Hadirnya Wanita Dalam Shalat Berjamaah di Masjid


Sejak zaman Nubuwwah, kehadiran wanita dalam shalat berjamaah di masjid bukanlah sesuatu yang asing. Wujud shahabiyah ada yang ikut menghadiri shalat berjamaah di belakang para shahabat walaupun itu tidak wajib bagi mereka. (Lihat kembali Salafy edisi IX/Rabiul Akhir 1417/1996 rubrik Ahkam yang membahas tentang hukum shalat berjamaah bagi wanita dan lihat pula edisi XVI/Dzulhijjah 1417/1997 rubrik Kajian Kali Ini).

Ada beberapa dalil daripada sunnah yang shahihah yang menunjukkan penyertaan wanita di dalam shalat berjamaah di masjid. Tiga di antaranya kami sebutkan di sini :

  • Hadits daripada Aisyah radliyallahu ‘anha, beliau berkata :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengakhirkan shalat Isya sehingga Umar memanggil beliau (dengan berkata) : “Telah tertidur para wanita dan anak‑anak.” Maka keluarlah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata : “Tidak ada seorang pun selain kalian daripada penduduk bumi yang menanti shalat ini.” (HR. Bukhari dalam kitab Mawaqit Ash Shalah 564 dan Muslim kitab Al Masajid 2/282)

Imam Nawawi di dalam syarahnya terhadap hadits di atas berkata : “Ucapan Umar (Telah tertidur para wanita dan anak‑anak) yakni di antara mereka yang menanti didirikannya shalat berjamaah di masjid.”

  • Dalam hadits lain, Aisyah radliyallahu ‘anha menyatakan :

“Mereka wanita-wanita beriman menghadiri shalat shubuh bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan berselimut dengan kain‑kain mereka. Kemudian para wanita itu kembali ke rumah‑rumah mereka hingga mereka (selesai) menunaikan shalat tanpa ada seorangpun yang mengenali mereka kerana masih gelap.” (HR. Bukhari 578)

  • Hadits daripada Abi Qatadah Al Anshari radliyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya aku berdiri untuk menunaikan shalat dan berkeinginan untuk memanjangkan shalat itu. Lalu aku mendengar tangisan bayi maka akupun memendekkan shalatku kerana khuatir (tidak suka) memberatkan ibunya.” (HR. Bukhari 868, Abu Daud 789, Nasa’i 2/94‑95 dan Ibnu Majah 991)

Keizin Bagi Wanita Untuk Keluar ke Masjid

Shalatnya seorang wanita di rumahnya lebih utama daripada shalatnya di masjid (lihat  Ahkam, Salafy edisi IX). Namun ini tidak bererti wanita dilarang dan wajib dihalang apabila dia ingin hadir berjamaah di masjid, ini kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Apabila wanita (isteri) salah seorang daripada kalian meminta izin untuk ke masjid maka janganlah dia menghalangya.” (HR. Bukhari 2/347 dalam Fathul Bari, Muslim 442, dan Nasa’i 2/42)

Salim bin Abdullah bin Umar menceritakan bahawasanya Abdullah bin Umar radliyallahu ‘anhuma berkata : Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Janganlah kalian melarang isteri‑isteri kalian daripada ke masjid apabila mereka meminta izin untuk mendatanginya.” (HR. Bukhari dan Muslim 442 dan hadits yang disebutkan di sini menurut lafadh Muslim)

Salim berkata : Bilal bin Abdullah bin Umar lalu berkomentar: “Demi Allah, kami benar‑benar akan melarang mereka.”

(Mendengar ucapan seperti itu, ‑pent.) Abdullah bin Umar memandang Bilal kemudian mencelanya dengan celaan yang buruk yang aku sama sekali belum pernah mendengar celaannya seperti itu terhadap Bilal. Dan Abdullah berkata : “Aku khabarkan kepadamu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu engkau membalas dengan ucapanmu, ‘demi Allah, kami benar‑benar akan melarang mereka!'”

