gabung nama dgn couple

assalamualaikum para ahli panel yang dihormati….

1 ) ade student tanye sy apa hukum menggabungkan nama sesama couple ? cth: yg lelaki jamal dan yg perempuan milah so jadilah jamila. Kemudian budk2 skrg punye la loving sampi buat key chain , lukis kat tangan nama tu etc . Jadi ade hukum tak @ didiamkan oleh syarak ?

2 ) Benarkah dlm mazhab syafie mengatakan wanita haid haram sentuh / baca quran kecuali dah hafal kmdn boleh ditasmi’ oleh ustaz utk peperiksaan quran ?

3 ) sy ditanya , bagaimana kah utk menghadirkan kecintaan kpd NABI SAW lebih mengatasi cinta pd ibubapa sendiri ? Sebab , mereka merasakan ibubapa adalah segalanya… sy tak tau nak jwb macamane.

p/s : syukran jazilan atas semua jawapan yg diberikan selama ini . Kesemuanya byk membantu sy mengatasi kejahilan diri. Moga ALLAH SWT jua yg akan membalasnya . AMIN

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yukitada dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
1 ) ade student tanye sy apa hukum menggabungkan nama sesama couple ? cth: yg lelaki jamal dan yg perempuan milah so jadilah jamila. Kemudian budk2 skrg punye la loving sampi buat key chain , lukis kat tangan nama tu etc . Jadi ade hukum tak @ didiamkan oleh syarak ?

Tidak ada larangan untuk ‘mereka cipta’ nama atau kombinasi nama, seperti mencipta nama syarikat. Cuma apa tujuannya? Implikasi yang bahaya adalah percampuran wanita dan lelaki yang bukan mahram, bukan penciptaan nama tersebut. Inilah yang disukai syaitan, maka macam-macam jenis pembaziran dan kemaksiatan yang akan dicadangkannya. Begitu juga jangan sampai melukis nama ditangan yang akan berupa tatoo pula, dsb. Banyak implikasi negatif yang akan timbul akibat dari percampuran bebas yang diistilahkan sebagai ‘loving’.

Apabila seorang lelaki sudah ada perasaan terhadap seorang wanita, tidak ada jalan penyelesaian lain (eg: nak buat gelang dsb) melainkan perkahwinan. Sabda Nabi saw

لم نرَ للمتحابَّيْن مثل النكاح

“Tidak ada apa yang kami lihat pada kedua-dua yang menyintai satu sama lain melainkan PERNIKAHAN” [Hadith Riwayat Ibn Maajah; al-Busairi mengkelaskan sebagai sahih].

Nasihatkan mereka agar jangan membazir2, dan tumpukan perhatian kepada pelajaran, dan kalau berhajat, terus nikah. Sila lihat link dibawah :-

SJ-13-0009 : CINTA ITU BUTA
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26556

Quote:
2 ) Benarkah dlm mazhab syafie mengatakan wanita haid haram sentuh / baca quran kecuali dah hafal kmdn boleh ditasmi’ oleh ustaz utk peperiksaan quran ?

Jumhur fuqaha’ melarang wanita membaca al-Quran semasa haid, sehinggalah dia suci, Mazhab Syafie hanya membenarkan wanita haid membaca ayat-ayat al-Quran sebagai ZIKIR atau DO’A, dan perbuatannya tidaklah berbentuk tilawah. Walaubagaimanapun dikalangan mereka membenarkan bacaan al-Quran dari hafazan keatas pelajar-pelajar yang menjalani peperiksaan al-Quran.

Cuma Mazhab lain, membezakan wanita haid dan wanita yang berjunub. Imam Bukhari mengatakan bahawa wanita haid dibenarkan membaca al-Quran dari hafalan. Wanita yang berjunub, memang diharamkan membca al-Quran. [Fatawa wa Ahkam LilMar’ati al-Muslimah, Atiyah Saqr, ms 31].

Persoalan diatas ini hanya melibatkan membaca al-Quran tanpa menyentuh Mushaf.

Quote:
3 ) sy ditanya , bagaimana kah utk menghadirkan kecintaan kpd NABI SAW lebih mengatasi cinta pd ibubapa sendiri ? Sebab , mereka merasakan ibubapa adalah segalanya… sy tak tau nak jwb macamane.

