Bagi air zam-zam kat orang kapir

Assalamu alaikum…

Panel al-ahkam.net yang dihormati,

Adakah terdapat larangan dari Rasulullah saw tentang membahagi2kan air zam-zam kepada orang kafir?

Terima kasih.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan akhi shahnor77 dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa tidak diketahui pula terdapat sebarang larangan terhadap orang kafir keatas penggunaan air zam-zam, walaupun ada dikalangan ulama’ yang tidak menyukai perbuatan ini, akan tetapi pandangan ini tidak benar [IslamWeb, FatwaID : 2449].

Dari sudut lain pula, perbuatan memberi air zamzam kepada orang kafir merupakan satu kerugian kerana orang Islam yang lain boleh memunafaatkan air tersebut, melainkan orang kafir tadi memang dalam keadaan kehausan. Sabda Nabi saw :-

ماء زمزم لما شرب له

“Air Zamzam adalah untuk tujuan apa-apa ianya diminum” (Riwayat Ibnu Majah, 2/1018; Al-Maqaasid al-Hasanah oleh al-Sakhaawi, ms. 359).

Faedah air zamzam sebagaimana didalam hadith diatas, hanya di berikan kepada orang Islam sahaja. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s