Beberapa Perkataan Ulama Di Dalam Permasalahan Ini

Berkata Imam Nawawi rahimahullah : Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“Janganlah kalian melarang hamba‑hamba perempuan Allah daripada masjid‑masjid Allah”

Dan yang semisalnya daripada hadits‑hadits di dalam bab ini menunjukkan bahawa wanita tidak dilarang hadir ke masjid akan tetapi wajib memenuhi syarat‑syarat yang telah disebutkan oleh ulama yang diambil daripada hadits‑hadits yang ada. Seperti wanita itu tidak memakai wangi‑wangian, tidak berhias, tidak mengenakan gelang kaki yang boleh terdengar bunyinya, tidak mengenakan pakaian mewah, tidak bercampur-baur dengan lelaki, dan wanita itu bukan remaja puteri (pemudi) yang dengannya dapat menimbulkan fitnah serta tidak ada perkara yang dikhuatiri kerosakannya di jalan yang akan dilewati dan semisalnya. (Syarhu Muslim 2/83)

Syaikh Musthafa Al Adawi hafidzahullah memberi komentar terhadap ucapan Imam Nawawi di atas :
Terhadap ucapan Imam Nawawi rahimahullah tentang larangan remaja puteri (pemudi untuk hadir ke masjid) perlu dilihat kembali. Kami belum menemui dalil yang jelas yang melarang pemudi atau membezakan antara pemudi dan yang selainnya untuk pergi ke masjid. (Jami’ Ahkamin Nisa‘ juz 1 halaman 278)

Imam Nawawi juga berkata di dalam Al Majmu’ Syarhul Muhadzdzab 4/199 :  Larangan dalam hadits : “Janganlah kalian melarang hamba‑hamba perempuan Allah dari masjid‑masjid Allah.”

Hal ini merupakan larangan tanzih/makruh (bukan larangan yang menunjukkan tahrim/haram, pent.) kerana hak suami agar isteri tetap tinggal di rumah wajib dipenuhi. Maka janganlah si isteri meninggalkannya untuk mengerjakan amalan yang tidak wajib. 

Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah di dalam Al Muhalla-nya menyatakan :

“Tidak halal bagi wali wanita dan tidak juga bagi majikan hamba wanita untuk melarang keduanya menghadiri shalat berjamaah di masjid jika diketahui bahawa mereka memang hendak shalat. Dan tidak halal bagi mereka (kaum wanita) untuk keluar dalam keadaan memakai wangi‑wangian dan mengenakan pakaian yang indah (mewah). Bila si wanita melakukan hal demikian maka hendaklah dicegah.” (Al Muhalla 2/170)

Al Baihaqi rahimahullah menyebutkan di dalam Sunan-nya (3/133) bahawa perintah untuk tidak melarang wanita merupakan perintah yang sunnah dan bersifat bimbingan, bukan perintah yang menunjukkan fardhu dan wajib.

Syaikh Musthafa Al Adawi berkata :

“Bila tidak dijumpai adanya sebab yang dapat menghalangi keluarnya wanita menuju ke masjid maka wajib bagi suami untuk mengizinkannya kerana adanya larangan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam daripada mencegahnya. Wallahu a’lam.” (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/279)

Syaikh Abu Ishak Al Huwaini Al Atsari hafidhahullah dalam kitabnya, Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 72‑74) setelah membawakan hadits yang ertinya :

“Apabila isteri salah seorang daripada kalian meminta izin untuk ke masjid maka janganlah dia mencegahnya.”

Syaikh menyatakan : Di dalam hadits ini menunjukkan bahawa keluarnya isteri wajib dengan izin suami. Seandainya si suami menahan isterinya (untuk keluar) maka si suami tidak berdosa menurut pendapat yang terpilih daripada pendapat-pendapat para Ahli Tahqiq dan telah berkata Al Baihaqi : “Dengan inilah majoriti ulama berpendapat.”

