Mewakikan perwalian

Salam

Saya mempunyai sahabat wanita yang akan berkawin x lama lagi….skrg dia dlm proses akan membuat permohonan kebenaran berkahwin di pej agama…untuk makluman ahli panel….semasa mengisi borang perwakilan wali kepada tok kadi….abg sahabat wanita saya nie (abah & atuk dah meninggal) menjadi wali bagi dirinya kerana dialah seorg saudara lelaki dlm keluarga…

Nak jadi cerita…semasa mengisi borang perwakilan wali tersebut…abg tu tlh difahamkan bahawa dia akan jd wali pd adiknya….maka dia pun turunlah tandatangan tanda setuju nak wakilkan wali pernikahan adiknya kepada tok kadi….tapi apabila nak pegi jumpa tok kadi utk lafazkan perwakilan tersebut ia menghilangkan diri….(mungkin dia takut nak jadi wali gamak nyer..mcm2 ler kot dia pk…org kpg ler katakan…)

1) Jadi bagaimana status utk perwakilan wali tersebut???
2) adakah tanpa lafaz dari dia kepada tok kadi sudah memadai dgn adanya satu keterangan bertulis..(yakni borang tersebut)????
3) apakah ia perlu melalui proses lafaz???

Mintak bantuan sebaiknya….

jawapan:

Bismillah,
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

Imam Syafie meriwayatkan dalam hadis sahih bahawa Nabi s.a.w bersabda:

أيما امرأة نكحت بغير إذن وليها فنكاحها باطل ، فنكاحها باطل ، فنكاحها باطل فإن دخل بها فلها المهر بما استحل من فرجها

“Sesiapa perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya maka pernikahannya adalah batal, pernikahannya adalah batal, pernikahannya adalah batal. Dan sekiranya mereka telah bersetubuh maka perempuan itu berhak mendapat mahar di atas apa yang berlaku”. (H.R Syafie, Ahmad, Tirmidhi, Abu Daud dll)

Syarat sah perkahwinan adalah dengan keizinan dan keredhaan wali walaupun tanpa lafaz. Jika abang perempuan tersebut memang telah ternyata bersetuju mengizinkan perkahwinan tersebut dan tandatangan tersebut ternyata dengan keredhaannya, maka dikira perwakilan tersebut adalah sah.

Ini bermakna tandatangan tersebut bukan tiruan atau dipalsukan atau tanpa keredhaan wali. Dan ini jika pejabat kadi memadai hanya dengan borang perwakilan dan tidak mewajibkan kehadiran wali untuk melafazkannya.

Sebaik-baiknya wali tersebut perlu menghadiri majlis akad perkahwinan nanti sebagai tanda keredhaannya. Jika wali tersebut tetap menghilangkan diri, keizinannya telah memadai, seperti pendapat Abu Thaur berdasarkan hadis di atas. (Syarah Muslim oleh Imam Nawawi: 5/123)

Maklumat tambahan mengenai keizinan wali:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0221&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_01.htm&arc=hive

Wallahu a3lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s