Hukum Lukis Kartun dan Komik Kartun

Salam

Sila klik:
1. http://www.anamuslim.com.my
2. http://www.alwancomics.com/

Itu dua contoh Komik Islamik yang saya pernah jumpa.

Terdapat hadith shahih Bukhari berkenaan larangan melukis gambar mahkluk bernyawa. Bagaimana sebenarnya cara membolehkan gambar mahkluk bernyawa dilukis? Jika melukis sebahagian saja contohnya kepala hingga paras dada, tidak sempurna hingga ke kaki, adakah ia juga dilarang?

Syukran.

jawapan:

Assalamu’alaikum. Sedikit tambahan.

Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi didalam fatwanya mengatakan bahawa penggunaan lukisan kartun adalah diperbolehkan melebihi gambar fotografi biasa. Berikut adalah penjelasan beliau :-

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi wrote:

الأول: أن (الرسوم الكارتونية) ليست صورًا كاملة، بل هي صور ذات طبيعة خاصة، لا تستجمع كل ملامح الصورة الحقيقية.

والثاني: أنها تستخدم لأغراض دعوية وتربوية وتثقيفية، والأولاد الصغار يقبلون عليها غاية الإقبال، ويتابعونها، ويتأثرون بها، فينبغي علينا ألا نهمل هذه الوسيلة المحببة، وأن نستخدمها في تعليم الأطفال والمراهقين ما ينبغي أن يتعلموه من العقائد والقيم والمفاهيم.

الثالث: أن الآخرين استخدموا هذه الوسيلة من مدة طويلة، وغزونا بها غزوا كاسحا في التليفزيونات المختلفة في أوطاننا، وغدت هذه المسلسلات الكرتونية هي الغذاء اليومي الشهي لأبنائنا وبناتنا، وقد أدمـن الجميع عليه، ولـم يعد من السهل فطامهم عنه، إلا بـ (بديل إسلامي) مناسب، يحمل نفس العناصر التعليمية والتشويقية، التي تجذب الأطفال بسهولة.

بل إني أرى أنه من المتعين علينا أن نخوض هذه المعركة الإعلامية الفنية بكل قوة، حتى نسد هذه الثغرة، ونلبي هذه الحاجة الملحة، بأدوات تعبر عن ديننا ورسالتنا وحضارتنا وتقاليدنا، فهذا من فروض الكفاية الواجبة اليوم على الأمة في مجموعها.

وعلى أهل الاختصاص القادرين من أهل الإبداع الأدبي والفني الملتزم، على إنتاج مثل هذه البرامج، وأن يسارعوا بها، وعلى غيرهم من أهل السلطان، وأصحاب المال، أن يعينوهم على أداء هذه الرسالة النافعة والضرورية. ورحم الله كل من أسهم في هذا العمل بنصيب.

sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528609782

Ringkasan fatwa :-

“1. Kartun yang dilukis adalah khas bentuknya; bentuknya tidak menyerupai semua objek penghiduoan sebenar.

2. Kartun di gunakan untuk tujuan dakwah, pelajaran dan kebudayaan, lebih-lebih lagi kanak-kanak sangat tertarik kepadanya dan selalu menonton program (kartun) tersebut.

3. Dunia barat telah lama menggunakan kaedah ini didalam menerapkan budaya kedalam minda semua kanak-kanak didunia Islam, dimana sudah sampai tahap tidak boleh merenggangkan kanak-kanak dari menonton program kartun.

Bagi menghadapi pencerobohan budaya ini, kita hendaklah menyediakan alternatif lain bagi kanak-kanak Islam dengan siri yang mempunyai unsur-unsur tarikan dan juga unsur-unsur pendidikan. Kita hendaklah menggunakan metod-metod yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja didalam mengajar nilai akhlak dan membentuk prinsip-prinsip and aqidah Islam didalam jiwa mereka.

Malah, saya melihat dengan semua alasan ini, kita hendaklah memasuki peperangan media ini dengan menggunakan senjata penzahiran agama, budaya dan tradisi kita. Adalah menjadi Fardu Kifayah bagi masyarakat kita untuk terjun dan menguasai bidang seni kreatif ini. Artis Muslim yang komited yang specialise didalam bidang ini hendaklah digembelingkan tenaga mereka bagi mengeluarkan program-program yang berfaedah dan terbitan bersiri seperti ini. Pihak-pihak berkuasa dan dermawan Islam hendaklah membantu mereka didalam menyampaikan mesej yang berguna dan wajib ini. Moga-moga Allh memberkati sumbangan mereka didalam kerja mulia ini”

Demikian pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menekankan betapa perlunya memperbanyakkan siri-siri kartun Islam yang berbentuk mendidik akhlak, budaya dan agama didalam minda kanak-kanak kita. Disebabkan fenomena kartun ini tidak dapat dielakkan, umat Islam hendaklah mengambil peluang dan kaedah ini bagi menarik minat kanak-kanak kepada Islam.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s