Adapun hadits yang berbunyi :

“Janganlah kalian melarang hamba‑hamba perempuan Allah daripada masjid‑masjid Allah”

Perintah di sini (yakni perintah untuk tidak melarang wanita ke masjid, pent.) tidaklah menunjukkan wajib. Ini kerana seandainya wajib, maka tidak ada maknanya meminta izin. Wallahu a’lam

Pendapat Aisyah radliyallahu ‘anha dan Bimbingannya

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan ucapan Aisyah radliyallahu ‘anha :

“Seandainya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sempat menemui apa yang diada‑adakan oleh para wanita (saat ini) nescaya beliau akan melarang mereka sebagaimana dilarangnya wanita‑wanita Bani Israil.” (HR. Bukhari hadits 869 dan dikeluarkan juga oleh Muslim 445)

Dalam riwayat Muslim disebutkan : Salah seorang rawi bertanya kepada Amrah binti Abdirrahman (murid Aisyah yang meriwayatkan hadits ini daripadanya) : “Apakah para wanita Bani Israil dilarang ke masjid?” Amrah menjawab : “Ya, adapun hal‑hal baru yang diperbuat para wanita Bani Israil di antaranya memakai wangi‑wangian, berhias, tabarruj, ikhtilath, dan kerosakan‑kerosakan lainnya.”

Ibnu Hajar rahimahullah berkata di dalam Fathul Bari (2/350) : “Shalatnya wanita di rumahnya lebih utama baginya kerana terjamin aman daripada fitnah. Dan yang menguatkan hal ini setelah munculnya perbuatan tabarruj dan mempamer perhiasan yang dilakukan oleh para wanita. Terlebih lagi Aisyah radliyallahu ‘anha telah berkata dengan apa yang dia katakan. Sebahagian orang berpegang dengan ucapan Aisyah ini untuk melarang wanita (ke masjid) secara mutlak dan pendapat ini perlu ditinjau kembali.”

Beliau berkata lagi : “Aisyah mengaitkan larangan dengan syarat, yang ia menganggap bila Nabi sempat melihat (perbuatan para wanita itu) nescaya beliau akan melarangnya. Dengan demikian, dikatakan kepada orang yang berpendapat wanita dilarang secara mutlak (ke masjid) bahawa Nabi tidak sempat melihat (perbuatan para wanita itu) dan beliau tidak melarang, hingga hukum (kebolehan wanita ke masjid dan larangan untuk mencegah mereka, pent.) terus berlaku … .”

Berkata Syaikh Musthafa Al Adawi setelah membawakan riwayat Aisyah di atas :

Ini merupakan pendapat Aisyah radliyallahu ‘anha berkenaan dengan keluarnya wanita ke masjid … . Beliau berpendapat (perlunya) larangan kerana sebab yang disebutkan. Pendapat ini memiliki erti bila ada fitnah dan adanya kerisauan terhadap kaum lelaki dan wanita daripada fitnah itu. Akan tetapi kita kembali dan kita katakan : Pendapat ini tempatnya bila fitnah terwujud nyata. Adapun melarang mereka kerana (menganggap) semata‑mata ke masjid itu adalah fitnah maka ini pendapat yang lemah. Allah Ta’ala telah berfirman :

“Dan tidaklah Tuhanmu lupa.” (QS. Maryam : 64)

“Tidaklah Kami luputkan sesuatu pun di dalam Kitab ini.” (QS. Al An’am : 38)

Dan layak untuk kami (Musthafa Al Adawi) nukilkan di sini ucapan Al Hafidh Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari 2/350. Beliau menyatakan : ” … dan juga Allah subhanahu wa ta’ala telah mengetahui apa yang akan mereka (para wanita) lakukan. Namun Allah tidak mewahyukan kepada Nabi‑Nya untuk melarang mereka (mendatangi masjid). Seandainya apa yang mereka lakukan mewajibkan untuk melarang mereka dari ke masjid, nescaya melarang mereka daripada selain masjid seperti pergi ke pasar‑pasar adalah lebih utama. Dan juga perbuatan yang diada‑adakan itu hanya dilakukan oleh sebahagian wanita, tidak seluruhnya. Maka pengkhususan larangan (penunjukkan larangan) ditujukan kepada wanita yang berbuat sedemikan rupa. Yang lebih utama adalah menilik perkara yang dikhuatiri akan menimbulkan kerosakan, lalu menghindarinya berdasarkan isyarat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan melarang memakai wangi‑wangian dan berhias.” (Lihat Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/280) ]

Ibnu Hazm rahimahullah di dalam Al Muhalla (3/ 134) menyebutkan enam sisi bantahan terhadap orang yang berhujjah dengan ucapan Aisyah radliyallahu ‘anha ini untuk melarang wanita ke masjid secara mutlak. Dua sisi di antaranya kami sebutkan secara ringkas di bawah ini :

