Bercerai ketika marah di luar mahkamah

Salam

Ada satu kes di tpt saya…yg mana si suami telah berkata pada si isteri nya…”kalo hang kuar rumah jatuh talak 3″…..lepas pada tu…si suami panggil jiran sebelah dia…dia bg tau kat jiran tu…”kalo isteri aku kuar rumah nie…dia jatuh talak 3″…lepas reda dari prasaan marah tersbt…sisuami kata dia tarik balik kata2 tersbt…

maka si isteri pun kuar rumah jugak…mahukan kepastian dr pihak pej agama…sama ada kata2 si suami tu jatuh talak atau sebaliknya…maka pihak pej agama kata…kalo mengikut hukum dari lafaz tersbt…ia jatuh talak…dan pasangan tersbt perlu mengikut prosuder undang2…iaitu dapatkan pengesahan lafaz cerai tersbt di mahkamah…..

Pihak pej agama kata….si suami kena keluar rumah buat sementara…dan tidak boleh bersama dgn si isteri sehingga keputusan pengesahan lafaz tersbt tercapai….kalo jatuh…maka terpisahlah…dan jika sebaliknya…bolehlah kembali bersama….

Soalannya…

1)adakah benar pandangan tersebut???iaitu pihak suami tidak boleh bersama sementara menunggu keputusan mahkamah…

2) jika benar….bagaimana kalo pasangan tersebut masih duduk serumah sewaktu menunggu keputusan pengesahan tersbt???

3) adakah tindakan yg sepatutnya dikenakan kpd mereka???

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

perlu dijelaskan awal-awal, dalam kes melibatkan nikah cerai, rujukannya adalah Pejabat Agama. Dan keputusannya selagi dalam lingkungan ijtihadiyyah mestilah diterima. lebih2 lagi, kes-kes nikah cerai perlu diceritakan secara jelas dan detail di hadapan qadhi/pegawai agama, yg akan membuat keputusan berdasarkan hukum syarak dan maslahah.

walaubagaimanapun, dari sudut hukum syarak, boleh dibincangkan.

Quote:
lepas reda dari prasaan marah tersbt…sisuami kata dia tarik balik kata2 tersbt…

lafaz cerai apabila sudah dituturkan, tidak boleh ditarik kembali. cuma, kalau dituturkan dalam keadaan marah yang teramat sangat sehingga sampai tahap dia tidak berfikir lagi ketika menuturkannya, maka dalam kes begini, barulah tidak jatuh talak. kerana hadis: Tiada talak dalam keadaan marah.

Quote:
1)adakah benar pandangan tersebut???iaitu pihak suami tidak boleh bersama sementara menunggu keputusan mahkamah…

apabila seseorang telah menjatuhkan talak terhadap isteri, maka hukum-hakam talak telah berkuatkuasa serta merta. sekalipun belum dilaporkan kepada mahkamah atau belum mendapat pengesahan rasmi mahkamah.
dalam kes di atas, zahirnya, telah jatuh talak. dan berjalanlah hukum iddah. selama iddah itu, suami wajib memberi tempat tinggal kepada isterinya, dan haram dia duduk sekali di rumah tersebut, kecuali ada mahram lain.

Quote:
2) jika benar….bagaimana kalo pasangan tersebut masih duduk serumah sewaktu menunggu keputusan pengesahan tersbt???

oleh kerana dari sudut batinnya, talak sudah terjatuh, dan pej agama pun sudah mengarahkan suami duduk berasingan, maka haramlah duduk bersama dalam satu rumah. kerana:
-membawa kepada khalwat
-memberi mudarat kepada wanita itu, dan si suami dilarang membawa mudarat terhadap si isterinya (yg dicerai) dalam tempat tinggal sbagaimana dalam surah al-Talaq ayat 6.

wallahu a’lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s