Apakah disunnahkan poligami di dalam Islam

Allah Ta’ala berfirman:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا (3)

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil , Maka (kawinilah) seorang sahaja , atau hamba-hamba yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat kezaliman. (QS. An Nisa’ : 4)

-Berlaku adil ialah perlakuan yang adil di dalam memenuhi hak isteri seperti pakaian, tempat tinggal, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriyah.
-slam memperbolehkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum turunnya ayat ini poligami sudah wujud, dan pernah pula dilakukan oleh para nabi sebelum nabi Muhammad. Ayat ini membataskan poligami sehingga empat orang sahaja.

– APAKAH DISUNNAHKAN POLIGAMI DI DALAM ISLAM ?

Poligami ini disunnahkan apabila seorang lelaki dapat berlaku adil kepada iseri-isterinya berdasarkan firman Allah Ta’ala:

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

“Namun apabila kamu khuatir tidak dapat berbuat adil maka nikahilah satu wanita sahaja” (QS. An Nisa: 3)

Dan juga apabila dia merasakan dirinya aman daripada terfitnah dengan mereka dan aman daripada mensia-nsiakan hak Allah dengan sebab mereka, aman pula dari dilalaikan daripadamelakukan ibadah kepada Allah kerana mereka. Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya isteri-isteri dan anak-anak kalian adalah musuh bagi kalian maka berhati-hatilah dengan mereka”. (QS. At Taghabun: 14)

Di samping itu dia melihat dirinya mampu untuk menjaga kehormatan mereka dan melindungi mereka hingga mereka tidak ditimpa kerosakan kerana Allah tidak menyukai kerosakan. Si lelaki mesti mampu pula menafkahi mereka. Allah Ta’ala berfirman:

وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

“Hendaklah mereka yang belum mampu untuk menikah menjaga kehormatan dirinya hingga Allah mencukupkan mereka dengan keutamaan daripada-Nya” . (QS. An Nur:33)

(Dinukil daripada “Fiqh Ta’addud Az Zawjaat”, hal. 5)

Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i pernah ditanya tentang hukum poligami, apakah sunnah? beliau menjawab: “Bukan sunnah, akan tetapi hukumnya jaiz (boleh)”.

• SEBUAH PETIKAN TENTANG KEADILAN SALAF

Ibnu Abi Syaibah Rahimahullah berkata di dalam “Al Mushannaf” (4/387): Telah menceritakan kepada kami Abu Dawud Ath Thayalisi daripada Harun bin Ibrahim dia berkata: Aku mendengar Muhammad berkata terhadap seseorang yang memiliki dua isteri: “Dibenci dia berwudlu hanya di rumah salah seorang isterinya sementara di rumah isteri yang lain dia tidak pernah melakukannya”. (Atsar ini shahih)

Selanjutnya beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Jarir daripada Mughirah dari Abi Muasyir dari Ibrahim tentang seseorang yang mengumpulkan beberapa istri : “Mereka menyamakan di antara isteri-isterinya sampaipun sisa gandum dan makanan yang tidak dapat lagi ditakar/ditimbang (kerana sedikitnya) maka mereka tetap membahaginya tangan pertangan”. (Atsar ini shahih dan Abu Muasyir adalah Ziyad bin Kulaib, seorang yang tsiqah)

– PERINGATAN

Di antara manusia ada yang tergesa-gesa dan bersegera melakukan poligami tanpa pertimbangan dan berfikir sehingga dia menghancurkan kebahagiaan keluarganya dan memutuskan ikatan tali (pernikahannya) dan menjadi seperti orang yang dikatakan oleh seorang A’rabi (dalam bait syairnya):

Aku menikahi dua wanita kerana kebodohanku yang sangat
Dengan apa yang justeru mendatangkan sengsara
Tadinya aku berkata, aku kan menjadi seekor domba jantan di antara keduanya
Merasakan kenikmatan di antara dua biri-biri betina pilihan
Namun kenyataannya, aku laksana seekor biri-biri betina yang berputar di pagi dan malam hari di antara dua serigala
Membuat redha istri yang satu ternyata mengobarkan amarah isteri yang lain
Hingga aku tak pernah selamat dari satu di antara dua kemurkaan
Aku terperosok ke dalam kehidupan nan penuh kemudharatan
Demikianlah mudharat yang ditimbulkan di antara dua madu
Malam ini untuk isteri yang satu, malam berikutnya untuk isteri yang lain, selalu sarat dengan cercaan dalam dua malam
Maka bila engkau suka untuk tetap mulia dari kebaikan
yang memenuhi kedua tanganmu hiduplah membujang
namun bila kau tak mampu, cukup satu wanita, hingga mencukupimu daripada beroleh kejelekan dua madu

Bait syairnya yang dikatakan A’rabi ini tidak benar secara mutlak, tetapi barangsiapa yang takalluf (memberat-beratkan dirinya) melakukan poligami tanpa disertai kemampuan memberikan nafkah, pendidikan dan penjagaan yang baik, maka kemungkinan akan menimpanya apa yang dikisahkan oleh A’rabi itu yaitu berupa kesulitan dan kepayahan.

Wallahu A’lam (sumber dari kitab : Al Intishar lihuhuqil Mu’minat. Karya : Ummu Salamah As Salafiyyah Hal. 154 -. Penerbit darul Atsar Yaman Cet. I Th. 2002. Telah diterjemahkan dengan judul buku : Persembahan untukmu Duhai Muslimah Cet. Pustaka Al Haura’ Yogyakarta)

darussalaf 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s