Sisi pertama : Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak sempat melihat apa yang diperbuat para wanita, maka beliau tidak melarang mereka ke masjid. Apabila beliau sendiri tidak melarang mereka (ke masjid) maka bererti melarang mereka adalah bid’ah dan kesalahan. Ini sama dengan firman Allah Ta’ala :

“Wahai isteri‑isteri Nabi, siapa di antara kalian yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata nescaya akan dilipatgandakan siksaan padanya dua kali lipat … .” (QS. Al Ahzab : 30)

Maka mereka sama sekali tidak mengerjakan perbuatan keji yang nyata sehingga tidak dilipatgandakan adzab bagi mereka, walhamdulillah. Dan juga seperti firman Allah Ta’ala :

“Jikalau sekiranya penduduk negeri‑negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi.” (QS. Al A’raf : 96)

Maka mereka tidak beriman sehingga tidak dibukakan barakah bagi mereka.

Sisi Kedua : Aisyah radliyallahu ‘anha tidak berpendapat melarang para wanita kerana sebab itu dan beliau tidak berkata : “Laranglah mereka kerana apa yang mereka lakukan.” Akan tetapi Aisyah mengkhabarkan : “Seandainya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup nescaya beliau melarang mereka … .”

Kami katakan : Seandainya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang mereka, kami pun melarang mereka. Dan apabila beliau tidak melarang maka kami pun tidak melarang mereka.

Syarat‑Syarat Yang Harus Dipenuhi

Wanita dibolehkan menghadiri shalat berjamaah di masjid namun wajib memenuhi ketentuan‑ketentuan yang ditetapkan syariat seperti tidak memakai wangi‑wangian sebagaimana dikhabarkan oleh Zainab Ats Tsaqafiyah, isteri Abdullah bin Mas’ud radliallahu anhuma. Dia berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada kami :

“Apabila salah seorang daripada kalian (para wanita) ingin menghadiri shalat di masjid maka janganlah dia menyentuh wewangian.” (HR. Muslim 4/163, Ibnu Khuzaimah 1680, dan Al Baihaqi 3/439)

Demikian juga hadits Abi Hurairah radliyallahu ‘anhu daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“Wanita mana sahaja yang memakai wangi‑wangian maka janganlah dia menghadiri shalat lsya yang akhir bersama kami.” (HR. Muslim 4/162, Abu Daud 4175, dan Nasa’i 8/154)

Syaikh Musthafa Al Adawi berkata :

Abu Muhammad Ibnu Hazm rahimahullah memiliki pendapat yang ganjil di mana dia berkata di dalam Al Muhalla 4/78 :

“Tidak halal bagi seorang wanita menghadiri shalat di masjid dalam keadaan memakai wangi‑wangian. Jika dia melakukannya maka batallah shalatnya.”

Ini merupakan pendapat yang ganjil daripada beliau rahimahullah. Yang benar, —wallahu a’lam-‑ wanita yang melakukan perbuatan demikian (memakai wangian ketika keluar menuju masjid) bererti telah berbuat dosa, akan tetapi dosanya terpisah daripada shalatnya dan tidak ada hubungan antara dosa itu dengan batalnya shalat. Allahu a’lam.(Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/288)

Al Qadli ‘Iyadl rahimahullah menyebutkan syarat daripada ulama berkenaan dengan keluarnya wanita, di antaranya tidak mengenakan perhiasan, tidak memakai wangian, dan tidak bersesak‑sesakan dengan lelaki. Kata Al Qadli : “Termasuk di dalam makna wangian adalah menampakkan perhiasan dan keindahannya. Jika ada sesuatu daripada perbuatan demikian maka wajib melarang mereka kerana ditakuti fitnah.”

Berkata Syaikh Abdullah Al Bassam dalam kitabnya, Taudlihul Ahkam (2/283) :

Terhitung wangi‑wangian adalah sesuatu yang semakna dengannya berupa gerakan‑gerakan yang dapat mengundang syahwat seperti pakaian yang indah, perhiasan, dan dandanan. Ini kerana aroma si wanita, perhiasan, bentuknya, dan penonjolan kecantikannya merupakan fitnah baginya dan fitnah bagi laki‑laki.

