Menyanyi, sukan xtreme, dan jual binatang

Salam

Minta pandangan panel al-ahkam ttg pendpt2 sesetengah golongan agama spt d bwh kononnya diHARAMkan:-

– menyanyi/melakonkan lagu2&aksi2 org yg dah meninggal spt Allahyarham T.S PRamlee, sbb kata mereka nanti ‘si mati diseksa dlm kubur’.

– melibatkan diri dlm aktiviti2 spt main roller-coster, drive F1, Xtreme sports, masuk Fear Factor dsb – sbb berpotensi menyebabkan BAHAYA pd nyawa+sia2.

– berjual-beli (i) kucing; & (ii) bekalan air (alasannya air adalah t/jawab pemerintah).

jwpn ringkas dialu2kan. 10Q

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وبعد

Quote:
– menyanyi/melakonkan lagu2&aksi2 org yg dah meninggal spt Allahyarham T.S PRamlee, sbb kata mereka nanti ‘si mati diseksa dlm kubur’.

-jawapan ini tiada kena mengena dengan mana-mana individu samada yang hidup atau yang telah mati.

-Antara kaedah2 Islam yang disepakati ialah: Sesiapa yang menjadi penyebab dan petunjuk kepada sesuatu amalan baik, maka dia akan mendapat pahala setiap orang yang mengikutinya sehingga hari qiamat. dan sesiapa yang menunjukkan kepada satu amalan buruk, maka dia mendapat habuan dosa orang yang mengikutinya sehingga hari qiamat.

-Berkenaan dengan soalan ini, perlu dirujuk kepada hukum lakonan, dan hukum nyanyian. Di sana ada perselisihan di kalangan ulama. sekiranya orang yang menyanyi dan berlakon itu berpegang kepada fatwa yang mengharuskan nyanyian dan lakonan, maka tidaklah dia termasuk di dalam orang-orang yang menunjukkan kepada kejahatan, sekalipun ada orang lain menganggapnya sebagai haram.

-Tetapi jika baginya nyanyian dan lakonan itu adalah HARAM, atau bercampur dengan unsur-unsur yang haram, maka si artis itu termasuklah di kalangan orang yg berdosa, dan persembahannya di khalayak ramai atau di kaca TV adalah penyebab kepada orang lain mencontohinya. maka dibimbangi dia menanggung dosa orang yang mengikutinya.

-Walaupun begitu, perkara ini mesti dijadikan INGATAN kepada kita yang hidup supaya tidak menjadi penyebab kepada amalan maksiat, dan bukannya kita MENGHUKUM mana-mana orang yang telah mati, bahawa dia diazab atau tidak. Itu urusan Allah. Kita tidak dipertanggungjawabkan terhadap urusan ALlah, tetapi dipertanggungjawabkan ke atas urusan kita.

Quote:
– melibatkan diri dlm aktiviti2 spt main roller-coster, drive F1, Xtreme sports, masuk Fear Factor dsb – sbb berpotensi menyebabkan BAHAYA pd nyawa+sia2.

-Hukum asal bagi setiap aktiviti samada sukan atau lain-lain adalah HARUS, melainkan jika ada unsur2 lain yang mengubahnya kepada HARAM.

-antara faktor luar yang menyebabkan HARAM sesuatu aktiviti ialah: JIKA DIYAKINI IA MEMBAWA KEPADA KEMATIAN ATAU KEMUDHARATAN. berdasarkan kepada ayat al-Quran: “Dan
janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan”. Dan kaedah feqah yang masyhur “Tiada (mesti dielakkan) kemudaratan”.

-Oleh itu, -Wallahu A’lam- kami tidak melihat permainan sukan2 lasak termasuk dalam perkara2 Haram, lebih2 lagi mereka yang memasukinya sudah tentu mendapat latihan dan mempelajari tips berdepan dengan kecemasan.

-masuk Fear Factor: Jika di sana ada unsur2 HARAM, seperti makan najis, berenang dalam tempat bernajis, maka HARAM lah aktiviti tersebut. Kerana kita diperintah supaya menjauhi perkara2 najis.
begitu juga aktiviti2 yang menyebabkan kecederaan pada anggota badan, seperti berjalan di atas api, di atas kaca yang membawa kemudaratan pada badan, maka hukumnya HARAM.

Quote:
– berjual-beli (i) kucing; & (ii) bekalan air (alasannya air adalah t/jawab pemerintah).

JUAL BELI KUCING
di sana ada dua pendapat Ulama:

pertama: HARUS, iaitu pendapat jumhur ulama, 4 mazhab, dan sebahagian pendapat salaf seperti Ibn Abbas, al-Hasan, Ibn Sirin, al-Hakam, Hammad, Al-Thauri, dll.

kedua: HARAM, (setengah kata Makruh), iaitu pendapat Ahmad dalam satu riwayat, sebahagian salaf spt Abu Hurairah, Tawus, Mujahid, Jabir dll.
mereka berdalilkan kepada satu hadis sahih: Nabi ditanya tentang duit hasil jual beli kucing. lalu Nabi melarang daripadanya. -Sahih Muslim.

Dari sudut kaedah2 istinbat hukum, pendapat yang mengatakan HARAM lebih kuat kerana sabit dalam hadis sahih Nabi melarangnya. Dan asal kepada larangan syarak ialah HARAM melainkan dengan dalil lain yang mengubahnya.
walaubagaimana pun, jumhur melihat larangan itu sebagai larangan makruh tanzih.

JUAL BELI AIR
Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan larangan menjual air. Namun, setelah dikumpulkan segala hadis2 berkaitan dengan hukum ini, para ulama membuat kesimpulan;

-air yang berada dalam sungai atau laut, haram dijual. kerana itu adalah hak kepunyaan semua.
-orang yang menceduk air sungai atau laut, kemudian membawa balik air itu, HARUS menjualnya kerana ia sudah menjadi hak milik khusus baginya. sebagaimana orang yang mengutip kayu api di hutan HARUS menjualnya kerana telah menjadi miliknya.
-orang yang mempunyai telaga atau mata air di satu kawasan tanaman, dan air telaganya MELEBIHI keperluan dirinya, maka HARAM menghalang orang lain mengambil airnya secara percuma untuk tujuan menyiram tumbuhan2 di sekitarnya.

Wallahu A’lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s