MEMBELA HAK WANITA / ISTERI Vol. II : (Janganlah Dikau Sombong)

Penulis: Ummu Salamah As Salafiyyah

Allah Ta’ala berfirman:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا (34)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. sebab itu maka wanita yang baik, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. An Nisa’ : 34)

Ayat yang mulia di atas tidak boleh menjadi dalil bagi seorang suami untuk menyombongkan diri dan merasa tinggi diri dihadapan isterinya. Bahkan yang seharusnya dan sewajarnya ayat ini menambah kasih sayangnya kepada isteri, kerana dia adalah wanita yang lemah dibawah kekuasaannya. Oleh kerana itu janganlah dia memuji wanita lain di hadapannya dan janganlah memukulnya lebih-lebih lagi di hadapan keluarga. Sebagaimana wajib baginya untuk menutupi masalah antara dia dengan isterinya di depan orang lain, dan dia berusaha dengan penuh kesungguhan menyelesaikan masalah tersebut dengan sangat menjaganya agar tidak diketahui orang lain sehingga tidak menyakiti hati isterinya. Dan tidak melukai jiwanya kerana akan berpengaruh pada kejiwaan isteri bila kerabatnya mengetahui masalahnya bersama suaminya.

Termasuk perkara yang paling buruk dan paling mudharat adalah memukul isteri khususnya di depan anak-anaknya kerana hal ini akan merendahkan dan menjatuhkan kehormatannya dan melemahkan keperibadiannya sehingga dia tidak mampu melaksanakan perkara yang wajib baginya iaitu mendidik anak-anaknya. Kemudian, engkau wahai suami, sebelum mengangkat tanganmu apabila hendak memukul isterimu hendaklah engkau ingat bahawa, Allah lebih kuat daripadamu. Apabila kemampuanmu itu mengajakmu untuk menzalimi isterimu maka ingatlah Allah Mampu berbuat demikian terhadapmu.

Abu Mas’ud Al Anshari berkata: “Aku pernah memukul seorang hambaku, maka aku mendengar suara di belakangku: “Ketahuilah wahai Abu Mas’ud, sungguh Allah lebih mampu berbuat demikian terhadapmu daripada apa yang engkau perbuat terhadap hambamu itu”. Maka aku menoleh, ternyata yang berucap demikian adalah Rasulullah . Aku pun berkata: “Ya Rasulullah, hamba ini aku merdekakan kerana mengharap wajah Allah” Rasulullah bersabda: “Bila seandainya engkau tidak melakukannya nescaya api neraka akan menyentuhmu”(HR. Muslim)

TERMASUK HAK ISTERI ADALAH DIMULIAKAN DAN DIPUJI ATAS AMALAN YANG IA LAKUKAN

Keredhaan dan kebahagiaan yang engkau tunjukkan, wahai suami, terhadap apa yang dilakukan isterimu, akan mendorong dia untuk terus menambah kebaikan.
Abu Dawud meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah bersabda:

لا يشكر الله من لا يشكر الناس .

“Tidak akan  bersyukur kepada Allah orang yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia”. (Dishahihkan Syaikh Al Albani di Shahihul Jami’ no. 7719)

Wallahu A’lam dinukil oleh Muh. Rifa’i dari kitab : Al Intishar lihuhuqil Mu’minat. Karya : Ummu Salamah As Salafiyyah Hal. 75 – 77. Penerbit Darul Atsar Yaman Cet. I Th. 2002. Telah diterjemahkan dengan judul buku : Persembahan untukmu Duhai Muslimah Cet. Pustaka Al Haura’ Yogyakarta Penterjemah: Ummu Ishaq Zulfa Husein

darussalaf 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s