Apabila si wanita melakukan hal demikian atau melakukan sebahagiannya, haram baginya untuk keluar berdasarkan hadits yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu (telah disebutkan di atas, pent.) dan hadits dalam Shahihain daripada Aisyah radliyallahu ‘anhuma, dia berkata:

“Seandainya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat apa yang dilakukan para wanita sebagaimana yang kita lihat nescaya beliau akan melarang mereka ke masjid.” 

Dituntut kepada para wanita yang hadir di dalam shalat berjamaah di masjid untuk bersegera kembali ke rumah setelah menunaikan shalat. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Aisyah radliyallahu ‘anha :

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menunaikan shalat shubuh ketika hari masih gelap. Maka para wanita Mukminah berpaling (meninggalkan masjid) dalam keadaan mereka tidak dikenali kerana gelap atau sebhaagian mereka tidak mengenali sebahagian lainnya.” (HR. Bukhari 872)

Syaikh Musthafa Al Adawi berkata setelah membawakan hadits di atas: Imam Bukhari membuat satu bab untuk hadits ini dalam kitab Shahih-nya dan diberi judul : Bab Bersegeranya Wanita Meninggalkan Masjid Setelah Shalat Shubuh dan Sebentarnya Mereka Berdiam di Masjid. Al Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari menjelaskan : “Dikhususkan waktu shubuh kerana mengakhirkan keluar dari masjid (berdiam lama di masjid, pent.) berakibat suasana sekitar sudah terang. Maka sepantasnya wanita bersegera keluar. Berbeza dengan Isya, kerana suasana akan semakin gelap hingga tidak bermudharat untuk berdiam lebih lama di masjid (tentunya dengan catatan aman daripada fitnah dan tidak ada gangguan yang membahayakan si wanita di jalanan seperti zaman sekarang ini, wallahu a’lam, pent.).”

Aku (Mustafa Al Adawi) katakan : “Ucapan Al Hafidh ini diikuti oleh hadits berikutnya (hadits Ummu Salamah yang akan disebutkan setelah ini, pent.). Maka tidak ada maknanya untuk mengkhususkan waktu shubuh daripada waktu lainnya dalam hal bersegeranya wanita keluar dari masjid. Yang benar, para wanita bergegas meninggalkan masjid setelah menunaikan semua shalat hingga memungkinkan mereka untuk pergi sebelum bercampur-baur dengan laki‑laki.” (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/285)

Hindun bintu Al Harits berkata bahawa Ummu Salamah ‑-istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam— menceritakan padanya tentang para wanita di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Apabila mereka telah mengucapkan salam daripada shalat fardhu, mereka berdiri meninggalkan masjid sedangkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beserta para lelaki yang ikut shalat tetap tinggal selama waktu yang dikehendaki Allah. Maka apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri, para lelaki pun ikut berdiri.” (HR. Bukhari 866)

Di dalam riwayat lain daripada Ummu Salamah juga, dia berkata : “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila telah selesai salam (dari shalat) beliau tinggal sejenak di tempatnya (sebelum berdiri meninggalkan masjid, pent.).” (HR. Bukhari 849)

Berkata seorang perawi hadits di atas : “Kami berpendapat, wallahu a’lam, beliau berbuat demikian agar ada kesempatan bagi para wanita untuk meninggalkan masjid.”

Imam Syaukani rahimahullah di dalam Nailul Authar 2/315 berkata : “Hadits ini menunjukkan disunnahkannya imam untuk memperhatikan keadaan makmum dan bersikap hati‑hati dengan menjauhi apa yang dapat membawa kepada perkara yang dilarang … .”

