti darah itu adalah banyak.

Allah Maha Mengetahui.

Diterjemaah dari : Is Human Blood a Pure Substance?


Oleh: flickerz
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44234

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s