Cara Nabi SAW sara hidup

Salam

Saya belum terjumpa kisah dari sirah ttg bagaimana Rasulullah saw menanggung kos sara hidupnya/familinya. Adakah Nabi bekerja mengambil upah? Atau kebanyakan masa baginda byk berada di majlis ilmu @ berdakwah? Mcmn pula puteri2nya?

Ada yg bertanya ttg ke’ummiy’an nabi. Diceritakan bhw sewaktu remaja, nabi pernah bekerja di gudang senjata. Jika benar, bgmn seorg buta huruf boleh manage inventory sedemikian?
(maaf jika soalan keterlaluan Yellow Confused ) jazakallahukhairan

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:
Saya belum terjumpa kisah dari sirah ttg bagaimana Rasulullah saw menanggung kos sara hidupnya/familinya. Adakah Nabi bekerja mengambil upah? Atau kebanyakan masa baginda byk berada di majlis ilmu @ berdakwah?

Rasulullah SAW diutuskan dengan memikul tanggungjawab yg paling besar, iaitu membawa risalah ISLAM kepada seluruh manusia. Oleh itu sejak dibangkitkan sebagai rasul, tidak diriwayatkan baginda menternak binatang, atau bercucuk tanam, atau sibuk dgn perniagaan. Kerana tugas sebagai Rasul, pemimpin, pendakwah, tidak memberi ruang kepada baginda sibuk dengan dunia.

oleh itu, Allah Taala menjadikan punca rezeki baginda ialah pada JIHAD FI SABILILLAH.

-dalam surah al-Hasyr ayat 7 menerangkan bahawa harta fai’ (yg diambil dari org kafir tanpa pertempuran) adalah menjadi milik Allah, rasulNya, kaum keluarganya, anak2 yatim, org2 miskin, dan ibn sabil.
daripada harta fai’ itulah Nabi SAW menyara kehidupan keluarganya. sebagaimana athar Umar al-Khattab mengatakan harta fai’ yg diambil dari Bani Nadhir yang dirampas tanpa pertempuran adalah menjadi milik Rasulullah SAW, lalu baginda menghulurkan sebahagiannya kepada keluarganya untuk nafkah selama setahun.

begitu juga harta ghanimah (rampasan perang dengan pertempuran), ada bahagiannya untuk Rasulullah SAW dan kaum keluarganya seperti yg dijelaskan dalam surah al-Anfal ayat 41.

Baginda sendiri mengakui perkara ini dalam hadisnya yg masyhur: “Dijadikan rezekiku di bawah bayangan tombak”.
Ibn Hajar mengatakan: Hadis ini memberi isyarat:
-tentang kelebihan (berperang menggunakan) tombak.
-dihalalkan harta rampasan perang kepada umat muhammad SAW.
rezeki Nabi SAW adalah daripada cara ini, tidak dengan cara lain.
-punca rezeki dengan cara ini adalah mata pencarian yg paling baik di sisi sebahagian ulama.

Quote:
Mcmn pula puteri2nya?

selama mereka belum berkahwin, Nabi lah yg menanggung sara hidup mereka. tapi selepas berkahwin, ia menjadi tanggungjawab suami masing2.

Quote:
Ada yg bertanya ttg ke’ummiy’an nabi. Diceritakan bhw sewaktu remaja, nabi pernah bekerja di gudang senjata. Jika benar, bgmn seorg buta huruf boleh manage inventory sedemikian?

ana tak pernah dengar perihal Nabi pernah jaga gudang senjata. mungkin ada sahabat2 lain yg tahu boleh jelaskan..

wallahu a’lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s