Ibnu Qudamah rahimahullah berkata : “Jika lelaki dan wanita hadir bersama imam (dalam shalat berjamaah) maka disunnahkan bagi si imam dan jamaah lelaki agar tetap tinggal di tempat (selesai menunaikan shalat) sekadar imam berpendapat bahawa jamaah wanita telah meninggalkan masjid … .” (Al Mughni 2/560)

Syaikh Musthafa Al Adawi berpendapat : “Bila di masjid itu ada pintu khusus bagi wanita dan mereka terhijab dari kaum lelaki dan kaum lelaki tidak melihat mereka maka tidak ada larangan —wallahu a’lam-‑ bagi mereka untuk tetap tinggal di tempat shalat agar mereka dapat bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan bertahlil dengan dzikir‑dzikir tertentu setelah shalat kerana para Malaikat bershalawat untuk orang yang shalat selama dia tetap di tempat shalatnya dalam keadaan berdzikir pada Allah dan selama dia belum berhadats sebagaimana hal ini diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/286‑287)

Sebaik‑Baik Shaf Wanita

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahih-nya dari Abi Hurairah radliyallahu ‘anhu, dia berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sebaik‑baik shaf lelaki adalah shaf yang pertama dan seburuk-buruk shaf lelaki adalah yang paling akhir. Sebaik‑baik shaf wanita adalah yang paling akhir dan seburuk-buruknya yang paling depan.” (HR. Muslim nombor 440, Nasa’i 2/93, Abu Daud 678, Tirmidzi 224 dan ia berkata : “Hadits hasan shahih.” Ibnu Majah juga meriwayatkan hadits ini nombor 1000)

Ada beberapa pendapat ulama dalam permasalahan ini, di antaranya :

Berkata Imam Nawawi rahimahullah di dalam Syarhu Muslim (halaman 1194) :

“Adapun shaf lelaki maka secara umum selamanya yang terbaik adalah shaf yang pertama dan yang paling buruk adalah shaf yang terakhir. Adapun shaf wanita maka yang dimaksudkan dalam hadits adalah shaf‑shaf wanita yang shalat bersama kaum lelaki. Sedangkan bila mereka (kaum wanita) shalat terpisah dan tidak bersama kaum lelaki maka mereka sama dengan lelaki, yakni sebaik‑baik shaf mereka adalah yang paling depan dan seburuk‑buruknya adalah yang paling akhir. Yang dimaksud dengan buruknya shaf bagi lelaki dan wanita adalah yang paling sedikit pahalanya dan keutamaannya serta paling jauh daripada tuntutan syar’i. Sedangkan shaf yang paling baik adalah sebaliknya. Shaf yang paling akhir bagi jamaah wanita yang hadir bersama jamaah lelaki dikatakan memiliki keutamaan kerana jauhnya para wanita itu daripada bercampur (ikhtilath) dengan lelaki, daripada melihat lelaki, dan tergantungnya hati tatkala melihat gerakan kaum lelaki, serta mendengar ucapan (pembicaraan mereka), dan semisalnya. Dan celaan bagi shaf yang terdepan bagi jamaah wanita (yang hadir bersama lelaki) adalah sebaliknya daripada alasan di atas, wallahu a’lam.”

Beliau rahimahullah berkata juga dalam Al Majmu’ 4/301 : “Telah kami sebutkan tentang disunnahkannya memilih shaf pertama kemudian sesudahnya (shaf kedua) kemudian sesudahnya sampai shaf yang akhir. Hukum ini berlaku terus-menerus bagi shaf lelaki dalam segala keadaan dan juga bagi shaf wanita yang jamaahnya khusus wanita, terpisah dari jamaah lelaki. Adapun jika kaum wanita shalat bersama lelaki dalam satu jamaah dan tidak ada pemisah/penghalang di antara keduanya, maka shaf wanita yang paling utama adalah yang paling akhir berdasarkan hadits Abi Hurairah radliyallahu ‘anhu (telah disebutkan di atas, pent.).”

Berkata Imam Syaukani rahimahullah : Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :

” … dan sebaik‑baik shaf wanita adalah yang paling akhir.”