Sikap kecintaan kepada Nabi saw ini lebih berkesan jika ianya dibawa oleh ibu-bapa sendiri. Ada beberapa point yang boleh keutarakan agar mereka dapat memikir semula dengan cara rasional.

1. Kecintaan kepada Nabi saw merupakan perintah Allah swt :-

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). ” [Surah al-Nisaa’ : 80]

Mereka yang ta’at kepada Rasulullah saw telah ta’at kepada Allah.

2. Kegagalan ta’at kepada Rasulullah saw, akan membawa kepada syirik kepada Allah swt.

لَا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri keluar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. “[Surah al-Nur : 63]

Berikut saya petik dari laman web al-sofwah mengenai Cinta kepada Rasul :-

Quote:
Kenapa Cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam ?

Tidak akan mencapai derajat kecintaan kepada Rasul shallallahu alaihi wasalam secara sempurna kecuali orang yang mengagungkan urusan din (agama)nya, yang keinginan utamanya adalah merealisasikan tujuan hidup, yakni beribadah kepada Allah Ta’ala. Dan selalu mengutamakan akhirat daripada dunia dan perhiasannya.

Cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam inilah dengan izin Allah menjadi sebab bagi kita mendapatkan hidayah (petunjuk) kepada agama yang lurus. Karena cinta Rasul pula, Allah menyelamatkan kita dari Neraka, serta dengan mengikuti beliau shallallahu alaihi wasalam kita akan mendapatkan keselamatan dan kemenangan di akhirat.

Adapun cinta keluarga, isteri dan anak-anak maka ini adalah jenis cinta duniawi. Sebab cinta itu lahir karena mereka memperoleh kasih sayang dan manfaat materi. Cinta itu akan sirna dengan sendirinya saat datangnya Hari Kiamat. Yakni hari di mana setiap orang berlari dari saudara, ibu, bapak, isteri dan anak-anaknya karena sibuk dengan urusannya sendiri. Dan barangsiapa lebih mengagungkan cinta dan hawa nafsunya kepada isteri, anak-anak dan harta benda duniawi maka cintanya ini akan bisa mengalahkan kecintaannya kepada para ahli agama, utamanya Rasul shallallahu alaihi wasalam .

Quote:
Bagaimana Agar Mencintai Nabi shallallahu alaihi wasalam ?

a. Hendaknya kita ingat bahwa Nabi shallallahu alaihi wasalam adalah orang yang paling baik dan paling berjasa kepada kita, bahkan hingga dari orang tua kita sendiri. Beliau lah yang mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya, yang menyampaikan agama dan kebaikan kepada kita, yang memperingatkan kita dari kemungkaran. Dan kalau bukan karena rahmat Allah yang mengutus beliau shallallahu alaihi wasalam , tentu kita telah tenggelam dalam kesesatan.

b. Renungkanlah perjalanan hidup Nabi shallallahu alaihi wasalam , jihad dan kesabarannya serta apa yang beliau korbankan demi tegaknya agama ini, dalam menyebarkan tauhid serta memadamkan syirik, sungguh suatu upaya yang tidak bisa dijangkau oleh siapapun.

c. Renungkanlah keagungan akhlak Nabi shallallahu alaihi wasalam , sifat dan sikapnya yang sempurna, rendah hati kepada kaum mukminin dan keras terhadap orang-orang munafik dan musyrikin, pemberani, dermawan dan penyayang. Cukuplah sanjungan Allah atas beliau shallallahu alaihi wasalam :
“Dan sungguh engkau memiliki akhlak yang agung”.

d. Mengetahui kedudukan beliau shallallahu alaihi wasalam di sisi Allah Ta’ala. Beliau shallallahu alaihi wasalam adalah orang yang paling mulia di antara segenap umat manusia, penutup para Nabi, yang diistimewakan pada hari Kiamat atas segenap Nabi untuk memberikan syafa’at uzhma (agung), yang memiliki maqam mahmud (kedudukan terpuji), orang yang pertama kali membuka pintu Surga serta berbagai keutamaan beliau lainnya.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s