Dikatakan paling baik kerana berdiri pada shaf tersebut menyebabkan jauhnya daripada bercampur dengan lelaki, berbeza dengan berdiri di shaf pertama dari shaf-shaf jamaah wanita kerana mengandungi (kemungkinan) bercampur dengan lelaki dan tergantungnya hati dengan mereka (para lelaki) disebabkan melihat mereka dan mendengar ucapan mereka. Kerana inilah, shaf pertama dinyatakan paling jelek (bagi wanita). (Nailul Authar 3/184) ]

Dalam Subulus Salam 2/30 (Maktabah Dahlan), Imam Shan’ani rahimahullah berkata : “Shaf yang paling akhir dikatakan shaf yang terbaik bagi wanita. Alasannya kerana dalam keadaan demikian mereka berada jauh dari lelaki, dari melihat, dan mendengar omongan mereka. Hanya saja alasan ini tidak sempurna kecuali bila shalat mereka dilakukan bersama kaum lelaki. Adapun bila mereka shalat dan imam mereka juga wanita (jamaah khusus wanita, pent.) maka shaf‑shaf mereka hukumnya seperti shaf‑shaf lelaki yaitu yang paling utama adalah shaf pertama.”

Syaikh Musthafa Al Adawi berkata setelah menyebutkan hadits Abi Hurairah di atas :

Ketentuan ini berlaku bila kaum wanita bergabung bersama kaum lelaki dalam shalat berjamaah di mana mereka berada di belakang shaf‑shaf. Adapun bila jamaahnya khusus wanita atau bersama kaum lelaki dalam melaksanakan shalat akan tetapi mereka tidak dapat terlihat oleh lelaki, maka shaf yang paling baik adalah yang paling depan berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“Seandainya mereka tahu keutamaan shaf yang paling hadapan nescaya mereka akan berundi untuk mendapatkannya.” (HR. Bukhari 721) ] (Jami’ Ahkamin Nisa‘ 1/353‑354)

Bolehnya Wanita Shalat Sunnah di Masjid

Sebagaimana wanita dibolehkan untuk shalat berjamaah di masjid, dibolehkan pula baginya untuk melakukan shalat sunnah di masjid selama aman daripada fitnah dan terpenuhi syarat‑syarat yang ditetapkan. Hal ini berdalil dengan riwayat Imam Bukhari dalam Shahih-nya dari Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu. Anas berkata : Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk ke dalam masjid, tiba‑tiba beliau mendapatkan seutas tali terbentang di antara dua tiang (masjid). Maka beliau bersabda :

“Tali apa ini?” Para shahabat menjawab : “Tali ini milik Zainab. Bila dia merasa lemah (dari melaksanakan shalat sunnah, pent.) ia bergantung dengan tali ini.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Jangan, putuskan tali ini! Hendaklah salah seorang daripada kalian shalat dalam keadaan dia bersemangat maka kalau dia lemah hendaklah dia duduk.” (HR. Bukhari hadits 1150, dikeluarkan juga oleh Muslim, Abu Daud 1312, Nasa’i, dan Ibnu Majah 1371)

Berkata Al Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 3/37 : “Hadits ini menunjukkan usaha menghilangkan kemungkaran dengan tangan dan lisan dan menunjukkan bolehnya para wanita menunaikan shalat nafilah (sunnah) di masjid.”

Penutup

Sebelum seorang wanita melangkah ke masjid, ia harus melihat syarat‑syarat yang telah ditetapkan dalam agama ini agar ia tidak jatuh di dalam pelanggaran dan perbuatan dosa. Dan dia hendaknya tidak melupakan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Ummu Humaid ketika Ummu Humaid berkata : “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku senang shalat bersamamu.” Nabi menjawab :

“Sungguh aku tahu bahawa engkau suka shalat bersamaku, namun shalatmu di rumahmu lebih baik daripada shalatmu di masjid kaummu dan shalatmu di masjid kaummu lebih‑baik daripada shalatmu di masjidku ini.” (HR. Ibnu Khuzaimah 1689, Ahmad 6/371, Ibnu Abdil Barr dalam Al Isti’ab. Kata Syaikh Abu Ishaq Al Huwaini : “Isnadnya hasan dengan syawahid.” Lihat Al Insyirah halaman 74)

Syaikh Abu Ishaq Al Huwaini menyatakan : “Bersamaan dengan dibolehkannya wanita keluar ke masjid maka sesungguhnya shalatnya di rumahnya lebih utama daripada hadirnya ia dalam shalat berjamaah (di masjid).” (Al Insyirah halaman 73)

Wallahu A’lam Bish Shawwab.

 http://www.geocities.com/dmgto/muslimah201/wanitamasjid.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s